Panduan Lengkap Solat Witir JAKIM & Doa Witir (Ejaan Rumi)

Solat sunat witir
Solat Witir ini merupakan solat sunat yang sangat istimewa digalakkan menunaikannya kerana solat witir ini antara solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Baginda Rasullullah SAW.

Solat sunat witir ini bukan sahaja hanya dilaksanakan pada bulan Ramadan, bahkan ia juga boleh dilakukan pada bula-bulan biasa dan pada hari biasa.

Solat sunat witir ini adalah solat sunat yang dilakukan selepas sahaja menunaikan solat fardu isyak.

Artikel ini bertujuan bagi membimbing anda untuk melaksanakan solat sunat witir ini secara mudah dan lengkap serta mudah difahami oleh semua orang.

Setiap bacaan dipermudahkan dengan bantuan ejaan rumi untuk membantu anda membaca teks arab dengan lebih lancar.

Pengenalan

Apa itu yang dimaksudkan dengan Solat Sunat Witir?

Solat sunat witir adalah solat sunat yang ganjil kerana bilangan rakaatnya yang ganjil dimana solat ini diakhiri dengan satu rakaat.

Solat witir ini hanya dilakukan selepas solat fardu isyak atau dilaksanakan sejurus selesai solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Ia juga dijadikan sebagai pelengkap solat tahajud atau tarawih.

Rasulullah SAW berdabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan solat witir” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Solat sunat witir ini merupakan salah satu amalan yang sering diamalkan oleh Baginda Rasullullah SAW.

Oleh itu, ia bersesuaian dengan bilangan rakaatnya yang ganjil iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.

solat witir jakim
Sumber: JAKIM

Hukum Menunaikan Solat Sunat Witir

Hukum melaksanakan solat sunat Witir adalah sunat muakkad, iaitu ibadah yang sangat dituntut dan dilaksankan untuk menunaikannya.

Solat sunat witir boleh dilaksanakan secara individu dan berjemaah. Perlaksanaan solat witir yang dituntut secara berjemaah adalah selepas selesai menyempurnakan Solat Sunat Terawih.

Solat Witir ini hanyalah termasuk dalam perkara tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:

Maksudnya:

Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah SAW melakukannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415

Allah SWT sangat menyukai mereka yang sering mengerjakan solat sunat witir.

Daripada Ali bin Abu Talib diriwayatkan bahawa solat witir adalah lebih utama daripada solat-solat sunat rawatib yang lain Baginda pun bersabda:

“Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada witir.”

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

Waktu Solat Sunat Witir

Bilakah waktu yang sesuai melaksanakan solat witir?

Waktu yang sesuai melaksanakan solat witir adalah sepanjang malam iaitu selepas menunaikan solat Isyak sehinggalah terbitnya fajar sadiq pada waktu subuh. Waktu yang afdal untuk mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang terakhir.

Daripada ‘Aisyah, dia berkata:

Maksudnya: “Setiap malam Rasulullah SAW melaksanakan solat witir dan berakhir sampai waktu sahur.

 – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 996-

Ia juga boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas menunaikan solat sunat Rawatib ba’diyah Isyak.

Justeru itu, ia dikira tidak sah jika solat witir tersebut dilakukan sebelum solat isyak secara sengaja ataupun terlupa kerana syarat perlaksanaannya adalah selepas solat Isyak.

Hal ini berdasarkan Riwayat Amru bin al-Ash daripada Abu Basrah al-Ghifari bahawa Baginda SAW bersabda, maksudnya:

Allah menambah untuk kamu satu solat, iaitu solat witir. Oleh itu, solatlah kamu di antara solat Isyak sehingga solat Subuh.

-Riwayat Ahmad dalam Masnad Ahmad-

Jumlah Rakaat

Jumlah bilangan rakaat bagi solat witir adalah dalam bilangan rakaat yang ganjil.

Lazimnya, ia dilakukan dua rakaat, sekali salam dan diikuti dengan satu rakaat sekali salam.

