Maal Hijrah 2023 / 1445H: Cuti Awal Muharam & Peristiwa Penting

Maal hijrah 2023 : Awal Muharam merupakan sambutan yang akan disambut oleh umat Islam bagi memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Madinah.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan beberapa peristiwa penting yang berlaku pada awal Muharram dengan lebih terperinci.

Apakah Itu Maal Hijrah?

Hijrah dari segi bahasa adalah perpindahan seseorang itu dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia adalah lebih kepada gerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah SAW menukarkan makna fizikal tersebut kepada maknawi seperti sabdanya yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah SWT.”

Bulan Muharram atau Maal Hijrah ini merupakan merupakan bulan permulaan bagi umat Islam mengikut kalendar hijriah. Awal muharram atau Maal Hijrah ini amatlah penting bagi umat Islam kerana terdapat peristiwa-peristiwa sejarah Islam yang penting untuk diigati bagaimana penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku setiap 1 Muharram iaitu tahun baru bagi Takwim Hijriah.

Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijriyah.

Kisah Hijrah Rasullah SAW

Sambutan Maal Hijrah ini berlaku pada setiap tahun adalah atas tujuan bagi mengingati umat Islam kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Madinah.

MAAL-HIJRAH-INFO-3
MAAL-HIJRAH-INFO-4
Sumber: JAKIM

Tarikh Sambutan Maal Hijrah 2023 / 1445H

Sambutan Maal Hijrah pada tahun 2023/1445H jatuh pada 19 Julai 2023.

Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am bagi Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.

Pengertian Logo Maal Hijrah

Berikut merupakan pebgertian di sebalik Logo Maal Hijrah yang sering kita lihat pada setiap kali sambutan ini diadakan :

  1. Kuning – melambangkan “Keagungan”
  2. Biru – melambangkan “Persaudaraan”
  3. Huruh ‘ha’ – melambangkan “Hijrah”
  4. Putih – melambangkan “Fitrah manusia yang suci dan bersih”
  5. Merah – melambangkan “Semangat perpaduan”
  6. Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah

Peristiwa Penting Bulan Muharram (Maal Hijrah)

1- 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalender Hijriah).

2- 10 Muharram – Ia dinamakan juga sebagai hari ‘Asyura’. Pada hari itu terdapat banyak terjadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

10 Muharram ialah satu tarikh sangat penting dan dimuliakan Rasulullah SAW hingga disunatkan untuk berpuasa, iaitu dipanggil al-Asyura. Bagaimanapun, mazhab Shafie menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.

Pada 10 Muharram juga telah berlakunya peristiwa-peristiwa berikut:

1. Nabi Adam a.s telah bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris a.s telah diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh telah diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim telah diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” (HR Tabrani)

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah

Doa akhir tahun hijriah ini dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuknya waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun Hijriah pula dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam satu Muharram.

Seseungguhnya sambutan Maal Hijriah banyak mengingatkan umat Islam mengenai bagaimana penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekkah ke Madinah. Sempena ketibaan tahun baharu 1445 Hijriah banyak kelebihan yang ada pada bulan Muharram tersebut untuk diambil ikhtibar kepada kita.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang dan melaksakan perkara yang diperintahkan oleh-Nya sebagaimana yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Sumber:

1- Peristiwa Maal Hijrah. almukhlisin.my

2- Maal Hijrah: Sudah Berhijrahkah kita?. ummahtoday.my

3-Mencari Kemuliaan Bulan Hijriyah 1440. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.