Ambil Wuduk Dalam Tandas, Boleh atau Tidak Sebenarnya?

Isu ambil wuduk dalam tandas biasa terjadi bila kita berada di rumah.

Ia jelas kerana tidak semua rumah yang menyediakan tempat mengambil wuduk khusus seperti di surau atau masjid.

Namun apakah sah dan dibolehkan seseorang itu mengambil wuduk dalam tandas?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum ambil wuduk dalam tandas.

Baca juga:

Hukum ambil wuduk dalam tandas

ambil wuduk dalam tandas

Ambil wuduk dalam tandas hukumnya adalah dibolehkan.

Ini berdasarkan daripada  sebuah hadis yang menceritakan berkenaan perbuatan mandi junub Rasulullah SAW.

Kata Ummu al-Mu’minin Aísyah R.Anha:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَيْهِ، وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اغْتَسَلَ، ثُمَّ يُخَلِّلُ بِيَدِهِ شَعَرَهُ، حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنْ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ، أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ‏.‏ وَقَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ، صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila mandi junub baginda akan membasuh kedua tangannya (pergelangan tangan), berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.

Kemudian baginda mandi. Seterusnya baginda memasukkan jari-jari (menyela) ke rambut baginda, sehinggalah baginda merasakan bahawa kulit kepala baginda basah, baginda mencurahkan air ke atasnya sebanyak tiga kali.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Padanya (hadis ini) istihbab (disunatkan) untuk menyempurnakan wuduk sebelum mandi (junub).

Kemudian baginda membasuh keseluruhan badan baginda. Kata A’isyah lagi: Aku dahulu mandi bersama Rasulullah SAW dari bekas air yang sama.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 272)

Berdasarkan hadis di atas juga, jelaslah bahawa perlakuan wuduk tersebut berlaku di dalam bilik mandi kerana Nabi SAW pada ketika ini sedang mandi junub.

Ini tidak lain turut menunjukkan bahawa berwuduk dalam bilik air atau tandas adalah harus.

Sungguhpun begitu, anda perlulah berhati-hati dalam memilih tempat mengambil wuduk kerana dikhuatiri adanya najis yang terdapat di dalam tandas terpercik ke pakaian atau badan. 

Hukum lafaz niat wuduk dalam tandas

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah,

“Sekiranya berada di tandas mahupun bilik air, memadai hanya berniat wuduk di dalam hati tanpa perlu melafazkan nama Allah dengan lisan.”

Justeru, apabila berada di dalam tandas, cukuplah sekadar berniat di dalam hati tanpa perlu dilafazkan secara lisan.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Ambil Wudhuk Di Dalam Tandas – Ustaz Azhar Idrus
Kencing & Berwudhuk Dalam Bilik Air Yang Sama – Ustaz Azhar Idrus
Ambil Wudhuk Lain-Lain Tempat – Ustaz Azhar Idrus
Hukum ambil Wudhuk Dalam Tandas – Ustaz Azhar Idrus

Cara ambil wuduk dalam tandas + bilik air

Ustaz Fawwaz Mohd Jan

Ibu bapa di luar sana susah ajar anak-anak cara solat dan wuduk di rumah?

Anda boleh dapatkan Set Lengkap Poster Solat & Wuduk yang menarik dan berwarna-warni ini untuk memudahkan anak-anak anda belajar fardhu ain dengan lebih mudah dan cepat.

Diharapkan perkongsian kami mengenai hukum ambil wuduk dalam tandas dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #708: Hukum Mengambi Wuduk Di Dalam Tandas. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Apa Hukum Lafaz Niat Wuduk Dalam Tandas? Majoriti
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.