Maksudnya adalah:

  • Satu Rakaat – 1 kali satu rakaat
  • Tiga Rakaat – 1 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan
  • Lima Rakaat – 2 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan.
  • Tujuh Rakaat – 3 kali 2 rakaat dan satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan.
  • Sembilan Rakaat – 4 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat secara berasingan.
  • Sebelas Rakaat – 5 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat secara berasingan.

Lafaz Niat

Disebabkan solat witir yang dilakukan adalah secara 3 rakaat dengan 2 salam, maka kita perlu niat solat witir tersebut sebanyak 2 kali.

Niat Solat Witir 2 Rakaat

Bagi lafaz niat solat witir 2 rakaat niatnya adalah:

Solat witir
Usolli sunnatal witri rak’ ataini lillahi ta’ala

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala

Niat Solat Witir 1 Rakaat

Bagi lafaz niat solat witir satu rakaat niatnya adalah:

Solat witir
Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.

solat witir jakim
solat witir jakim

Cara Pelaksanaan Solat Witir

Cara mengerjakan solat sunat witir adalah sama seperti pergerakan menunaikan solat sunat yang lain.

Pada mulanya solat witir ini dilakukan sebanyak 2 rakaat dan diikuti solat sunat witir satu rakaat bagi (tiga rakaat) mengikut cara solat witir 2+1.

Di sini merupakan cara-cara melaksanakan solat Sunat Witir:

RAKAAT PERTAMA

1- Solat Dimulakan Dengan Niat Solat Witir Dua Rakaat

solat witir jakim
Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat Sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala

* Niat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu apabila ia menyatakan “Allahu Akbar”.

2- Kemudian Mengangkat Takbiratul ihram

(الله أکبر)

Allahu Akhbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3- Kemudian Membaca Doa Iftitah

solat witir jakim
Allahu Akbar Kabiraw- Walhamdu Lillahi Katshiraw Wa Subhaanallahi Bukrataw Wa Asila Wajjahtu Wajhiya Lilladzi Fatharas Samawaati Wal Ardh Hanii fam- Muslimaw Wamaa Anaa Minal Musyrikin Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamatii Lillaahi Robbil ‘Aalamiin. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Anaa Minal Muslimiin.

Maksudnya: :

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

* Pada kebiasaannya, solat sunat hanya terus kepada membaca al-fatihah tanpa membaca doa iftitah. Jika ingin membaca ia merupakan perbuatan sunat (mendapat pahala jika membacanya)

4- Membaca Surah Al-Fatihah

solat witir jakim
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil- ‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn.

5- Kemudian Membaca Surah Al- A’la

solat witir jakim
Sabbiḥisma rabbikal-a‘laa⃝ Allażii khalaqa fa sawwaa ⃝ Wallażii qaddara fa hadaa ⃝ Wallażii akhrajal-mar‘aa ⃝ Fa ja‘alahuu guṡā’an aḥwaa ⃝ Sanuqri’uka fa lā tansā⃝ Illaa maa syā’allāh, innahuu ya‘lamul-jahra wa maa yakhfā⃝ Wa nuyassiruka lil-yusraa ⃝ Fa żakkir in nafa‘atiż-żikraa ⃝ Sayażżakkaru may yakhsyaa ⃝ Wa yatajannabuhal-asyqaa ⃝ Allażii yaṣlan-nāral-kubraa ⃝ Summa laa yamuutu fīhaa wa laa yaḥyaa ⃝ Qad aflaḥa man tazakkaa ⃝ Wa żakarasma rabbihii fa ṣallaa ⃝ Bal tu’ṡirūnal-ḥayaatad-dun-yaa ⃝ Wal-aakhiratu khairuw wa abqā ⃝ Inna haażaa lafiṣ-ṣuḥufil-uulaa ⃝ Suḥufi ibraahiima wa mūsaa ⃝

* Anda juga boleh membaca surah-surah pendek yang lain selain dari Surah Al-Ala’

6- Rukuk

Dalam Rukuk ini haruslah membaca bacaan rukuk:

Solat witir
  Subhaana Rabbiyal A’zimi Wabihamdih  (3x)

7- Iktidal

Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah serta membaca:

Solat witir
Sami Allahu Liman Hamidah.
Solat witir
Rabbana Lakal Hamdh

8- Sujud

Selepas iktidal , terus untuk melakukan sujud. Dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain.

