Imsak Masih Bolehkah Makan Minum Ketika Berpuasa?

Adakah ketika masuk waktu imsak masih bolehkah makan minum sekiranya kita berpuasa?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda status sama ada waktu imsak masih bolehkah makan minum ketika berpusa.

Baca juga:

Apa itu waktu imsak?

Waktu imsak adalah waktu yang sangat pentin bagi orang yang ingin berpuasa. Dalam Bahasa Arab, imsak bermaksud menahan daripada sesuatu.

Tujuan adanya waktu imsak ini adalah sebagai satu langkah untuk mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum.

Imsak masih bolehkah makan minum?

Waktu imsak kita sebenarnya disunatkan untuk berhenti makan sebagai sikap agar berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan waktu subuh bermula.

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur bersama. Apabila selesai daripada sahur mereka berdua, Nabi SAW bangun lalu bersolat.

Kami (para sahabat) bertanya kepada Anas, ‘Berapa kadar masa antara waktu sahur mereka dan masuknya mereka untuk bersolat?’

Anas menjawab, ‘Kadar apa yang boleh dibaca oleh seorang lelaki sebanyak lima puluh ayat.’ – (Hadis riwayat Imam Bukhari, No. 550 dan Imam Muslim, No. 1097).

Namun begitu, waktu imsak adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang untuk berhenti makan atau minum ketika bersahur bagi membolehkan anda bersiap-siap menanti hadirnya masuk waktu subuh.

Dalam kata lain, makan dan minum selepas waktu imsak tidak membatalkan puasa selagi mana belum masuk waktu subuh.

Tempoh puasa bermula ketika imsak?

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)”.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa waktu berpusa adalah bermula apabila masuknya waktu subuh.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan status waktu imsak dan hukum ketika makan minum pada waktu itu dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #1024: Status Puasa Jika Menelan Makanan Sewaktu Azan Subuh. Maktabah Al Bakri
  2. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #76: Adakah Bermulanya Puasa Setelah Masuk Waktu Imsak? Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.