Doa Qunut Tarawih Separuh Akhir Ramadan Dalam Solat Witir

Dalam tidak sedar, begitu cepat bulan Ramadhan sampai ke penghujungnya. Banyak sekali kelebihan yang ada di penghujung Ramadhan ini jika kita benar-benar faham akan keindahan pada bulan tersebut.

Antara yang paling sinonim menjadi tujuan kita adalah untuk berjumpa dengan malam lailatul qadar. Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan antaranya dengan melazimi dia qunut tarawih.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai doa qunut tarawih yang bagus untuk diamalkan pada waktu tertentu di akhir Ramadhan.

Pengertian doa qunut tarawih

Maksud perkataan qunut dari segi bahasa adalah taat, berdiri lama, diam, tunduk, khusyuk dan doa.

Sedangkan dari segi istilah pula, qunut  merupakan doa yang di baca ketika iktidal dalam solat.

Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bacaan doa, bacaan zikir, dan bacaan selawat.

Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga وقنا شرما قضيت dibaca dengan kuat/jelas kerana adalah doa.

Bahagian kedua iaitu bermula daripada فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir dibaca perlahan kerana ia adalah bacaan zikir.

Bahagian ketiga adalah selawat yang terdapat pada penghujung doa qunut ini.

Selain itu, untuk pengetahuan anda juga, qunut terut terbahagi kepada tiga jenis yang perlu anda tahu iaitu:

Dalil berkenaan doa qunut

Sebahagian perkara yang menjadi amalan sunat di separuh akhir Ramadhan adalah dengan melakukan bacaan doa qunut tarawih ketika solat witir.

Ini berdasarkan perbuatan Ali bin Abu Thalib bahawa dia tidak melaksanakan qunut melainkan pada pertengahan akhir bulan Ramadan, dan melaksanakan qunut setelah rukuk. – (Hadis Riwayat Tirmizi, No. 426)

Selain itu, telah berkata Imam Nawawi: Di dalam Mazhab Syafie sunnah berqunut pada rakaat terakhir daripada solat Witir di separuh akhir Ramadan. Ini merupakan pendapat yang paling masyhur di dalam mazhab. – (Majmu’ Juz 14 m/s 4)

Hukum membaca doa qunut ketika witir

Seperti yang disampaikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, hukum membaca doa qunut dalam solat witir adalah sunat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi.

Dalam Mazhab Imam Syafie, kita disunatkan dalam solat witir untuk membaca doa qunut witir pada separuh yang terakhir dari bulan Ramadan iaitu bermula pada malam yang ke-16 Ramadan. 

Walaupun doa ini sunat diamalkan, namun kita sangat digalakkan untuk buat bagi tujuan untuk dipertemukan dengan malam lailatul qadar.

Ia termasuk sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar dengan berhujahkan sebuah hadis: “Maka carilah ia (malam al-Qadr) pada separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan).

Hal ini seperti manan yang disebutkan dari pandangan Imam Ibn Rajab al-Hanbali yang mana beliau berkata: “Oleh kerana itulah – wallahualam – Ubai Ibn Ka’b RA dahulu membaca doa qunut dalam solat witir pada malam-malam separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan) kerana diharapkan padanya berlaku malam al-Qadr.” – (Rujuk Latha’if al-Ma’arif, Ibn Rajab (1/176)

Bagaimana doa qunut tarawih dilakukan?

Doa Qunut Tarawih

Doa qunut tarawih adalah doa atau bacaan yang diambil dalam qunut subuh. Doa ini hendaklah dibaca pada rakaat terakhir dalam solat witir.

Jika kita menunaikan solat rakaat (solat witir) sahaja, maka bacaan dibuat selepas bangun daripada rukuk.

Sebaliknya jika kita tunaikan solat witir tiga rakaat, maka bacaan qunut witir adalah pada rakaat yang terakhir.

Bacaan doa qunut tarawih dan terjemahan

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ

عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي

فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّ

كَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ

وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا

وَتَعَالَيْتَ

Allahummahdina fi man hadait. Wa ‘afina fi man ‘afait. Wa tawallana fi man tawallait. Wa bariklana fi ma a’thait. Wa qina syarra ma qadhait. Fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik. Wa innahu la yazillu man walait. Wa la ya’izzu man ‘adait. Tabarakta rabbana wa ta’alait.

Maksudnya: "Ya Allah, tunjukilah aku sebagaimana Engkau berikan petunjuk (kepada selainku), berilah keselamatan sebagaimana Engkau berikan keselamatan (kepada selainku), jadikanlah aku wali Mu sebagaimana Engkau jadikan (selainku) sebagai wali, berilah keberkahan kepadaku pada semua pemberian-Mu, lindungilah aku dari kejelekan takdir-Mu; sesungguhnya Engkau mentakdirkan dan tidak ditakdirkan, dan sesungguhnya tidak terhinakan orang yang menjadikan Engkau sebagai wali, dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha suci dan Maha tinggi Engkau, wahai Rabb kami." - 
(Hadis Riwayat Abu Dawud, dan dishahîhkan Syaikh al-Albâni dalam Irwa` al-Ghalil, 2/172)

Penutup

Kesimpulannyam bacaan doa qunut tarawih atau juga dipanggil qunut witir ini adalah sunnah yang sudah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sejak dahulu lagi.

Ini menjadi salah satu cara usaha kita untuk mendapatkan malam lailatul qadar yang didambakan setiap kali Ramadhan.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa qunut tarawih ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad AL-Hadith Siri Ke- 200: Qunut Witir Di Bulan Ramadhan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa Qunut Selepas Witir Bermula 1j5 atau 16 Ramadhan? TZKRH
  3. Bagaimana Qunut Witir Dilakukan? Al Manhaj
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.