Doa Selepas Wuduk dan Kelebihannya (Dalam Rumi)

Apakah doa selepas wuduk yang boleh dibaca selepas selesai mengambil wuduk?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa selepas wuduk dan manfaat jika membacanya.

Baca juga:

Pentingnya wuduk dalam solat

doa selepas wuduk

Wuduk adalah salah satu bentuk taharah (kebersihan) dalam Islam. Melalui wuduk, kita membersihkan diri dari kotoran fizikal seperti debu, peluh, dan noda-noda lainnya.

Kebersihan fizikal ini penting kerana solat adalah bentuk ibadah yang dilakukan dengan menyucikan diri.

Selain itu, wuduk juga memiliki kesan dalam membersihkan jiwa dan kesucian spiritual seseorang. Dalam Islam, diyakini bahwa wuduk membersihkan dosa-dosa kecil yang dilakukan sehari-hari.

Dengan membersihkan diri secara lahiriah dan batiniah, seseorang dapat menunaika solat dengan hati yang bersih dan fokus.

Melakukan wuduk dengan penuh kesungguhan mengingatkan kita akan pentingnya solat dan membantu kita menghargai ibadah ini dengan lebih baik.

Doa selepas wuduk

Berikut adalah bacaan doa selepas wuduk dalam Bahasa Arab, rumi, dan terjemahannya:


اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ. وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ،وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Asy hadu an laa Ilaha illallahu. Wahdahu laa syarikalah. Wa asy hadu anna Muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj ‘alni minat tauwabin, waj ’alni minal mutatahhirin. Waj ‘alni min ‘ibadikas solihin.

“Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang soleh.”

Apa yang dimaksudkan dengan “dibuka pintu syurga”?

Dalam mentafsirkkan maksud “pintu-pintu syurga dibuka”, ulama mempunyai dua pendapat:

Pertama, Untuk memudahkan sampai ke arah jalan-jalan kebajikan yang akhirnya menuju ke pintu tersebut.

Dalam bahasa yang lain, Allah menyediakan baginya sebab-sebab amalan soleh yang akhirnya membawa kepada pintu-pintu syurga. Ini berdasarkan firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)" - (Surah Al-Ankabut, ayat 69)

Pendapat kedua pula membawa erti futihat (فُتِحَتْ) “telah dibuka” dengan maksud akan dibuka pada hari Kiamat.

Penggunaan fi’il madhi pada tempat akan datang semata-mata untuk mentahqiqkan pasti berlaku dan hampirnya. Ini sejenis daripada ta’bir balaghi sebagaimana firman Allah SWT:

أَتَىٰ أَمْرُ اللَّـهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. " - (Surah al-Nahl, ayat 1)

Kelebihan membaca doa selepas wuduk

Sempurnanya ibadah seseorang adalah daripada wuduk. Bahkan antara amalan  yang dianjurkan ialah mengucapkan bismillah ketika mula wuduk, membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali, serta membaca doa selepas mengambil wuduk.

Hal ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis, Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ

"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu. - (Riwayat Muslim, no.234, Abu Daud no. 169, al-Nasa’ie no. 148, Ibn Majah, no.470 dan al-Tirmizi, no.55

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa selepas wuduk dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #901: Bacaan Doa Wudhu’ dan Terbukanya Pintu Syurga. Maktabah Al Bakri
  2. Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk. TZKRH
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.