Hukum & Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Yang Dibenarkan

Apakah hukum berhibur dalam Islam dan apakah pula garis panduan hiburan yang dibenarkan syarak?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan konsep hiburan dalam Islam dan kebaikannya.

Baca juga:

Apa itu hiburan?

hiburan dalam islam

Sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan, menyenangkan dan mententeramkan hati.

Konsep berhiburan ini bertujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan.

Penjelasannya boleh kita lihat dalam sebuah hadis Rasulullah SAW kepada Abdullah bin Amr bin Alas yang bermaksud:

Wahai Abdullah bin Amar, “Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah SWT, dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berikanlah kepada yang miliki hak tersebut.”

Dalam kehidupan seharian, anda terdedah dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, anda akan hanyut dan leka sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab.

Hiburan menurut Islam

Dalam kita sibuk beribadah untuk kesenangan nanti di akhirat, jangan lupa untuk mengambil apa yang sudah disediakan oleh Allah di atas muka bumi ini. Kehidupan yang Allah berikan mesti digunakan dengan sebaik mungkin dalam mentaati perintah Nya.

Kerana itu Dr. Yusuf Al-Qardawi ada menyebut dalam buku Al-Halal Wa Al Haram [ms. 543:]

Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah Al-Quran dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid.

Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan bermain-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”

Hiburan misalnya ia tidak dilarang dalam Islam. Namun tatacara hiburan dalam agama pastinya terdapat disiplin yang tegas.

Lebih-lebih lagi apabila membabitkan “ikhtilat” atau percampuran wanita dengan lelaki yang berlebihan dengan adegan mengundang maksiat.

Hukum berhibur dalam Islam

Islam mengharuskan hiburan kerana ia merupakan sebahagian dari fitrah manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah RA yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. 

Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.” - (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Namun begitu, syaitan selalunya mengambil peluang dari aktiviti serta hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia.

Allah SWT berfirman dalam surah Luqman, ayat 6 yang bermaksud :

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّشْتَرِيْ لَهْوَ الْحَدِيْثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ بِغَيْرِ عِلْمٍۖ وَّيَتَّخِذَهَا هُزُوًاۗ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِيْنٌ

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang
melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari
agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan
ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan

Justeru, garis panduan hiburan bagi umat Islam adalah penting untuk diamalkan.

Garis panduan hiburan bagi umat Islam

Berikut adalah tujuh perkara dalam garis panduan hiburan ini:

1. Takrif

  • Hiburan – Sesuatu (perbuatan, benda atau sebagainya) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan hati).
  • Nyanyian – Gubahan muzik yang dilagukan dengan suara.
  • Musik – Gabungan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan penyataan perasaan.
  • Tarian – Gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.

2. Program hiburan

  • Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
  • Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak menganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
  • Memgambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
  • Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat.
  • Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
  • Tida mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

3. Persembahan muzik

  • Tidak menimbulkan gerak geri liar.
  • Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
  • Tidak melalaikan.

4. Lirik

  • Kalimah syahadah dalam Bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
  • Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberi perangsang melakukan dosa.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
  • Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
  • Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
  • Tidak mengandungi unsur-unsur mengutuk nasib dan lucah.
  • Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah, dan seumpamanya.
  • Tidak boleh menjadikan teks Al-Quran sebagai lirik.

5. Persembahan artis

  • Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksplotasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  • Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
  • Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

6. Persembahan tarian

  • Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  • Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
  • Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
  • Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
  • Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

7. Tanggungjawan penganjur

  • Penganjur hendaklah memastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.
hiburan dalam islam

Adab dan etika ketika berhibur

Dalam Islam, terdapat pedoman adab dan etika yang perlu diikuti ketika berhibur. Berikut adalah beberapa prinsip yang dianjurkan dalam Islam terkait adab dan etika ketika berhibur:

1. Mempertimbangkan kehalalan

Seorang Muslim harus memperhatikan kehalalan hiburan yang dipilih untuk berhibur.

Hiburan tersebut tidak boleh melanggar prinsip-prinsip Islam, seperti larangan meminum minuman beralkohol, berjudi, atau terlibat dalam aktiviti haram lainnya.

2. Tidak melampaui batas

Dalam berhibur, seorang Muslim harus menjaga dirinya agar tidak melampaui batas-batas agama.

Ini bererti tidak terlibat dalam perilaku atau aktiviti yang melanggar ajaran Islam, seperti bergaul bebas, melakukan perbuatan tercela, atau terlibat dalam tontonan yang tidak baik.

3. Menjaga kesopanan dan tertib

Adab dan etika dalam Islam menekankan pentingnya menjaga kesopanan dan tertib ketika berhibur.

Ini termasuklah dalam halnya menghormati hak-hak orang lain, tidak mengganggu ketenangan umum, dan menghindari tindakan atau perkataan yang dapat menyebabkan ketidaknyamanan atau kebencian.

4. Menghindari muzik yang haram

Meskipun muzik tidak secara tegas dilarang dalam Islam, tetapi masih terdapat beberapa jenis muzik yang dianggap haram

Contohya seperti yang mengandung lirik vulgar atau merangsang hawa nafsu negatif. Seorang Muslim sebaiknya memilih muzik yang bersifat positif, mendidik, atau berbentuk islamik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan hiburan dalam Islam dalam memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-197: Islam dan Muzik. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Garis Panduan Karnival dan Hiburan Yang Dibenarkan Dalam Islam. Mufti Perak
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.