Doa Ketika Hujan Turun Dalam Rumi dan Terjemahannya

Hujan merupakan fenomena alam yang biasa berlaku di negara kita disebabkan ia berasal dari iklim tropika.

Bagi umat Islam, ketika hujan kita mempunyai amalan-amalan sunnah yang boleh dilakukan yang mana salah satunya adalah berdoa.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda doa ketika hujan turun dalam rumi berserta dengan terjemahan lengkapnya untuk anda amalkan.

Proses kejadian hujan menurut Al-Quran dan Sains

Proses mengangkat, menghentikan dan menghuraikan awan

  • Allah menjadikan kepanasan matahari dan angin supaya wap air terangkat dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit.
  • Sumber air terkena cahaya matahari.
  • Proses penyejatan.
  • Allah tidak mengangkat air bersama garam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Waqiah:

“Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum? Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Jika kami mahu, Kami jadikan ia masin maka kamu tidak bersyukur.”

Proses pengumpulan wap air

  • Wap air ringan yang mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan.
  • Apabila bertambah besar, kepulan-kepulan / awan akan menjadi berat dan menurunkan hujan.
  • Pemeluwapan.

Proses pergerakan awan

  • Peralihan air dari atas permukaan laut ketengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan.
  • Ia bergerak mengikur kadar yang ditetapkan dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan.

Proses penurunan hujan

  • Allah SWT mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan kebahagian yang tinggi.
  • Awan bertambah besar.
  • Air di dalam awan bertambah dan menjadi berat.
  • Graviti mula menarik dengan kuat lalu menurunkan hujan.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum, ayat 48 yang bermaksud:

“Allah SWT mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana Dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun, dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakiNya, di kalangan hambaNya maka meraka akan bergembira.”

Proses pergerakan air hujan dan taburannya di muka bumi

  • Sungai sebagai satu medium untuk mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkan ke tempat-tempat yang jauh.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 32 yang bermaksud:

“……Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu (manusia).”

Proses muka bumi meresap air

  • Allah SWT menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan ke bawah kerak bumi.

Proses penyimpanan air dalam perut bumi

  • Allah SWT menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi supaya manusia dapat memanfaatkan air.

Kebaikan dan keburukan air hujan

Kelebihan air hujanKeburukan air hujan
Tanaman air suburBanjir
Membersihkan udaraHakisan tanah
Menstabilkan suhu bumiKemusnahan tanaman
Sumber air (tadahan hujan)Sumber pendapatan manusia terjejas
Waktu mustajab untuk berdoaHujan asid: bangunan terhakis, menjejaskan kesihatan

Berdoa ketika hujan adalah mustajab?

Hujan dikatakan terkandung segala rahmat dan kasih sayang Allah pada setiap makhluk Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan air daripada langit berupa hujan yang penuh dengan keberkatan dan manfaatnya sekali gus menyuburkan tanaman serta kebun dengan hasil yang lumayan yang dituai.” – (Surah Qaf, ayat 9)

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” (Hadis riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2534)

Doa ketika hujan dalam rumi & audio

اللَّهُمَّ صَيِّباً نافِعاً

Allahumma shayyiban nafi’ah

Maksudnya: “Ya Allah, curahkanlah air hujan yang bermanfaat.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Doa ketika hujan lebat dalam rumi & audio

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Allahumma haawalaina wa laa ‘alaina. Allahumma ‘alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari

Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1014)

Amalan ketika hujan

  • Takut datangnya azab ketika mendung.
  • Doa ketika hujan sebagai rasa syukur kepada Allah SWT.
  • Berdoa ketika terjadi hujan lebat.
  • Berdoa ketika terjadi angin kencang.
  • Berdoa ketika mendengar suara petir.
  • Dianjurkan berwuduk dengan air hujan.
  • Tidak boleh mencela hujan.
  • Berdoa setelah hujan berhenti.

Diharapkan perkongsian kami mengenai doa ketika hujan ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan sunnah setiap kali melihat turunya hujan di atas muka bumi.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-383: Hukum Hakam Berkaitan Hujan. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #902: Hukum Mencela Hujan. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-243: Doa Ketika Turunnya Hujan. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.