Tasbih Kifarah Rumi Dengan Terjemahan dan Audio

Tasbih kifarah rumi adalah bacaan lazim yang biasa kita baca setiap kali selesai sesuatu majlis.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan tasbih kirafah rumi dan terjemahannya.

Baca juga:

Apa itu tasbih kifarah

tasbih kifarah rumi

Kaffarah dari sudut bahasa bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT.

Biasanya dalam sesuatu majlis khususnya majlis agama, pengelola majlis akan memberi petanda bahawa majlis berakhir seperti ini:

“Kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr”

Bacaan tasbih kifarah rumi

Berikut adalah bacaan tasbih kifarah rumi yang boleh anda baca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhanaka Allahumma wa bihamdika, ash-hadu an la ilaha ilia Anta, astaghfiruka wa atubu ilaika.

Maksudnya: “Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji bagi Mu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Bacaan surah Al-Asr

Wal-‘asr innal-insana lafi khusr. Illallazina amanu wa ‘amiluṣ salihati. Wa tawaṣau bil ḥaqqi wa tawasau bis sabr

Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Tasbih kafarah, Surah Al Asr dan doa

Hukum tutup majlis dengan tasbih kifarah

Amalan membaca kaffarah al-majlis atau tasbih kaffarah di akhir majlis merupakan amalan yang telah sabit serta dituntut melalui dalil hadis yang sahih.

Hal ini disebut oleh Abu Hurairah RA di dalam riwayatnya, Rasulullah SAW bersabda: 

مَنْ ‌جَلَسَ ‌فِي ‌مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis lalu banyak bergurau senda dalam majlis tersebut, sebelum meninggalkan itu hendaklah dia berdoa: Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji-pujian bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau dan aku memohon ampun dan taubat kepada-Mu”.

(Hadis Riwayat al-Tarmizi, No. 3433)

Manakala membaca surah al-‘Asr pula merupakan amalan sebahagian daripada sahabat Nabi bagi tujuan memuliakan majlis dan ia seiring dengan tuntutan menjaga adab di dalam majlis.

Membaca surah al-‘Asr tidak mempunyai riwayat yang khusus tentang amalan tersebut.

Namun ia merupakan zikir yang diamalkan oleh beberapa orang sahabat RA sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Madinah al-Darimi: 

Maksudnya: “Dua orang daripada sahabat Nabi SAW apabila kedua-duanya bertemu, mereka tidak berpisah sehingga salah satu di antara keduanya membaca (‌وَالْعَصْرِ ‌إِنَّ ‌الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ) kemudian salah satu daripada keduanya memberi salam kepada yang lain”.

(Hadis Riwayat al-Tabrani, No. 5124)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tasbih kifarah rumi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1948: Adakah Membaca Surah Al-‘Asr Di Akhir Majlis Sebahagian Daripada Nas? Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.