Hukum Warna Rambut atau Uban Bagi Lelaki dan Perempuan

Apakah hukum warna rambut bagi lelaki dan perempuan yang perlu anda tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai penjelasan hukum warna rambut dan soal jawab yang berkaitan dengannya untuk memudahakn pemahaman anda.

Baca juga:

Apa Itu Mewarnakan Rambut?


hukum warna rambut

Mewarnakan rambut adalah mengubah warna asal rambut tersebut kepada warna yang lain untuk tujuan kosmetik, untuk kecantikan, untuk berhias dan sebagainya.

Kebanyakkan dari kita menggunakan tujuan untuk mewarnakan rambut adalah untuk menampakkan seseorang itu lebih style dengan mengikut budaya-budaya barat tetapi tidak mengambil kisah mengenai bahan-bahan yang digunakan semasa menggunakannya.

Jadinya di sini, sebelum melakukan apa-apa tindakan yang mempunyai keraguan di sisi agama kita haruslah mengambil berat mengenai hukum mewarnakan rambut.

Mewarna Rambut Zaman Nabi


Perbuatan mewarnakan rambut ini bukanlah perkara yang baru dalam masyarakat Malaysia, malah ia telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW apabila para sahabat ingin pergi berperang.

Ianya adalah dengan tujuannya bagi menimbulkan rasa gerun dalam hati musuh kerana melihat orang Islam masih muda dan gagah.

Dalam situasi lain pula, Rasulullah SAW juga pernah menyuruh seorang sahabat yang sudah lanjut usianya bernama Abu Quhafah supaya mewarnakan rambut yang sudah beruban namun tidak boleh berwarna hitam.

Hukum Warna Rambut


hukum warna rambut

Terdapat beberapa hukum secara umum mengenai mewarnakan rambut atau uban ini dengan tujuan-tujuan yang tertentu antaranya:

1. Sunat

Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain daripada warna hitam.

2. Harus

(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

(b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

3. Makruh

(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram

(a)  Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b)

(b)  Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah disahkan status halalnya terlebih dahulu dan menepati tiga syarat iaitu:-

  1. Boleh menyerap air, supaya wudhuk dan mandi wajib menjadi sah.
  2. Tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kulit; seperti kanser, kekeringan rambut, allergik dan sebagainya.
  3. Dibuat daripada bahan yang tidak bercampur dengan najis dan daripada bahan yang suci dan halal.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi wajib atau wuduk.

Ini bermaksud air yang bersih mestilah sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi wajib atau sebahagiannya ketika berwuduk.

Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi wajib dan wuduk berkenaan tidak sah.

Setiap yang mewarnakan rambut itu juga mestilah atas tujuan-tujuan yang tertentu seperti:

  • Jika untuk menutup uban, ia sunat.
  • Jika tiada sebab, ia harus.
  • Jika mengikut budaya yang jahat, maka ia haram.

Soal Jawab Mengenai Hukum Warna Rambut


Soalan 1

Dikatakan harus mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami. Jika warnakan rambut dengan warna selain hitam hukumnya tetap sama atau tidak?

Jawapan :

Sunat mewarnakan uban dan rambut itu dengan menggunakan warna lain, sama ada kuning atau merah.

Soalan 2

Saya berumur 32 tahun mempunyai masalah uban yg agak kritikal. boleh ke saya mewarnakan rambut saya menggunakan inai/pewarna hitam. Ada sesetengah ustaz menasihati saya mewarna rambut saya warna merah(inai) tapi saya agak malu jika warna rambut saya berwarna merah, tambahan saya berkerja di sekolah, agak mewujudkan suasana pelik di kalangan pelajar.

Jawapan:

“Haram bagi lelaki dan perempuan mewarnakan janggut dan rambut dengan warna hitam. Namun, sunat mewarnakan uban dan rambut dengan warna yang lain sama ada kuning atau merah.

Perkara ini boleh dirujuk berdarsarkan Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang sahabat yang sudah lanjut usianya bernama Abu Quhafah supaya mewarnakan rambut yang sudah beruban namun tidak boleh berwarna hitam. Baginda bersabda:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya:

Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan sesuatu dan elakkanlah dari warna hitam.”

-Riwayat Muslim (2102)-

Penutup


Rambut merupakan bahagian yang wajib untuk dibasuh ketika mandi wajib atau wuduk. Ini bermaksud air yang bersih mestilah sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi wajib atau sebahagiannya ketika berwuduk.

Jika ada sesuatu yang menghalang air itu untuk sampai dan membasahi rambut tersebut, maka mandi wajib dan wuduk berkenaan tersebut terjadi hukumnya tidak sah.

Oleh itu, kita haruslah memahami bahawa hukum mewarnakan rambut adalah dibenarkan dalam Islam.

Tetapi perlulah terlebih dahulu memahami beberapa situasi seperti tidak dibenarkan untuk mewarnakan semula rambut tersebut seperti warna sebenar iaitu warna hitam.

Disunatkan oleh seseorang itu untuk mewarnakan semula rambutnya yang beruban atas tujuan berhias hanya untuk suaminya bukan atas tujuan mengikut budaya barat.

Diharapkan artikel pada kali mengenai hukum warna rambut dapat memberikan sedikit penjelasan berkenaan masalah yang sering timbul di kalangan masyarakat.

Sumber:

  1. Mewarnakan Rambut. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  2. Fahami Hukum Mewarnakan Rambut. Tazkirah Media
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.