Bacaan ketika sujud ialah:

Solat witir
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

9- Seterusnya, Duduk Antara Dua Sujud

Bacaan ketika duduk antara dua sujud ialah:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni  

10- Lakukan Sujud Untuk Kali Kedua

Dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain.

Membaca bacaan ketika sujud ialah:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

11- Duduk Istirahat Sebelum Bangun Ke Rakaat Kedua

Duduk istirahat adalah duduk sebentar ketika hendak bangun dari satu rakaat ke rakaat seterusnya.

RAKAAT KEDUA

12- Dimulakan dengan Takbir Intiqalat

Takbir intiqalat ini merupakan takbir yang diucapkan saat berpindah dari satu gerakkan menuju ke gerakkan yang lain.

13- Membaca Surah Al-Fatihah

solat witir jakim
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil- ‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn.

14- Kemudian, Membaca Surah Al-Kafirun

solat witir jakim
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Qul yā ayyuhal-kaafiruun. Lā a‘budu maa ta‘buduun. Wa lā antum ‘aabiduuna mā a‘bud. Wa lā ana ‘aabidum maa ‘abattum. Wa lā antum ‘aabiduuna mā a‘bud. Lakum diinukum wa liya dīn.

Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

* Anda juga boleh membaca surah-surah pendek yang lain yang kita tahu dan kita ingat

15- Rukuk

Dalam Rukuk ini haruslah membaca bacaan rukuk:

Subhaana Rabbiyal A’zimi Wabihamdih  (3x)

16- Kemudian, Bangun Iktidal

Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah serta membaca:

Sami Allahu Liman Hamidah.
Rabbana Lakal Hamdh

17- Sujud

Selepas iktidal , terus untuk melakukan sujud. Dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain.

Bacaan ketika sujud ialah:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

18- Kemudian Duduk Antara Dua Sujud

Bacaan ketika duduk antara dua sujud ialah:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 

19- Kemudian Lakukan Sujud untuk Kali Kedua

Membaca bacaan ketika sujud iaitu:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

20- Duduk Tahiyat Akhir

21- Membaca tahiyat akhir

Tidak boleh seseorang itu membaca tahiyat sama ada semasa berdiri, sujud atau sebagainya ia harus dibaca ketika sedang duduk tahiyat akhir.

Attahiyatul mubarakatus-salawatut-taiyibatu lillah. Assalamu ‘alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis-salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa asy-hadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma salli ‘ala muhammad wa ‘ala a-li muhammad. Kama sallaita ‘ala ibrahim wa ‘ala a-li ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa’ala a-li muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim wa ‘ala a-li ibrahim. Fil ‘a-lamina innaka hamidummajid.

*Sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah

22- Solat Diakhiri Memberi Salam

Akhiri setiap kali solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari sebelah kanan dan kemudian memaligkan muka ke sebelah kiri.

Salam pertama palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:

Assalamualaikum Warahmatullah 

Kemudian salam kedua palingkan muka pula ke sebelah kiri, sambil ucapkan salam seperti:

Assalamualaikum Warahmatullah 

Selesai memberi salam pada rakaat kedua, terus bangun berdiri untuk melakukan rakaat yang terakhir iaitu rakaat ketiga.

