Hukum Gantung Gambar Dalam Rumah, Malaikat Rahmat Tak Masuk?

Apakah hukum gantung gambar dalam rumah yang perlu anda tahu? Adakah betul, terdapat dalil yang menyebut akan larangannya sehingga menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk ke dalam rumah orang yang menggantungkan gambar?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum gantung gambar dalam rumah dengan lebih mendalam menerusi pendapat dari para ulama yang mashyur.

Baca juga:

Hadis berkenaan larangan menggantung gambar dalam rumah

Hukum Gantung Gambar Dalam Rumah

Ramai orang menyandarkan pandangan tentang hukum gantung gambar dalam rumah menerusi hadis ini:

Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar (taswir).” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Kemudian, Rasulullah juga bersabda dengan memberi ancaman kepada pengukir patung:

Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Manusia yang paling dahsyat azabnya di akhirat ialah al-mushawwirin (pembuat gambar).” – (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbezaan pendapat para ulama

Berkenaan isu gantung gambar dalam rumah, hukumnya terdapat khilaf iaitu perbezaan pendapat dari para ulama.

Hal ini kerana, berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas tadi, ada yang bercerita dengan pengagungan terhadap berhala.

Dalam kata lain, perkataan “gambar” yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah seperti berhala atau patung untuk sembahan. Bukannya gambar yang kita tangkap menerusi kamera sebenar atau kamera di telefon.

Dalam Bahasa Arab, perkataan taswir boleh jadi gambar, boleh jadi memahat patung dan seumpamanya. 

Jelasnya, perkataan taswir adalah bersifat umum. Di sinilah berlaku khilaf, yang mana ada ulama yang haramkan terus sebab menganggap itu larangan umum.

Ada juga ulama yang mengharuskan dengan beberapa syarat yang perlu kita patuhi.

Hukum gantung gambar dalam rumah

Hukum gantung gambar dalam rumah dengan menggunakan kamera adalah diharuskan.

Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah tujuan perhiasan dirumah sebagai tanda kenang-kenangan.

Namun sekiranya, tujuan kita gantung gambar dalam rumah adalah kerana penyembahan atau mengagungkan makhluk tersebut maka hukumnya adalah haram.

Apakah hukum gantung gambar dalam rumah?

Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan perbuatan mengantung gambar dalam rumah adalah diharuskan bagi tujuan perhiasan. Manakala haram hukumnya jika gambar tersebut digunakan atas dasar penyembahan atau pengagungan.

Gantung Gambar Keluarga Dalam Rumah | Ustaz Azhar Idrus

Syarat gantung gambar dalam rumah

Hukum Gantung Gambar Dalam Rumah

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, hukum gantung gambar dalam rumah adalah harus tetapi haruslah mengikuti empat syarat berikut:

  1. Gambar tersebut hendaklah tidak berada di hadapan arah solat seseorang.
  2. Gambar tersebut tidak mengajak kepada kemungkaran seperti galakan minuman arak, mendedahkan aurat dan aktiviti maksiat yang lain.
  3. Tidak diletakkan dalam masjid dan surau yang menimbulkan tasyabbuh dengan tempat-tempat ibadah orang bukan Islam.
  4. Tidak diletakkan di kubur kerana itu merupakan unsur pemujaan kubur.

Selain itu juga, dalam fatwa negeri Perlis mengatakan juga:

Membuat lukisan, patung atau apa-apa gambar yang bertujuan untuk diagungkan hukumnya adalah haram dan dosa besar. Adapun lukisan dengan tujuan untuk memberi maklumat, pendidikan, permainan kanak-kanak dan iklan yang tidak membawa unsur mensyirikkan Allah atau berlebihan mengagungkan sesuatu pihak, maka dibolehkan..

Gantung Gambar Dalam Rumah | Ustaz Azhar Idrus

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum gantung gambar dalam rumah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-631: Hukum Menggantung Gambar Fotografi Di Dinding. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Hukum Gambar Makhluk Bernyawa Di Dinding Dan Selainnya. Mufti Perlis
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.