Husnul Khatimah: Maksud, Ciri & Doa Meninggal Dalam Kebaikan

Setiap orang ingin mendapatkan husnul khatimah dalam hidupnya. Namun apakah ciri-ciri amalan dan doa yang boleh kita amalkan untuk mendapatkannya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan husnul khatimah atau pengakhiran kematian yang baik.

Baca juga:

Pengertian husnul khatimah

Perkataan husnul khatimah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “akhir yang baik.

Dalam istillah, husnul khatimah bermaksud suatu kematian di mana penyudah kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan terbaik selain dipeluk dengan keredaan Yang Maha Mencipta.

Ciri-ciri meninggal dalam kebaikan

husnul khatimah

Terdapat beberapa ciri-ciri kematian yang baik boleh anda perhatikan. Antaranya seperti:

  • Mati pada hari atau malam Jumaat.
  • Mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.
  • Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum meninggal dunia.
  • Berasa gembira dan senang hati untuk bertemu Allah SWT.
  • Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amal soleh.
  • Meninggal dunia dalam keadaa berpeluh di dahinya.
  • Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut, lemas tenggelam, jatuh bangunan, melahirkan anak dan syahid di jalan Allah SWT.
  • Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

Himpunan doa husnul khatimah

Antara doa yang boleh diamalkan agar Allah mengurniakan kepada kita kesudahan yang baik ialah:

1. Doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW yang menyebutkan:

husnul khatimah

اللهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا، وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

“Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan kami dalam segala urusan kami serta lindungilah kami daripada kehinaan (hidup) di dunia dan seksaan di akhirat.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Kita juga boleh mengamalkan doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW ini:

husnul khatimah

اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ، وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ، وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ

“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan muslim (tunduk dan patuh kepada Allah), hidupkanlah kami bersama orang-orang muslim dan jadikanlah kami sebagai sebahagian dari orang-orang yang soleh.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

3. Rasulullah SAW turut menggalakkan kepada kita agar sentiasa berdoa supaya iman kita sentiasa diperbaharui oleh Allah.

Oleh itu tidak hairanlah apabila Saidina Anas menyatakan, antara doa yang paling banyak di baca oleh Rasulullah adalah doa agar ditetapkan hati dan keimanan atas agama ini. Kata Anas:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: (يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ)

“Sesungguhnya Rasulullah SAW banyak mengucapkan doa: Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qalbi Ala Dinika

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, kukuhkanlah hati kami (secara konsisten) di atas agamamu (Ya Allah).” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Cara untuk mendapatkan kematian yang baik

Bagi orang yang beriman, kematian itu bukan lagi ketakutan tetapi sebuah kedamaian.

Kita hidup untuk mencorak saat kematian kita maka coraklah peribadi yang indah saat kita berada di sini agar kematian kita menjadi husnul khatimah.

Sesunguhnya setiap amalan itu dilihat atau dinilai pada pengakhiran hidup seseorang itu jika baik maka baiklah dan jika buruk maka buruklah.

Hal ini bertepetan dengan sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6607)

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Allah SWT serta dalam kalangan orang yang soleh.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan husnul khatimah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-245: Doa Mati Dalam Kebaikan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa Dikurniakan Husnul Khatimah. Dr Ahmad Sanusi
  3. Al-Kafi #1359: Aapakah Tanda-Tanda Kematian Yang Baik. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.