Kalendar Islam Masihi 2023/ 1444 Hijrah (Malaysia)

Kalendar Islam bagi tahun 1444-1445 Hijrah bersamaan dengan tahun 2023 Masihi adalah penting sebagai rujukan umat islam terutamanya yang menetap di negara malaysia.

Perkara ini dikatakan sangat penting kerana di dalam kalendar Islam pada tahun 2023 ini terdapat tarikh-tarikh penting yang harus setiap daripada umat islam ni mengambil cakna yang merangkumi hari perayaan dan hari kebesaran islam serta perkara-perkara yang harus dilaksanakan dalam pelbagai urusan terutamanya yang berkaitan dalam aspek ibadah.

Seperti penggunaan takwim barat, takwim islam juga amat penting dalam semua urusan termasuklah dalam aspek keagamaan.

Kelender islam ini bergantung kepada pergerakkan anak bulan. Darjah penglihatan bulan baru ini bergantung kepada pelbgai faktor seperti cuaca. Oleh itu, Kalendar Islam hanya menganggarkan peristiwa Islam yang akan berlaku pada masa depan.

Kalender islam ini juga merupakan kalendar lunar/qamariah yang mana kalender ini dikira berdasarkan kepada pergerakkan bulan mengelilingi matahari.

Dalam pengiraan kalender islam terdapat 12 bulan dalam bulan tersebut yang mana ianya bermula dari Muharam sehingga Zulhijjah.

Sejarah Mengenai Takwim Hijrah

kalendar islam
Sumber : https://astronomi.my/sejarah-dan-asal-usul-kalendar-islam-hijri/

Takwim hijrah ini merupakan salah satu takwim yang digunakan oleh umat islam di Malaysia.

Takwim hijrah ini merujuk kepada peradaran bulan yang mengelilingi bumi. Terdapat nama lain juga yang berkait rapat dengan takwim hijrah iaitu takwim al-islami.

Penggunaan kelendar islam atau dekenali sebagai kelender hijri ini telah digunakan sejak zaman Saidina Umar al-Khattab. Nama Hijri merujuk kepada nama hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Kelander islam ini adalah sebenarnya berasal daripada rangkaian kelander ketika zaman jahiliah. Apabila Rasulullah SAW datang, aginda tela memperkenalkan permulaan Muharam yang diambil daripada kelander lama pada masyarakat jahiliah. Penggunaan kalender tersebut tidaklah mengikut sistem yang lebih terperinci seperti mana yang ada pada masa sekarang. Ini kerana, baginda Rasulullah SAW hanya lebih merujuk kepada berlakunya sesuatu peristiwa yang berlaku pada sesuatu kejadian.

Berdasarkan hadis riwayat Ibn Umar, ilmu falak pada zaman permulaan Islam adalah asing dalam kalangan para sahabat. Ini dibuktikan dengan hadis yang terdapat dalam Syarh Sahih al-Bukhari yang menyebut berdasarkan riwayat berikut:-

قيس حدثنا سعيد بن قيس حدثنا سعيد بن عمرو أنه سمع بن عمر رضي الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم أنه قال : إنا أمة أمية لا نكتب ولا نحسب . الشهر هكذا وهكذا . يعنى مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين

Maksudnya:

“Telah berkata kepada kami Adam, berkata kepada kami Syuᶜbah, berkata kepada kami al-Aswad Ibn Qays, berkata kepada kami Said Ibn ᶜAmru : Sesungguhnya dia telah mendengar Ibn ᶜUmar dari Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya umatku adalah umat yang ummi, tidak pandai menulis dan mengira, bulan itu begini dan begini (bermaksud sekali 29 dan sekali 30)”

Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam Tahun 2023/ 1444 Hijrah


Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2023 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.

Berikut dikongsikan senarai tarikh-tarikh penting yang terdapat dalam bulan islam yang meliputi hari perayaan dan hari kebesaran.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2023/ 1444 Hijrah

Tarikh Hijri 1444Tarikh Miladi (2023) Hari Kebesaran/ Perayaan Islam
27 Rejab18 FebruariIsrak Dan Mikraj
1 Ramadhan*23 MacAwal Ramadhan/ Mula Berpuasa 2023
17 Ramadhan8 AprilNuzul Al-Quran
1 Syawal*22 AprilHari Raya Puasa/ Aidilfitri
1 Zulhijjah20 JunAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*29 JunHari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam19 JulaiAwal Muharam / Maal hijrah
12 Rabiulawal 144428 SeptemberMaulidur Rasul
Tarikh yang bertanda ( * ) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF

Berikut pula, merupakan pautan yang boleh dimuat turun kalender islam bagi tahu 2023 dari SuMber Jabatan Islam Kemajuan Malaysia (JAKIM)

Dikongsikan juga takwim miladiah yang terdapat diatas sebagai rujukan pada masa kini mengenai takwim islam pada tahun 2023. Takwim ini berdasarkan kalender islam yang berdasarkan bulan yang mempunyai kiraan 354 hari setahun.

Pengiraan takwim ini adalah berdasarkan pergerakkan dan kedudukan bulan berbaza dengan AD dan CE yang melihat kepada pergerakkan dan kedudukan matahari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit maklumat dan panduan yang berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang terdapat pada tahun ini.

Rujukan:

  1. Sejarah dan asal usul kalender hijri- astronomi.my
  2. e.solat.gov.my
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.