RAKAAT KETIGA

23- Solat Dimulakan Sama Seperti Solat Rakaat Pertama Untuk Niat Solat Witir 1 Rakaat

Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi Ta’ala 

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

24- Berdiri Tegak dan Mengangkat Takbiratul Ihram

(الله أکبر)

Allahu Akhbar

25- Kemudian Membaca Doa Iftitah

Allahu Akbar Kabiraw- Walhamdu Lillahi Katshiraw Wa Subhaanallahi Bukrataw Wa Asila Wajjahtu Wajhiya Lilladzi Fatharas Samawaati Wal Ardh Hanii fam- Muslimaw Wamaa Anaa Minal Musyrikin Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamatii Lillaahi Robbil ‘Aalamiin. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Anaa Minal Muslimiin.

* Pada kebiasaannya, solat sunat hanya terus kepada membaca al-fatihah tanpa membaca doa iftitah. Jika ingin membaca ia merupakan perbuatan sunat (mendapat pahala jika membacanya)

26- Kemudian Membaca Surah Al-Fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil- ‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn.

Maksudnya:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya kepada Allah Tuhan pencipta Alam semesta, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang memiliki (mengadili) hari kemudian. Hanya kepada Mu sahajalah (ya Allah) kami sembah dan hanya pada-Mu kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

27- Membaca Surah Lazim Selepas Al-Fatihah

Surah Al-Ikhlas

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Qul huwallahu ahad (1) Allahussomad (2) Lam yalid walam yuulad (3) Walam yakullahu kufuwan ahad (4)

Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1) Allah Adalah Tuhan Yang Bergantung Kepadanya Segala Sesuatu  (2) Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3) Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Setara Dengan Dia (4)

Surah Al-Falaq

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1) Min Syarrimaa Kholaq (2) Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3) Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4) Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)

Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh (1) Daripada Kejahatan MakhlukNya (2) Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3) Dan Daripada Kejahatan Wanita-Wanita Tukang Sihir Yang Menghembus Pada Buhul-Buhul (4) Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)

Surah An-Nas

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Qul A’uuzu Birobbinnaas (1) Malikinnaas (2) Ilaahinnaas (3) Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4) Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5) Minal Jinnati Wannaas (6)

Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Katakanlah: Aku Berlidung Kepada Tuhan Manusia (1) Raja Manusia (2) Sembahan Manusia (3) Daripada Kejahatan (Bisikan Syaitan) Yang Apabila Bersembunyi (4) Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5) Daripada Jin dan Manusia (6)

*Pada kebiasaanya bagi rakaat ketiga, selepas membaca Surah Al-Fatihah akan dibaca 3 surah ringkas iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

28- Rukuk

Rukuk ialah membengkok sampai dua tangannya dapat diletakkan ke dua kepala lutut serta tamakninah.

Bacaan ketika rukuk ialah:

Subhaana Rabbiyal A’zimi Wabihamdih  (3x)

Maksudnya:

” Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung dan segala puji-pujian-Nya”.

29. Iktidal

Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah serta membaca:

Sami Allahu Liman Hamidah.
Rabbana Lakal Hamdh

30- Membaca Doa Qunut Pada Malam 15-30 Ramadan

Allahhummah Dinii Fiiman Hadait. Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait. Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit. Wabaariklii Fiimaa A’thait. Waqinii Syarramaa Qadhait. Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik. WainNahu Laa Yadzilu-man Walait. Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait. Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait. Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait. Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik. Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.

*Pada bulan Ramadan, Solat Witir ini dilaksanakan secara berjemaah.

Pada rakaat ketiga disunatkan pula untuk membaca Doa Qunut pada pertengahan bulan iaitu pada malam 15-30 Ramadan.

31- Sujud

Selepas iktidal , terus untuk melakukan sujud. Dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain.

atau selepas membaca doa qunud jika pertengahan bulan ramadan yang disunatkan untuk membacanya, Dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain.

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

32- Duduk antara Dua Sujud

Bacaan ketika duduk antara dua sujud ialah:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni 

33- Kemudian Lakukan Sujud untuk Kali Kedua

Membaca bacaan ketika sujud iaitu:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

34- Duduk Tahiyat Akhir

35- Membaca Tahiyat Akhir

Tidak boleh seseorang itu membaca tahiyat sama ada semasa berdiri, sujud atau sebagainya ia harus dibaca ketika sedang duduk tahiyat akhir.

