Cara Tawaf Sunat dan Bacaan Setiap Pusingan Tawaf

Apakah itu tawaf sunat serta syarat sah dan cara untuk melaksanakan ibadah tersebut?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara mengerjakan tawaf sunat dan bacaan-bacaan yang boleh diamalkan.

Baca juga:

Apa itu tawaf sunat?

tawaf sunat

Tawaf adalah salah satu dari rukun haji dan umrah.

Dari segi istilah, tawaf bermaksud melakukan pusingan mengelilingi al-bait al-haram sebanyak tujuh pusingan berserta rukun-rukunnya.

Manakala pula tawaf sunat adalah tawaf yang dilakukan oleh para jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram yang mana ia tidak termasuk sebagai perkara wajib haji atau umrah.

Jenis-jenis tawaf sunat

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis tawaf dalam Islam. Berikut adalah perincian dan penjelasannya:

1. Tawaf qudum

Tawaf qudum disebut sebagai tawaf ketibaan di mana ia dilakukan apabila seseorang itu tiba di Masjid Al-Haram Mekah dalam perjalanan dari di luar sempatan Miqat.

Tawaf jenis ini adalah wajib dilakukan dalam berkeadaan ihram. Aisyah RA meriwayatkan,

“Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika sampai ke Makkah, adalah berwuduk dan kemudian beliau melakukan Tawaf di Kaabah, dan itu bukanlah umrah (sahaja), (tetapi Haji-al-Qiran). .” (Sahih al-Bukhari)

2. Tawaf Al Umrah

Tawaf umrah adalah tawaf yang dilakukan oleh para jemaah haji yang datang ke Mekah dengan niat untuk menunaikan haji tamattu atau umrah di luar musim haji.

3. Tawaf Al Wida

Tawaf Al Wida atau tawaf perpisahan perlu ditunaikan oleh para jemaah haji sejurus sahaja selepas selesai mengerjakan ibadah haji dan iaitu sebelum meninggalkan Mekah.

Tawaf jenis ini hanya dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan perjalanan di luar sempadan Mekah. Dibenarkan untuk berpakaian biasa semasa melakukan tawaf ini.

Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

Maksudnya: “Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Makkah sehinggalah akhir keberadaannya (di Makkah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 1327)

4. Tawaf Al Ziyarah / Tawaf Al Ifadah

Sesetegah orang memangilnya sebagai tawaf al ziyarah. Ada yang menyebut tawaf al ifadah atau tawaf ziarah.

Walau apa pun panggilannya, tawaf ini adalah tawaf yang dilakukan oleh para jemaah haji pada 10 Zulhijjah iaitu selepas melakukan ibadah korban, Halq, dan taqsir (mencukur kepala atau mencukur rambut), dan meninggalkan keadaan ihram.

5. Tawaf Nafl

Tawaf nafl atau tawaf sukarela boleh dilakukan pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja sebanyak mana yang dimahukan.

Kebiasaan, jemaah yang melakukan tawaf ini adalah mereka yang ingin berhajat sesuatu di dalam Masjid Al-Haram.

Syarat tawaf sunat

Sungguhpun dalam artikel ini yang akan kita bahaskan adalah berkenaan tawaf sunat, tetapi terdapat juga syarat tawaf ini yang perlu para jemaah fahami.

1. Niat

Jemaah perlu berniat terlebih dahulu di dalam hati sebelum melakukan tawaf.

2. Bersuci

Suci dari hadas dan suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

3. Menutup aurat

tawaf sunat

Aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga lutut. Jemaah haji lelaki hendaklah menutup anggota bahagian atas tubuhnya sebagai menjaga adab.

Idtiba’ hendaklah ketika dalam tawaf yang diiringi denga sa’ie sahaja. Beridtiba’ apabila hendak memulakan tawaf sahaja.

Bagi aurat perempuan pula adalah seluruh meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Jemaah haji perempuan perlu berhati-hati dengan anggota dibawah dahu, pergelangan tangan, anak rambut di muka, kaki, dan anak rambut di kawasan telingan sekiranya memakai cermin mata.

4. Melakukan tawaf di Masjidil Haram

Tawaf hanya boleh dilakukan di Masjidil Haram di Mekah, mengelilingi Kaabah.

5. Memulakan dan mengakhiri di Hajar Aswad

Tawaf perlu bermyla dari Hajar Aswad dan diakhiri di Hajar Aswad juga sebanyak 7 kali pusingan.

