10 Adab Menuntut Ilmu Yang Perlu Anda Tahu

Apakah adab menuntut ilmu? Artikel yang akan dikongsikan ini akan membahas mengenai adab menuntut ilmu yang boleh anda amalkan.

Ilmu sangat penting bagi setiap insan. Menuntut ilmu juga adalah kayu ukur dalam kehidupan untuk menentukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk sebelum kita ambil sesuatu keputusan untuk buat.

Menimba ilmu pastinya perlu berguru. Ilmu yang diajar tanpa guru boleh menyebabkan kesesatan bagi diri sendiri dan orang lain dalam memahami ilmu.

Baca juga:

Definisi tentang ilmu?

adab menuntut ilmu

Perkataan ilmu ini berasal dari Bahasa Arab. Dari segi bahasa, ilmu adalah “alima” yang beerti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.

Manakala dari segi istilah pula, ilmu memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datangnya dari Allah.

Yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

Jenis-jenis ilmu

adab menuntut ilmu

Para ulama telah membahagikan ilmu kepada dua jenis iaitu:

  • ilmu kasbi (ilmu yang diusahakan dengan pembelajaran)
  • ilmu wahbi (ilmu anugerah setelah seseorang yang menuntut ilmu menguasai asas penting dalam agama).

Menurut Syeikh Abdurrahman bin Naasir Al-Sa’di menjelaskan bahawa ada empat jenis ilmu yang tidak bermanfaat seperti:

  • Ilmu yang jelas membawa keburukan
  • Ilmu duniawi yang melalaikan daripada tanggungjawab
  • Ilmu agama yang tidak diamalkan
  • Ilmu yang menyebabkan tidak mahu ambil tahu tentang ilmu agama

Dalil pensyariatan untuk menuntut ilmu

Banyak sebenarnya ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan mengenai ilmu. Antaranya seperti:

1. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan.” – (Surah al mujahadah, ayat 11)

2. Ilmu dapat membezakan taraf dalam setiap manusia

“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” – (Surah al Zumar, ayat 9)

3. Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa

“Seseungguhnya yang takutkan Allah daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu.” – (Surah al-Fathir, ayat 28)

4. Hadis-hadis berkaitan

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

 “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad."

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud

“Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china."

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud

 “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam."

Adab menuntut ilmu

Islam bukan sahaja menekankan tentang isu pencarian ilmu.

Malah Islam juga sangat mengambil berat soal sumber dan hal yang mempraktikkannya termasuk adab dalam menuntut ilmu.

Berikut adalah adab menuntut ilmu:

1. Mengikhlaskan niat

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran maksudnya:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus,

dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” – (Surah Al Bayyinah, ayat 5)

2. Tidak sambil lewa

Rasulullah SAW barsabda, “ Dua orang yang rakus yang tidak pernah kenyang:

iaitu (1) orang yang rakus terhdap ilmu dan tidak pernah kenyang dengannya dan (2) orang yang rakus terhadap dunia dan tidak pernah kenyang dengannya.” – (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

3. Rajin berdoa kepada Allah

Amalkan doa ini dari Surah Taha, ayat 114, setiap kali sebelum memulakan pelajaran:

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Rabbi zidni ‘ilma

Maksudnya: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.“

4. Bersangka baik dengan guru

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran maksudnya:

“Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami, yang Kami berikan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya satu ilmu; dari sisi Kami.” – (Surah Al-Kahfi, ayat 65)

5. Menjauhi diri dari maksiat

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, 

Maksudnya: “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam.

Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan.

Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya.

Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam firman Nya (yang ertinya),

‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”

6. Selalu rendah hati

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dua orang yang tidak belajar ilmu: orang pemalu dan orang yang sombong.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Hormati guru atau pengajar

Rasulullah SAW mendidik para sahabat agar memberikan hak dan penghormatan kepada guru. Sabda Rasulullah SAW:

ليس من أمَّتي من لم يُجلَّ كبيرنا، ويرحم صغيرنا، ويعرف لعالمنا

Maksudnya: “Bukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

8. Catat apa yang dipelajari

adab menuntut ilmu

Ilmu adalah laksana binatang buruan, tulisan adalah ikatannya.

9. Sabar dalam menuntut ilmu

Sabar adalah salah satu ciri yang sangat ditekankan oleh Imam As-Syafie kepada seseorang yang menuntut dan menguasai ilmu.

Tanpa kesabaran, ilmu tidak akan mampu dituntut dan dikuasai sepenuhnya.

10. Kurangkan berkata-kata yang tidak memberi manfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga perkongsian mengenai adab menuntut ilmu ini dapat memberikan anda informasi dan pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-109: Kelebihan Menuntut Ilmu. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Amalan Menuntut Ilmu. Ikim
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.