Attahiyatul mubarakatus-salawatut-taiyibatu lillah. Assalamu ‘alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahis-salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa asy-hadu anna muhammadar rasulullah. Allahumma salli ‘ala muhammad wa ‘ala a-li muhammad. Kama sallaita ‘ala ibrahim wa ‘ala a-li ibrahim. Wabarik ‘ala muhammad wa’ala a-li muhammad. Kama barakta ‘ala ibrahim wa ‘ala a-li ibrahim. Fil ‘a-lamina innaka hamidummajid.

36- Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Assalamualaikum Warahmatullah 

Kemudian salam kedua palingkan muka pula ke sebelah kiri, sambil ucapkan salam seperti:

Assalamualaikum Warahmatullah

Selepas selesai menunaikan solat witir kita disunatkan untuk membaca beberapa zikir dan doa seperti dibawah

Doa Solat Sunat Witir

Selepas sahaja selesai menunaikan Solat Sunat Witir kita disunatkan untuk membaca beberapa Zikir seperti yang dibawah:

Subhaanal Malikil Quddus 

Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang Maha Suci

Kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah.

DOA SELEPAS SOLAT WITIR

Selepas menunaikan Solat Witir kita digalakkan untuk membaca salah satu daripada doa witir tersebut:

Doa Pilihan 1

Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika

Maksudnya:

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Doa Pilihan 2

“Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.
Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin. Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut).

Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan. Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami.

Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Kelebihan Solat Witir

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperoleh jika seseorang itu sering mengamalkan Solat Sunat Witir.

1- Akan Disukai Oleh Allah SWT.

Allah menyukai hamba-hambanya yang sering melaksanakan solat sunat witir. Ia dapat dilihat bersadarkan sabda Rasulullah SAW.

“Sesungguhnya ALLAH itu witir (ganjil) dan DIA menyukai yang witir (ganjil).”

-Hadis Riwayat Tarmizi –

2Dicatat Pahala Kepada Yang Mengamalkannya

Solat Sunat Witir ini menunjukkan bahawa pahala yang diperoleh adalah sama besar pahalanya dengan orang yang syahid.

Ini kerana, Solat Sunat Witir ini merupakan solat sunat yang terkandung dalam wasiat Baginda sebagaimana Baginda pernah berpesan bahawa solat sunat witir terlebih dahulu sebelum berganjak ke tempat tidur.

Sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Kekasihku yakni Rasulullah telah memberi wasiat kepadaku dengan tiga perkara agar aku tidak meninggalkan perkara tersebut sehingga mati iaitu berpuasa selama tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat sunat Duha dan tidur dalam keadaan sudah melakukan solat sunat Witir.

-Hadis Riwayat Al-Bukhari-

3- Menjadi Simbolik Kepada Umat Islam

Dengan mengamalkan solat sunat ini ia dapat menjadikan seseorang umat islam itu simbolik kepada amalan kepada sunnah Baginda. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita!”.Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Penutup

Amalan solat sunat witir haruslah sering diamalkan kerana ganjaran yang dinanti amatlah besar daripada solat sunat yang lain.

Solat ini juga merupa amalan yang tidak pernah Rasulullah SAW tinggalakan pada setiap malam.

Solat witir ini juga merupakan salah satu wasiat Rasulullah SAW supaya kita mendirikan solat sunat ini sebelum berganjak ke tempat tidur kerana solat ini sangat istimewa kepada umatnya untuk memperolehi syafaat dan disukai Allah SWT.

Terlalu mudah untuk kita sebagai umatnya memasuki syurga tetapi tidak semua yang mampu yang merebut peluang tersebut.

Janganlah kita tinggalkan untuk melakukan witir, dirikanlah witir tersebut walaupun sedikit bilangannya agar terus menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.