Hukum Tindik Hidung Bagi Wanita Dalam Islam

Apakah hukum tindik hidung bagi seorang wanita yang perlu anda tahu?

Artikel ini akan membahaskan serba sedikit secara ringkas mengenai hukum tindik hidung bagi seorang wanita yang beragama Islam.

Hal ini telah termasuk berkenaan dengan fesyen dan pemakaian yang digariskan dalam islam.

Baca juga:

Pengenalan tentang amalan bertindik

Bertindik merupakan salah satu perhiasan bagi seorang wanita bagi mempamerkan perhiasan barang kemas pada diri.

Ia juga telah menjadi salah satu budaya yang telah sebati pada masa kini dalam kalangan masyarakat kita terutamanya kepada wanita yang beragama islam.

Bertindik telinga itu adalah sangat sinonim di kalangan wanita di seluruh dunia termasuklah bagi umat Islam.

Namun, bagaimana pula dengan bertindik hidung? Apakah hukum bagi seseorang itu menindik di bahagian hidung?

Tertarik dengan satu penjelasan yang dikongsikan oleh pendakwah yang berpengaruh iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang mana beliau memberi sedikit penjelasan bahawa seandainya seseorang itu melakukan tindik hidung oleh kerana terikut dengan budaya-budaya lain, maka ia merupakan sesuatu yang dilarang oleh syarak.

Hukum tindik hidung

Sudah menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini yang mana terdapat segelintir masyarakat terutamanya seseorang yang bergelar wanita islam yang sangat gemar menindik hidung dan memakai perhiasan di bahagian anggota berkenaan.

Persoalannya di sini adakah dibolehkan kepada kita untuk tindik hidung? Apakah hukum dalam Islam?

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan itu, satu perkongsian yang telah dijelaskan mengenai hukum tersebut yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang menyatakan bahawa:

Seandainya seseorang itu menindik hidung kerana terikut-ikut dengan budaya lain, ia adalah sesuatu yang dilarang dalam syarak.

Penjelasan yang diberikan adalah kerana apabila seseorang yang beragama islam meniru hiasan budaya lain ia sama sahaja seperti menyerupaisuatu kaum sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadis Baginda Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” 

(Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Bazzar)

Begitu jelas apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki mengenai isu hukum menindik di bahagian hidung ini kepada wanita yang beragama islam.

Seandainya perbuatan menindik tadi dilakukan atas tujuan untuk kecantikan yang ingin diperlihatkan kepada suami atau keluarganya, ia adalah dibenarkan dalam syarak.

Namun jika sebaliknya adalah lebih baik tidak mengikut peredaran fesyen pada masa kini bimbang akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang “tabarruj” iaitu berlebihan dalam kecantikan.

Namun, katanya lagi adalah lebih baik jika seseorang itu tidak menindik di bahagian hidung. Namun tindikklah pada telinga iaitu tempat yang sepatutnya kita memakai subang.

“Itulah yang disebut sebagai kecantikan buat kita, bukan pada orang lain”.

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum tindik hidung dan telinga adalah di haruskan bagi golongan wanita. Namun perhiasannya itu hanya boleh dilihat oleh suami dan mahramnya sahaja ini kerana telinga itu merupakan aurat yang wajib ditutupi

Melihat kepada persoalan di atas menindik telinga melebihi daripada satu tempat tidak diharuskan ini kerana menyerupai golongan kafir dan fasiq.

Nabi SAW melarang umatnya untuk menyerupai golongan kafir seperti Hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud: 4031)

Selain itu ia juga merupakan perkara yang berlebihan dan melampaui batas di dalam perhiasan dan perbuatan melampaui batas ini dilarang di dalam syariat Islam seperti nas yang didatangkan di atas.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum tindik hidung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1107: Apakah Hukum Menindik (Piercing) Selain Earlobe Bagi Seorang Perempuan. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.