Sifat Mustahil Bagi Allah, Ini 20 Sifat Perlu Difahami

Sifat mustahil bagi Allah adalah sifat-sifat yang tidak layak atas Allah SWT.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sifat mustahil bagi Allah yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu sifat mustahil bagi Allah

Sifat mustahil bagi Allah adalah kebalikan dari sifat wajib Allah, iaitu sifat yang tidak mungkin dan tidak layak disandarkan pada zat Nya sebagai Pencipta Alam Semesta.

Senarai sifat mustahil Allah yang perlu diketahui

Sifat MustahilBahasa ArabMaksudSifat
AdamﻋﺪﻡTiadaNafsiah
HudutsﺣﺪﻭﺙBaruSalbiah
FanaﻓﻨﺎﺀBerubah-ubah (akan binasa)Salbiah
Mumathalatuhu lilhawadithﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙSama dengan makhluk-NyaSalbiah
Qiamuhu bighairihﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩBerdiri-Nya dengan yang lainSalbiah
Ta’addudﺗﻌﺪﺩLebih dari satu (berbilang)Salbiah
AjzunﻋﺟﺰLemahMa’ani
KarahahﻛﺮﺍﻫﻪTidak berkemahuan (terpaksa)Ma’ani
JahlunﺟﻬﻞBodohMa’ani
Al-MautﺍﻟﻤﻮﺕMatiMa’ani
SamiﺍﻟﺻممTuliMa’ani
Al-UmyuﺍﻟﻌﻤﻲButaMa’ani
Al-BukmuﺍﻟﺑﻜﻢBisuMa’ani
Kaunuhu ajizanﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍKeadaan-Nya yang lemahMa’nawiyah
Kaunuhu mukrahanﻛﻮﻧﻪ مكرهاKeadaan-Nya yang tidak menentukan (terpaksa)Ma’nawiyah
Kaunuhu jahilanﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼKeadaan-Nya yang bodohMa’nawiyah
Kaunuhu mayitanﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎKeadaan-Nya yang matiMa’nawiyah
Kaunuhu ashammaﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢKeadaan-Nya yang tuliMa’nawiyah
Kaunuhu a’maaﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰKeadaan-Nya yang butaMa’nawiyah
Kaunuhu abkamﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢKeadaan-Nya yang bisuMa’nawiyah
Senaraikan sifat mustahil bagi Allah yang perlu umat Islam tahu?

Adam (Tiada)
Huduts (Baru)
Fana (Berubah-ubah / akan binasa)
Mumathalatuhu lilhawadith (Sama dengan makhluk-Nya)
Qiamuhu bighairih (Berdiri-Nya dengan yang lain)
Ta’addud (Lebih dari satu / berbilang)
Ajzun (Lemah)
Karahah (Tidak berkemahuan / terpaksa)
Jahlun (Bodoh)
Al-Maut (Mati)
Sami (Tuli)
Al-Umyu (Buta)
Al-Bukmu (Bisu)
Kaunuhu ajizan (Keadaan-Nya yang lemah)
Kaunuhu mukrahan (Keadaan-Nya yang tidak menentukan / terpaksa)
Kaunuhu jahilan (Keadaan-Nya yang bodoh)
Kaunuhu mayitan (Keadaan-Nya yang mati)
Kaunuhu ashamma (Keadaan-Nya yang tuli)
Kaunuhu a’maa (Keadaan-Nya yang buta)
Kaunuhu abkam (Keadaan-Nya yang bisu)

Sifat Mustahil Bagi Allah SWT | Ustaz Ahmad Rozaini 

Kepentingan memahami sifat mustahil ini

Umat Islam perlu mempelajari sifat 20 Allah ini agar kita mempunyai ilmu akidah yang mantap dan kukuh daripada terdedah dengan aliran pemikiran baharu yang menyesatkan.

Selain itu, dengan mengenali nama berserta sifat-sifat Allah ini ia sememangnya dapat mendorong seseorang untuk lebih mencintai, bertakwa, memuliakan, mempunyai rasa takut, pengharapan, dan beramal hanya kepada Nya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan sifat mustahil bagi Allah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yahg bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Dapatkan ulasan lebih rapi dan menyeluruh mengenai topik ini dengan membaca buku Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas dari karya Ustaz Muhadir Haji Joll.

Sumber:

  1. Mengenal Sifat 20 Allah SWT dan Memahami Penjelasan Tentangnya. Maahad Al-Tahzib wa al-Ta’alim 
  2. Al-Afkar #74: Sifat Wujud Allah SWT. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.