Hukum Simpan dan Cukur Janggut Dalam Islam
Umum kita tahu bahawa menyimpan janggut adalah sunnah. Namun apakah sebenarnya hukum simpan dan cukur janggut ini?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tentang simpan dan cukur janggut bagi lelaki yang perlu anda ketahui.
Baca juga:
Apa itu janggut?
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, janggut adalah bulu yang tumbuh di dagu.
Umumya, janggut biasa tumbuh pada golongan lelaki. Namun pastinya, tidak semua lelaki boleh memiliki janggut yang lebat.
Ianya semua berbalik semula kepada faktor kadar kesuburan lelaki. Seseorang yang mempunyai tahap testosteron yang tinggi, janggut atau misai mungkin akan tumbuh lebih cepat berbanding orang lain.
Kenapa lelaki suka bela janggut?
Salah satu sebab lelaki simpan atau bela janggut adalah kerana untuk nampak lebih macho dan ada imej “kejantanan”.
Namun mungkin tidak ramai yang tahu bahawa, terdapat penemuan saintifik dari sudut kesihatan kepada mereka yang menyimpan janggut.
Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.
Kemudian, menurut seorang pakar dermatologi dari London, Dr. Nick Lowe, lelaki dengan imej berjanggut dan berjambang tidak perlu khuatir tentang kulit kering.
Ini kerana dibahagian kulit berbulu terdapat kalenjer sebaceous, yang fungsinya merembeskan bahan berminyak, dikenali sebagai sebum.
Seorang pakar perunding pernafasan di Klinik London, Dr. Felix Chua. Menurutnya, berkata rerambut boleh bertindak sebagai penapis dan menghentikan habuk daripada memasuki saluran pernafasan.
Daripada kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron.
Dari sudut agama Islam, janggut sudah tentu dikaitkan dengan sebuah hadis sahih dari Ibnu Umar RA bahawa Nabi bersabda,
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu peliharalah janggut dan potonglah misai.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Hukum simpan janggut
Para ulama’ berlaku khilaf berkenaan dengan hukum memelihara janggut. Ada pendapat jumhur fuqaha’ sebahagian ulama’ mazhab Syafi’ie, berpendapat ianya adalh wajib.
Manakal sebahagian lagi ulama’ Mazhab Syafi’e, berkata ianya sunat.
Selain itu, jumhur fuqaha’ daripada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan satu pandangan daripada ulama Syafie mengharamkan memotong janggut.
Hukum cukur janggut
Pandangan dari mazhab syafie menyatakan bahawa, hukum mencukur janggut adalah makruh tanzih.
Ianya kerana menyimpan janggut secara terurus adalah merupakan sunnah Nabi kita yang mulia.
Tips penjagaan janggut yang sihat
Janggut bukanlah sahaja sekadar untuk disimpan tetapi juga diurus dan dikemaskan agar sentiasa tampak rapi.
Ia perlu dipelihara dengan sebaik mungkin supaya tidak kelihatan kusut masai, dan serebeh sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain terhadap diri sendiri.
Berikut ini adalah antara tips penjagaan janggut yang boleh anda cuba
- Basuh janggut dengan syampu
- Pastikan janggut diminyakkan dengan minyak khas dan premium
- Trim janggut untuk tampak kemas
- Cukur janggut di bahagian leher
- Amalkan pemakanan yang sihat
Semoga dengan perkongsian kami mengenai hukum simpa dan cukur janggut ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-190: Hukum Mencukur Janggut Atas Arahan Majikan. Mufti Wilayah Persekutuan
- #669: Menyimpan Janggut. Maktabah Al Bakri