Ini 10 Tanda Taubat Diterima Oleh Allah SWT

Apakah tanda taubat diterima oleh Alla SWT selepas kita sudah bersungguh-sungguh berdoa meminta ampun kepada Nya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tanda taubat diterima.

Baca juga:

1. Perasaan lega dan damai

tanda taubat diterima

Seseorang yang bertaubat dengan tulus akan merasa lega dan damai dalam hati.

Kita akan merasa bebas dari beban dosa-dosa dan merasa dekat dengan Allah SWT juga.

Di dalam surah As-Syu’ara ayat 88 dan 89, Allah SWT berfirman:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ  إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“(Ingatlah) pada hari ketika harta dan anak-anak tidak lagi berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan (membawa) hati yang salim (sihat).”

Ibn Sirin mengatakan qalbun salim adalah hati yang mengenal Allah dan menyakini hari kiamat. 

2. Menghindari dosa yang sama

Tanda taubat yang diterima adalah ketika mana seseorang itu menghentikan perbuatan dosa yang sama setelah bertaubat.

Mereka berusaha keras untuk tidak mengulangi dosa tersebut pada masa akan datang.

Lazimkan bibir sentiasa beristighfar apabila hati ini mempunyai niat yang sama untuk kembali berbuat dosa.

Namun sekiranya kita kembali berbuat dosa, jangan pula kita cepat berputus asa dari rahmat Allah.

Seseorang berkata kepada al-Hasan al-Basri: 

“Apakah salah seorang daripada kita tidak merasa malu kepada Tuhan-Nya. Dia memohon ampun terhadap dosanya kemudian dia mengulangi lagi, memohon ampun kemudian mengulangi lagi?”

Lalu Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Syaitan berharap jika dia berjaya menjadikan kamu merasa sedemikian. Maka janganlah jemu daripada istighfar (memohon keampunan).” – (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 19/26)

3. Merasa malu dan bersalah

Orang yang bertaubat dengan tulus akan merasa malu dan bersalah atas dosa-dosa masa lalu tersebut.

Ini adalah tanda kesedaran dan penyesalan yang sangat mendalam hadir dari lubuk hati diri sendiri.

Allah SWT berfirman dalam surah as-Sajdah, ayat 12 yang bermaksud:

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):

“Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”

4. Memperbaiki hubungan dengan Allah

tanda taubat diterima

Orang yang bertaubat yang diterima akan merasa lebih dekat dengan Allah.

Mereka akan lebih giat dalam menjalankan ibadah, seperti solat, puasa, dan membaca Al-Quran.

Hal ini seperti mana kata Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Al Fatwanya menyebutkan, Abu Sufyan bin ‘Uyainah pernah berkata,

وَمَنْ أَصْلَحَ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ أَصْلَحَ اللَّهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّاسِ

“Barangsiapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.”

5. Memperbaiki hubungan sosial

Taubat yang diterima juga akan tercermin dalam hubungan sosial seseorang.

Mereka akan berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan sesama manusia, menghindari perbuatan buruk, dan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik.

6. Menyebarkan kebaikan

Orang yang taubatnya diterima akan cenderung berusaha untuk menyebarkan kebaikan dan menasihati orang lain untuk menghindari dosa.

Mereka akan berusaha untuk menjadi contoh dan teladan terbaik bagi orang lain.

7. Meningkatkan iman

Taubat yang diterima akan membawa perubahan dalam iman seseorang.

Mereka akan memiliki iman yang lebih kuat dan percaya pada keadilan dan kasih sayang Allah.

8. Menerima ujian dengan sabar

Orang yang telah mendapatkan taubat yang diterima akan lebih sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan dalam hidup.

Hal ini kerana, mereka percaya bahawa Allah selalu bersamanya.

9. Penyesalan yang mendalam

Taubat yang diterima dimulai dengan perasaan penyesalan yang sungguh-sungguh atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Ini adalah awal dari kesedaran bahawa tindakan kita telah melanggar aturan Allah.

10. Meminta maaf kepada orang yang tersakiti

tanda taubat diterima

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyad al-Salihin, wajib bagi seseorang yang berdosa kepada Allah SWT bertaubat, iaitu meninggalkan dosa yang pernah dilakukan, bersungguh-sungguh menyesali kesalahannya dan berazam untuk tidak lagi mengulanginya.

Bertaubat ke atas dosa terhadap manusia, walau bagaimanapun, adalah lebih sukar. Seseorang yang berdosa kepada orang lain bukan sahaja wajib bertaubat kepada Allah SWT tetapi juga wajib memohon kemaafan orang yang dizaliminya dan memulangkan haknya

Jika dosa yang dilakukan juga merugikan orang lain, kita wajib meminta maaf dan berusaha mengganti kerugian yang ditimbulkan pada orang tersebut.

Apakah tanda taubat diterima oleh Allah SWT yang lain?

Menurut Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafili tanda taubat diterima adalah seperti:

– Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya.
– Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
– Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
– Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Tuhannya.
– Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.
– Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.
– Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.
– Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Apa Tanda Taubat Diterima | Ustaz Adnin

Kesimpulannya, taubat adalah proses yang berkelanjutan dan harus di dasari oleh niat yang tulus.

Allah Maha Pengampun, dan Dia senantiasa membuka pintu taubat bagi hamba-hamba-Nya yang kembali kepada-Nya dengan hati dan niat yang tulus.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun atas segala dosa hamba-hamba Nya yang benar-benar bertaubat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda taubat diterima dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Dapatkan buku-buku keluaran Tarbiah Sentap, Surat Cinta Untuk Pendosa secara ekslusif di Official Store Tarbiah Sentap .

Sumber:

  1. Al-Afkar #52: Tanda Allah SWT Menerima Taubat Seseorang. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Tadabbur Kalamullah 13 Syawal 1441H – Tanda-tanda Taubat Diterima Allah. JAKIM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.