Cara Berwuduk Pakai Gelas, Rupanya Memang Cukup!
Bagaimanakah cara berwuduk pakai gelas untuk memastikan wuduk sah dan boleh digunakan dalam solat?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsikan cara berwuduk pakai gelas untuk panduan anda.
Baca juga:
Apa itu wuduk?
Dalam konteks bahasa, wuduk atau bahasa pasarnya digelar sebagai air sembahyang adalah perbuatan menyucikan diri dengan air sebelum beribadah.
Sedangkan dari konteks syarak, wuduk bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat.
Iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
Syarat sah berwuduk
Antara syarat sah berwuduk yang perlu anda tahu adalah seperti:
- Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu)
- Mumayyiz / tamyiz (dapat membezakan yang mana baik dan buruk iaitu yang telah berusia antara tujuh hingga sembilan tahun)
- Tidak berhadas besar (haid, nifas, dan junub)
- Berwudhu dengan air yang suci dan menyucikan
- Tidak ada penghalang air sampai ke kulit, rambut dan kuku seperti cat, lilin, getah, tatu, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow, dan sebagainya
- Mengetahui mana yang wajib dan mana yang sunnah
Rukun wuduk
Rukun wuduk adalah merupakan hal-hal yang membentuk kesatuan wuduk yang telah ditentukan.
Maksudnya di sini, sekiranya kita meninggalkan atau tidak melaksanakan salah satu dari rukun ini, maka wuduk menjadi batal.
Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa:
وفروض الوضوء ستة وهي: النية، وغسل الوجه، وغسل اليدين، مع المرفقين، ومسح بعض الرأس، وغسل الرجلين مع الكعبين، والترتيب
Maksudnya: “Rukun-rukun wuduk itu enam iaitu: niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua kaki sehingga buku lali dan tertib.“
Begitu juga dalam mazhab al-Syafie rukun wuduk terbahagi kepada enam. Antara rukun wudhu yang perlu anda tahu adalah seperti:
- Berniat
- Membasuh muka
- Membasuh tangan hingga ke siku
- Membasuh kepala
- Membasuh kaki hingga ke buku lali
- Tertib
Cara berwuduk pakai gelas (jimat!)
Ini adalah panduan cara wuduk pakai gelas yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan.
1. Berniat
2. Mengalirkan air serta meratakannya ke seluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut, hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri
3. Membasuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke siku
4. Membasuh tangan kiri dari hujung jari hingga ke siku
5. Meratakan dan menyapu ubun kepala
6. Mengalir dan meratakan air ke kaki kanan serta celah-celah jari kaki, tumit hingga buku lali atau mata kaki.
7. Mengalir dan meratakan air ke kaki kiri serta celah-celah jari kaki, tumit hingga buku lali atau mata kaki.
8. Tertib
Berikut adalah video penuh penjelasan cara berwuduk pakai gelas yang boleh anda tonton:
Kesimpulannya, perbuatan membazir dalam berwuduk itu jelas ditegur dan dilarang Rasulullah SAW sekalipun air itu dalam jumlah yang banyak seperti di laut, sungai dan seumpamanya.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara berwuduk pakai gelas dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Larangan Membazirkan Air Ketika Wuduk. Harian Metro
- Koleksi Hadis 224: Ukuran Menggunakan Air Ketika Berwuduk. UTM