Dalam Diam Bercinta Dengan Suami Orang, Apa Hukumnya?
Isu perampas atau orang ketiga dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini sangat hangat dipaparkan dalam dada akhbar. Biasanya yang menjadi punca adalah wanita yang bercinta dengan suami orang.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum apabila seorang wanita itu bercinta dengan suami orang.
Baca lagi:
Suami orang lebih digilai wanita?
Para isteri mungkin tertanya-tanya mengapa wanita di luar sana lebih gemar kepada suami orang berbanding lelaki bujang?
Adakah kerana lelaki bujang sudah “pupus” di muka bumi ini? Ada beberapa faktor sebenarnya yang memacu kepada perkara ini terjadi.
1. Lebih matang
Suami orang dikatakan lebih matang dalam mendepani ujian kehidupan dalam rumah tangga berbanding lelaki bujang.
Jiwa mereka lebih kental dan segala keputusan serta pendapat mereka boleh dikira sebagai jawapan yang terbaik.
2. Ada kerjaya dan ekonomi yang stabil
Suami orang sudah tentu mempunyai kerjaya dan pendapatan yang stabil setiap bulan.
Biasanya, lelaki yang sudah berkahwin mempunyai aset sendiri seperti rumah, kereta, dan sebagainya sehingga menampakkan lagi mereka berkemampuan dan bergaya.
3. Pandai mengayat perempuan
Cukup pandai dan bijak dalam berkata-kata, suami orang dikatakan tidak mempunyai masalah untuk memikat atau memujuk kaum wanita dengan mudah.
4. Lebih bertanggungjawab
Kerana latar belakang lelaki ini sudah pun mempunyai keluarga sendiri, jadi kaum wanita di luar sana menganggap mereka tidak bermasalah dalam isu tanggungjawab.
Bagi mereka, lelaki yang sudah berkahwin sudah tahu akan keperluan seorang wanita dan tidak perlu lagi ditunjuk ajar.
5. Berpengalaman dalam mengendalikan rumah tangga
Selain berfikiran matang dan bertanggungjawab, suami orang juga boleh menjadi pendengar yang baik.
Inilah yang membuatkan wanita mudah rasa selesa apabila berkomunikasi dengan suami orang.
Jadi kaum wanita lebih cenderung meluahkan perasaan dan berkongsi apa sahaja masalah dengan mereka.
Hukum bercinta dengan suami orang
Secara dasarnya, cinta itu adalah fitrah bagi setiap manusia. Allah memberikan rasa cinta dan kasih sayang kepada semua.
Bukan sahaja cinta antara lelaki dan perempuan, bahkan cinta kepada alam, ibu bapa, Nabi, haiwan, dan sebagainya.
Namun begitu, mencintai suami orang dan lalu berakhir dengan penzinaan yang dipenuhi hawa nafsu ianya adalah haram.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra, ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Tambahan lagi, menurut kitab Al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair oleh Imam Al-Haitsami menjelaskan bahawa, perilaku atau pun tindakan yang memicu rosaknya hubungan seorang suami dengan seorang isteri ialah sesuatu hal yang haram hukumnya.
Pendapat ulama empat mazhab
Terdapat beberapa pendapat ulama yang boleh anda fahamkan. Berikut adalah kenyataannya:
1. Imam Syafie
Seorang wanita yang menganggu. Bahkan memang secara sengaja merayu suami orang, sehingga merosakkan rumah tangga lelaki tersebut, maka diperbolehkan terhadapnya untuk meminta dinikahi apabila lelaki tersebut sudah bercerai dengan isterinya.
Namun perilaku ini boleh dikategorikan dalam tindakan fasik dan juga maksiat. Wanita seperti ini akan menanggung dosa yang sangat buruk dan wajib dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT.
2. Imam Hanafi
Boleh minta dinikahi oleh lelaki beristeri setelah lelaki tersebut rasmi berpisah dengan isterinya.
Namun perlu disedari dan difahami mengenai perbuatan tersebut, akan ada balasan dan hukuman yang setimpal dari Allah SWT serta wajib dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.
Kerana perbuatan tersebut tergolong hina dan perbuatan itu adalah seburuk-buruknya dari perbuatan buruk lainnya.
3. Imam Maliki
Apabila ada seorang wanita yang dengan segaja melakukan tindakan yang memicu perceraian terhadap rumah tangga orang lain, kemudian ia minta untuk dinikahi oleh lelaki yang statusnya sudah bercerai tersebut, maka boleh dikatakan haram pernikahannya.
Hal ini disertai dengan alasan yang masuk akal kerana adanya tindakan yang mengambil jalan tidak baik dengan merosak hubungan rumah tangga orang lain.
Sebab yang boleh merosakkan rumah tangga
- Melakukan sihir dengan bantuan bomoh
- Menyebarkan fitnah
- Memaksa untuk dinikahi dengan menabur modal fitnah
- Mendoakan kepada perkara-perkara yang buruk
- Merayu dan mengugut
- Kerap berkomunikasi dengan suami orang
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan isu wanita yang suka bercinta dengan suami orang dan kesannya dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Hukum Mencintai Suami Orang Dalam Diam. Dalam Islam
- Kenapa Suami Orang Lebih Menarik? Kosmos