6. Melakukan tujuh pusingan

tawaf sunat

Tawaf perlu dilakukan sebanyak 7 kali pusingan mengelilingi kaabah.

Niat tawaf sunat

Berikut adalah lafaz niat tawaf sunat:

Nawaitu Tawafan Sunnatan Lillahi Ta’ala Sab’ah Asywaatan Hawla Al-Baitil Haram

Maksudnya: “Aku berniat melakukan tawaf sunat kerana Allah Ta’ala, tujuh pusingan mengelilingi Baitullah.”

Cara mengerjakan tawaf

Anda hendaklah memastikan diri sudah berwuduk terlebih dahulu sebelum memasuki Masjidil Haram dan menuju ke sudut Hajar Aswad.

Kemudian, berniat dan lakukan tawaf dengan bermula dari Hajar Aswad. Sambil tawaf, anda boleh mencium dan mengusap Hajar Aswad.

Namun jika tidak mampu, maka cukup sekadar memberi isyarat dengan tangan dan mengelilini kaabah sebanyak 7 kali.

Pusingan ke 1, 2 dan 3 berjalan cepat, sedangkan pusingan ke 4, 5, 6 dan ke 7 berjalan biasa.

Selepas selesai tawaf, anda disunatkan untuk melaksanakan solat sunat tawaf sebanyak dua rakaat.

Amalan sunat tawaf

  • Berjalan kaki
  • Beridtiba’ bagi tawaf diiringi dengan sa’ie (lelaki)
  • Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf
  • Melakukan ramal (berlari anak) pada 3 pusingan pertama, bagi tawaf yang diikuti dengan sa’ie (lelaki)
  • Melakukan ramal pada tiga pusingan pertama bagi lelaki sahaja dan doa
  • Istilam / isyarat istilam ke arah Hajarul Aswad sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan dan istilam / isyarat istila ke arah Rukun Yamani sambil bertakbir tanpa perlu mengucup tapak tangan
  • Muwalat / berturut-turut tujuh kali pusingan
  • Tawaf dengan khusyuk dan tawaduk
  • Membaca Al-Quran, zikir dan berdoa
  • Mendirikan solat sunat tawaf

Bacaan semasa melakukan tawaf sunat

Secara umumnya, tidaklah terdapat bacaan khusus dalam melakukan tawaf dari pusingan pertama sehingga ketujuh yang dibaca oleh Nabi SAW.

Bacaan yang dianjurkan di dalam buku panduan haji dan umrah sekadar garis panduan dan tidak diwajibkan untuk membacanya mengikut apa yang dicatatkan di dalam buku itu.

Namun demikian, berikut adalah beberapa bacaan yang boleh anda baca yang diambil dari sumber yang ma’thur:

  • Apabila hendak memulakan tawaf di Hajarulaswad kita baca, “Bismillahi Allahuakbar.” Atau pun di dalam riwayat yang lain ada disebutkan hanya baca, “Allahuakbar”.

  • Bacaan yang paling penting semasa mengerjakan haji dan umrah adalah talbiyah. Ia dibaca sepanjang perjalanan dari tempat miqat hinggalah masuk ke Masjidilharam.

  • Apabila sampai di rukun Yamani bacaannya pula adalah, “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wa kinaa ‘aza bannar.” 

  • Sampai semula di Hajarulaswad maka bacalah, “Bismillah Allahuakbar,” untuk memulakan pusingan tawaf yang kedua dan seterusnya.
  • Dalam erti kata lain, perkara yang paling baik semasa bertawaf adalah membaca doa yang kita sendiri faham maksudnya agar menimbulkan lebih khusyuk dan ikhlas.
Tawaf | Lambaian Kaabah

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tawaf sunat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Untuk keselesaan anda yang berpanjang semasa mengerjakan ibadah tawaf di tanah suci, anda boleh dapatkan Kasut Tawaf Umrah ini dengan harga yang sangat mampu milik!

Insha Allah ibadah di tanah suci lebih khusyuk, selesa, dan semakin dekat dengan Allah SWT.

Sumber:

  1. Bayan Li Al-Haj Siri Ke-37: Perkara Yang Boleh Dilakukan Selepas Tawaf Wada’. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #1496: Hukum Pegang Kaabah Ketika Tawaf Umrah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.