Contoh Lafaz Akad Nikah, “Aku Terima Nikahnya” Yang Betul

Lafaz akad nikah yang terkandung sighah (ijab dan qabul) merupakan salah satu dari rukun akad nikah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda contoh lafaz akad nikah yang perlu anda tahu dalam Islam khususnya kepada pengantin lelaki sebelum tiba hari pernikahan.

Baca juga:

Apa itu lafaz akad nikah?

Lafaz akad nikah adalah perkara yang sangat penting kerana ia menjadi penentu hubungan halal antara suami isteri sah atau tidak.

Dalam lafaz ini terkandung ijab dan qabul yang merupakan rukun nikah.

Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali nikah. Manakala qabul adalah lafaz yang diucapkan oleh bakal suami.

Sekiranya salah satu atau kedua-duanya tidak dilafazkan, maka perkahwinan itu tidak sah.

Lafaz ijab adalah seperti, “aku menikahkan kamu dengan anakku…” dan contoh lafaz kabul pula adalah, “aku terima nikahnya…”

Syarat sah lafaz nikah

Syarat supaya lafaz akan sah adalah ia perlu dilakukan oleh dua orang iaitu bakal suami dan wali bagi pihak perempuan.

Dalam masa yang sama, pengantin perempuan dan dua orang saksi lelaki juga perlu ada semasa akad ini berlangsung.

Prosuder dalam lafaz nikah

1. Khutbah nikah

Sebelum berlangsungnya lafaz nikah ini, imam akan terlebih dahulu membuat khutbah tentang nikah.

Antara perkara yang diceritakan adalah tanggungjawab suami isteri, nafkah, hukum dan sebagainya.

Ia akan dibacakan dihadapan pengantin lelaki, perempuan dan keluarga kedua-dua pasangan dan biasanya di baca di masjid, Pejabat Agama Islam Daerah atau rumah pengantin perempuan.

2. Lafaz akad nikah

Selepas khutbah, maka langkah seterusnya adalah perkara yang paling penting iaitu lafaz nikah yang menjadi penentu hubungan suami isteri itu menjadi halal atau tidak.

Lafaz itu perlu kuat dan jelas supaya ia dapat di dengar.

Apabila saksi mengatakan perkataan “sah” maka lafaz itu sempurna dan suami isteri tersebut telah menjadi pasangan yang halal.

3. Bacaan doa

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Baarakallahu laka wabarakoa ‘alaika wajma’a bainakumaa fii khoir

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan.”

4. Lafaz taklik

Selepas bacaan doa, pengantin lelaki perlu membaca lafaz taklik yang diberikan oleh imam.

Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan.

Salah satu tujuan lafaz taklik adalah untuk melindungi kaum wanita. Contoh lafaz taklik adalah seperti berikut:

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan mudarat kepada tubuh badannya. Kemudian, ia mengadu kepada makhamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi makhamah syariah dan ia memberi kesan Makhamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

5. Solat sunat nikah

Selepas bacaan lafaz taklik, pengantin lelaki digalakkan solat sunat nikah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana majlis berjaya berjalan dengan lancar:

أصلي سنة النكاح ركعتين الله تعالى

Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala

“Sahaja aku solat sunat nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

6. Pembatalan air sembahyang

lafaz akad nikah

Seterusnya, pengantin lelaki akan memberi mas kahwin kepada pengantin perempuan dan pasangan itu akan membuat upacara pembatalan air sembahyang di mana mereka akan bersalaman.

Kemudian, mereka akan bersalaman bersama ahli keluarga pula untuk meraikan hari istimewa mereka.

7. Doa semasa pengantin lelaki memegang ubun-ubun pengantin perempuan

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Allahumma inni as’aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha ‘alaihi. Wa a’udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha ‘alaihi

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya.”

Contoh lafaz akad nikah

Berikut adalah antara contoh biasa lafaz akad yang rata-rata kita gunakan semasa akad nikah.

Contoh 1:

Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya bernilai RM… tunai!

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya berjumlah RM… tunai!

Contoh 2:

“Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya RM… tunai!

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya RM… tunai!

Contoh 3:

“Aku nikahkan kau dengan (Nama Penuh Pengantin Perempuan) yang berwakil walikan aku, dengan emas kahwinnya……..

“Aku terima nikahnya (Nama Penuh Pengantin Perempuan) dengan emas kahwinnya………..

Hukum lafaz akad nikah “Aku Terima” Sahaja

lafaz akad nikah

Hukum lafaz akad nikah “Aku Terima” atau “Aku Redha” sudah memadai dan dikira sah dalam sesebuah perkahwinan.

Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh jumhur ulama serta satu pendapat dalam mazhab Syafie.

Hal ini kerana ia dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebelumnya, maka jelas ucapan pengantin lelaki itu kembali atau merujuk kepada pernikahan dan perkahwinan.

Sekalipun begitu, tidak dinafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redha nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan  keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.

Masalah Akad Ijab dan Qabul Perkahwinan | Ustaz Azhar Idrus

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan lafaz akad nikah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-697: Hukum Akad Nikah Salah Sebut Nama Pengantin atau Nama Ayah Pengantin. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #467 Akad Nikah Satu Lafaz. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.