Zikir Munajat: Teks Arab / Rumi Dengan Terjemahannya

Zikir Munajat: Teks Arab / Rumi Dengan Terjemahannya

Zikir adalah merujuk kepada cara kita mengingati Allah dengan menyebut-nyebut nama-nama Allah. Amalan ini adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa bacaan zikir munajat yang boleh diamalkan oleh umat Islam setiap hari pada bila-bila masa sahaja.

Pengenalan

Munajat adalah doa atau zikir untuk mengharapkan keredhaan, hidayah, pertolongan, dan sebagainya daripada Allah.

Bermunajat pula adalah usaha seseorang untuk mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa, berzikir atau sebagainya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 186, Allah SWT ada berfirman yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Sesungguhnya Allah tidak memerlukan solat, zikir, dan amal kebaikan kita. Sebaliknya kita sendiri yang memerlukannya untuk diri sendiri agar selamat di dunia dan akhirat.

Justeru itu, perbanyakkanlah berbuat kebaikan walau sekecil-kecil perkara kerana kita tidak tahu dengan kebaikan yang mana boleh membawa kita ke syurga dan keburukan yang mana boleh menjerumuskan kita ke neraka.

Himpunan zikir munajat untuk dibaca

Berikut ini kami kongsikan beberapa zikir munajat yang boleh anda jadikan panduan berserta dalam teks rumi, teks arab, audio MP3 dan terjemahannya.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

Subhana Allah wal hamdulillah wala ilaha illallah wawwahu akbar

Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar. – (33 kali)

اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ

Allah Allah Allah Ya Allah

Allah , Allah , Allah , Ya Allah

تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا

Tubna ilallah wa roja’na ilallah wanadimna ‘ala ma fa ‘alna

Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ

وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ

مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ

لِعِزَّتِهِ تَعْنُو الْوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ

Fasubhanamalla yaqdirul kholkuqadrohu. Waman huwafal qol arshifardummuwahhadu. Maliikul ‘ala a’rshissama i muhaimin. Liizzatihi ta’nulwujuhuwatasjudu

Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arash dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arash langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada Nya.

حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ  ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى

اللهُ

Hasbi rabbi jallallah. Mafi qalbi ghairullah. Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah.

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ

Laisa laha mindunillah hi ka shifa

Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah. - (l0 kali)

لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الْوَعْدِ اْلأَمِيْنُ

Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah. Sodiqul wa’di amin

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar. Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا

Astaqfirullah ha innallah kanataw waba

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

Diharapkan semoga perkongsian mengenai zikir munajat ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan harian.

Sumber:

  1. Perbanyak Munajat kepada Allah. Ady Widiyanto
  2. Jiwa Kacau, Hati Tak Tenteram? Ubatilah Ia Dengan Berzikir, Pahala Dapat Allah Pun Sayang. Mstar
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.