Hukum Isteri Menolak Ajakan Suami Untuk “Bersama” & Sebab-Sebabnya
Apakah hukum isteri menolak ajakan suami untuk berhubungan intim?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum isteri menolak ajakan suami atau melayani suami untuk bersama.
Baca juga:
Hikmah dalam sebuah perkahwinan
Tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk membangunkan institusi kekeluargaan, memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
“Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 1467)
Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau menyatakan hikmah perkahwinan di antaranya ialah (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/13-16):
- Memenuhi keperluan fitrah manusia
- Mengembangkan masyarakat islam dengan keturunan
- Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
- Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
- Memelihara generasi manusia yang sejahtera
- Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama
Nafkah batin yang wajib diberikan suami
Nafkah adalah memberi perbelanjaan kepada orang-orang di bawah tanggungan seperti makan, pakaian, dan tempat tinggal yang bersesuaian dan secukupnya.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 34:
اَلرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَآ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَالِهِمْ ۗ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّٰهُ ۗوَالّٰتِيْ تَخَافُوْنَ نُشُوْزَهُنَّ فَعِظُوْهُنَّ وَاهْجُرُوْهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوْهُنَّ ۚ فَاِنْ اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوْا عَلَيْهِنَّ سَبِيْلًا ۗاِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya.
Maka perempuan-perempuan yang saleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).
Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka.
Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar.”
Hukum suami memberi nafkah kepada isteri adalah wajib. Nafkah terbahagi kepada tiga iaitu nafkah sehari-hari (makan, minum, tempat tinggal), nafkah keperluan peribadi (alat solek), dan nafkah batin (kepuasan nafsu).
Hukum isteri menolak ajakan suami
Hukum isteri menolak ajakan suami dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran adalah haram dan berdosa besar.
Walau bagaimanapun dalam kehidupan serba moden di mana para isteri telah ramai yang turut sama keluar bekerja di samping masih bertanggungjawab menjaga urusan rumah tangga, maka sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan kesepakatan dalam hubungan suami isteri.
Hal ini tidak lain, hanya untuk memelihara hak kedua-dua pasangan. Isteri perlu menjelaskan keadaannya sebenar agar suami dapat memahami tanpa perlu berbohong.
Sebab-sebab yang dibolehkan isteri menolak untuk “bersama”
Seorang isteri boleh menolak ajakan suami untuk “bersama” bila mana terdapat keuzuran yang tertentu dan dibenarkan syarak.
1. Kerana datang haid
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 222 bermaksud:
وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ
“Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.”
2. Kerana darah nifas
Sama juga halnya dalam urusan darah nifas iaitu darah yang keluar selepas bersalin. Haram juga suami berhubungan intim bersama isteri dalam tempoh tersebut.
Biasanya tempoh minimum nifas ialah sekelip mata (لحظة). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari.
3. Kerana sakit
Sakit yang dimaksudkan ini adalah isteri sakit sehingga tidak mampu dari segi kudrat dan tenaga tubuh badannya untuk melayani kehendak batin suami.
4. Hubungan intim yang boleh membawa mudharat
Sekiranya dengan berhubungan intim boleh membawa mudharat atau kesakitan kepada si isteri, maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suaminya.
5. Isteri sedang melaksanakan ibadah wajib
Isteri yang sedang melaksanakan ibadah wajib iaitu solat fardhu dan puasa fardhu adalah dibolehkan untuk menolak ajakan suami.
Sebuah hadis Rasulullah SAW:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا أُدْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya (pada hari Kiamat): ‘Masuklah ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang kamu mahu.” – (Riwayat Ahmad (1664), Ibn Hibban (1296) dan al-Bazzar (7480)
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum isteri menolak ajakan suami dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk anda jadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-755: Hukum Isteri Menolak Nafkah Batin. Mufti Wilayah Persekutuan
- #402: Keadaan Isteri Berhak Tidak Melayan Suami. Maktabah Al Bakri