Hukum Baca Doa Iftitah Ketika Dalam Solat, Wajib Ke?
Apakah hukum baca doa iftitah dalam solat dan manfaatnya pula kepada ibadah seseorang?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum baca doa iftitah untuk panduan anda.
Baca juga:
Apa itu doa iftitah?
Iftitah bermakna pembuka dan ia adala lafaz bacaan doa yang dibaca di mana-mana solat fardhu atau sunat.
Bilakah doa iftitah di baca?
Doa Iftitah boleh dibaca selepas selesai takbiratul ihram dan sebelum membaca Al-Fatihah.
Ia hendaklah dibaca perlahan atau sekadar didengar oleh diri sendiri.
Jika dibaca dengan kuat, solat tidak batal tetapi dia telah berbuat perkara yang menyalahi yang terlebih elok.
Ada beberapa macam jenis doa iftitah yang dibaca oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih.
Berdasarkan penelitian Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani Rahimahullah terhadap dalil-dalil doa iftitah, yang tercantum dalam kitab beliau Sifatu Shalatin Nabi SAW terdapat 12 jenis doa ini yang ada.
Hukum baca doa iftitah dalam solat
Hukum membaca doa iftitah dalam solat sunat mahupun solat wajib adalah sunat.
Hal ini berdasarkan kepada kenyataan Imam al-Nawawi:
واعلم أن هذه الأذكار مستحبّة في الفريضة والنافلة
“Ketahuilah bahawa semua doa-doa ini (pelbagai versi doa iftitah dalam hadis) hukumnya sunat dalam solat wajib mahupun solat sunat.” (Lihat al-Azkar, 1/107)
Jika sengaja tidak membaca doa ifitah, hukumnya makruh tetapi solatnya sah kerana doa iftitah bukan termasuk rukun sembahyang.
Teks bacaan doa iftitah
Berikut adalah teks bacaan doa iftitah dalam bahasa arab, audio dan terjemahannya.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ، إنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِين
“Allah Maha Besar dengan dengan kebesaran yang tidak terduga, dan segala pujian bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak, dan Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari.
Sesungguhnya aku hadapkan mukaku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan kepatuhan dan aku bukanlah dari kaum yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya shalatku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan pemilik alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan kaum muslimin”
Manfaat membaca doa iftitah
Bacaan doa iftitah seakan pembuka bicara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga Rasulullah menyaksikan betapa pintu langit dibuka menyambut munajat hambaNya di dalam solat.
Hal ini kerana setiap butir lafaznya mengandungi pelbagai pujian dan tasbih yang menganggungkan kebesaran Allah SWT.
Justeru walaupun hukum baca doa iftitah ini adalah sunat, kita seboleh-bolehnya berusaha untuk tetap membacanya ketika solat kerana selain mendapat pahala ia juga mempunyai banyak khasiat yang lain.
Dapatkan Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat Sunat di sini untuk rujukan anda dan keluarga bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #1117: Doa Iftitah Dalam Solat-Solat Sunat. Mufti Wilayah Persekutuan
- Nik Yusri Musa. (2019). Ensiklopedia solat. Galeri Ilmu.
- Al-Kafi #1959: Hukum Membaca Doa Iftitah Selepas Membaca Al-Fatihah. Mufti Wilayah Persekutuan