6 Adab Menziarahi Jenazah Dalam Islam

Adab menziarahi jenazah adalah serangkaian tata cara dan sikap yang dianjurkan dalam Islam ketika mengunjungi orang yang sudah meninggal dunia.

Tujuan utama dari menziarahi jenazah adalah untuk menghormati dan mengenang orang yang telah meninggal dunia, serta untuk merenungkan kehidupan dan akhirat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa adab menziarahi jenazah ang boleh anda praktikkan dan jadikan rujukan ketika melawat orang yang sudah meninggal dunia.

Baca juga:

Adab menziarahi jenazah dalam Islam

Terdapat beberapa adab menziarahi jenazah yang boleh anda amalkan. Antara adabnya adalah seperti:

1. Berdoa agar jenazah mendapat keampunan Allah

Antara doa yang boleh dibaca bagi memohon keampunan dan kesejahteraan bagi jenazah tersebut adalah seperti di bawah ini:

Untuk si mati lelaki:

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksud: Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kuatkanlah dan maafkanlah dia.

Untuk si mati perempuan:

للَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Maksud: Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kuatkanlah dan maafkanlah dia.

2. Menunaikan solat jenazah

adab menziarahi jenazah

Solat jenazah ke atas jenazah yang bukan mati syahid adalah fardhu kifayah bagi umat Islam yang masih hidup di kawasan tersebut. 

Pensyariatan solat jenazah pula adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 1188 dan Muslim No. 951)

3. Menolong keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian

Usai sahaja mendirikan solat jenazah secara berjemaah, anda boleh membantu ahli keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian.

Contohnya seperti membawa masuk jenazah ke dalam van jenazah, membantu urusan jenazah di rumah keluarga jenazah dan sebagainya.

4. Mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah

Ucapan takziah yang paling terbaik adalah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

إنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

"Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Kesemuanya terdapat ajal (tempoh masa) yang tertentu di sisi-Nya’. Maka bersabarlah nescaya kamu akan mendapat ganjaran."

Selain itu, anda juga boleh mengucapkan takziah dengan ucapan seperti:

Bersabarlah dan berharaplah kepada pahala dariNya, hak Allah untuk mengambil dan hak Allah untuk membiarkan. Segala sesuatu di sisiNya ada batas ajalnya.

“Bahawasanya kepunyaan Allahlah semua yang Dia ambil dan apa yang Dia beri, dan segala sesuatu di sisiNya telah ditentukan tempoh waktunya. Bersabarlah, semoga dikurniakan pahala dariNya buatmu.”

Semoga Allah membesarkan pahalamu, dan semoga Allah menghiburkanmu, dan semoga Allah mengampuni jenazah (keluarga) mu.

“Salam takziah daripada kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. DaripadaNya kita hidup dan kepadaNya kita kembali.

“Salam Takziah atas musibah yang telah berlaku. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Bersabarlah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bersabar.”

“Dengan memberi ucapan seperti ini ia dapat membangkitkan semangat seseorang atau kenalan bagi mendapat semangat dan motivasi diri.”

5. Menasihati keluarga jenazah supaya bersabar

adab menziarahi jenazah

Ketika menziarahi keluarga jenazah, adalah lebih baik sekiranya anda boleh menasihatinya agar lebih bersabar dalam menghadapi ujian qadha dan qadar Allah ini.

6. Memakai pakaian sopan dan menutup aurat

Jangan lupa juga untuk menjaga sopan santun dalam pemakaian dengan memakai pakaian yang menutup aurat, tidak ketat dan sendat serta tidak mencolok mata.

Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah

  • Tidak redha dengan takdir Allah.
  • Berasa kesal terhadap kematian seperti meratap.
  • Makan dan minum secara berlebihan di rumah keluarga jenazah.
  • Bercakap atau menceritakan hal-hal keduniaan secara berlebihan.
  • Bercakap mengenai keburukan peribadi jenazah seperri mengumpatnya.
  • Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu sediakan.
  • Melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan, keluarga jenazah seperti bergurau senda.
  • Melambat-lambatkan urusan pengkebumian jenazah tanpa sebab dibenarkan syarak.

Manfaat menziarahi jenazah

adab menziarahi jenazah

Terdapat banyak sebab mengapa Rasulullah SAW menggalakkan ziarah jenazah. Amalan itu memberi manfaat kepada orang ramai, baik yang hidup mahupun yang sudah mati:

  • Dapat mengeratkan tali silaturahim dengan keluarga jenazah.
  • Dapat menunaikan hak sebagai seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.
  • Mengingatkan kita agar sentiasa mengingati mati bagi menginsafkan diri.
  • Mengambil ikhtibar agar selalu mengingtai alam barzakh dan hari akhirat.
  • Dapat mengurangakn tekanan emosi keluarga jenazah yang baru kehilangan ahli keluarga tersayang.
  • Memberi keinsafan kepada kita bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada Allah yang perlu diterima oleh semua makhluk Nya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan adab menziarahi jenazah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Adab Menziarahi Kubur. Majlis Ugama Islam Singapura
  2. Memahami Matlamat Menziarahi Kubur. Harakah Daily
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.