Bacaan Doa & Zikir Penenang Hati Untuk Amalan Dikala Gusar
Ketenangan terkait dengan hati dan jiwa. Manusia lazim untuk berasa tidak tenang disebabkan oleh banyak hal misalnya tekanan hidup, bergelut dengan masalah, sakit, dan sebagainya.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Islam mengajarkan kepada kita zikir penenang hati untuk meminta pertolongan dari Allah.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa bacaan doa dan zikir penenang hati yang boleh dijadikan amalan harian setiap masa.
Hati Kita Allah Yang Pegang
Hati manusia ini sifatnya berbolak balik. Kadang ia beriman, positif, ke arah kebaikan, dan mampu mengawal nafsu.
Dan ada kalanya hati mungkar kepada Allah, negatif, ke arah keburukan, dan tidak mampu mengawal nafsu.
Hati yang negatif, cenderung mudah untuk digoda oleh hasutan halus dari syaitan, mencucuk-cucuk hati, dan akhirnya mempengaruhi pemikiran serta penilaian seseorang.
Hati itu yang jelasnya ianya milik Allah. Allah berkuasa untuk membawa hati kita cenderung ke kanan atau ke kiri, menuju kebaikan atau keburukan.
Justeru itulah terdapat sebuah doa yang banyak diamalkan dari Surah Ali-Imran ayat 8 yang berbunyi:
Maksudnya: “(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.”
Himpunan Zikir Penenang Hati
Terdapat beberapa koleksi zikir penenang hati yang boleh dibaca dan diamalkan dalam urusan seharian.
Berikut ini kami sediakan zikir penenang hati dalam teks Arab, Rumi, audio, berserta terjemahannya sekali.
1. Istighfar
Astaghfirullohal ‘azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyum wa atubu ilaih
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah. Yang tidak ada ilah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus Mengurus makhluk Nya. Dan aku bertaubat kepada Nya. “
2. Tasbih, tahmid, tahlil
Subhanallah. Alhamdulillah. Laa ilaha illallah
Maksudnya: “Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan selain Allah.”
3. Ya Allah
Ya Allah
Maksudnya: “Ya Allah.”
4. Hasbi Rabbi Jallallah
Hasbi rabbi jallallah. Ma fi qalbi ghayrullah. Nur Muhammad sallallah. Lailaha illallah
Maksudndya: “Cukuplah Tuhan bagikuu Allah Maha Agung. Tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripada Allah Nur Muhammad selawat atas Nya.”
5. Laisalaha mindunillahil kasyifah
Laisalaha min dunillahi kasyifah
Maksudnya: “Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah.”
6. Lailahaillallah al malikul haqqul mubin
La illaha illallahul malikul haqqulmubinu
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar.”
7. Tubna Ya Allah
Tubna illahi waraja’ nailallah, wa nadimna a’la ma faa’lna
Maksudnya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan.”
Himpunan doa penenang hati
Terdapat beberapa himpunan doa penenang hati yang boleh dibaca.
Berikut ini kami sediakan doa penenang hati dalam teks Arab, Rumi, audio, berserta terjemahannya sekali.
1. Surah Insyirah, ayat 6
Fainna ma’al ‘usri yusra, inna ma’al ‘usri yusra
Maksudnya: “Maka sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
2. Doa penenang hati (Sahih Bukhari)
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. Wa a’udzubika minal ajzi wal kasali. Wa a’udzubika minal jubni wal bukhli. Wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung pada Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”
3. Surah Al-Anbiya, ayat 87
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah) Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
4. Surah Al-Baqarah, ayat 250
Rabbanaa afrigh’ alainaa sobran wa tsabbit aqdaamanaa wansurna ‘alal qoumil kaafiriin
Maksudndya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, serta teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang kafir.”
5. Doa tolak bala
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bencana dan penderitaan, dari takdir yang buruk dan daripada kegembiraan musuh.”
6. Doa penenang (Sahih Hibban)
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah, Engkau boleh jadikan ia mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai zikir penenang hati ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan setiap masa.
Sumber:
- Hati Antara Yang Membawa Ketenangan Padanya. Dakwah dan Tarbiah
- Konsep Hati Menutu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Dalam Tafsir Al-Qayyim. Budi Safarianto
- Bayan Linnas Siri Ke-187: Bahagia: Hakikat dan Cara Kita Meraihnya. Mufti Wilayah Persekutuan