Solat Dalam Keadaan Mengantuk, Pilih Tidur atau Terus Solat?

Solat dalam keadaan mengantuk, adakah dibenarkan dalam Islam?

Artikel ini akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan solat dalam keadaan mengantuk berdasarkan rujukan yang sahih.

Baca juga:

Kenapa manusia boleh mengantuk?

Normal bagi setiap individu berasa mengantuk selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Secara semula jadinya, kita akan mengantuk bila mana fungsi badan dan otak sudah penat dengan aktiviti seharian.

Maka berlakulah tindak balas semula jadi dan menyebabkan kelenjar tertentu mengeluarkan hormon dengan menghantar tindak balas ke otak.

Hormon yang dimaksudkan ini adalah  kompaun kimia bernama edenosin yang wujud dalam otak bertindak balas dengan reseptor otak.

Hukum solat dalam keadaan mengantuk

solat dalam keadaan mengantuk

Dalam menentukan hukum solat dalam keadaan mengantuk ini, kita terlebih dahulu perlu mengetahui sama ada keadaan mengantuk tersebut ringan dan tidak menjejaskan kesedaran ataupun sebaliknya.

Jika seseorang itu mengantuk hingga tidak sedar apa yang dibaca dan dituturkan ketika solat, maka hendaklah dia berhenti untuk tidur sebentar, atau melakukan apa sahaja perkara yang dapat menghilangkan rasa mengantuk seperti minum air, berjalan dan lain-lain.

Namun sekiranya rasa mengantuk tersebut hanyalah ringan dan tidak menjejaskan pun kesedaran, maka solat dalam keadaan mengantuk atau menahan rasa mengantuk itu dibolehkan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A, dimana Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلاةِ فَلْيَنَمْ حَتَّى يَعْلَمَ مَا يَقْرَأُ

Jika salah seorang daripada kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga dia mengetahui apa yang dibaca.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Muhallab menyatakan bahawa hadis ini merujuk kepada keadaan mengantuk ketika sedang qiamullail.

Namun Ibn Hajar menegaskan bahawa hadis ini turut terpakai untuk solat fardhu, dan seseorang itu boleh untuk tidur sebentar bagi menghilangkan rasa mengantuk sebelum solat fardhu, dengan syarat sempat solat sebelum tamatnya waktu solat tersebut. – (Rujuk Fath al-Bari 1/315)

Tidur sebentar adalah bagi memastikan kita boleh khusyuk dalam mendirikan solat.

Selain itu, saripada Aisyah R.Anha, Rasullah SAW bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لاَ يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ

Apabila salah seorang dari kalian mengantuk ketika solat, hendaklah dia tidur hingga hilang rasa mengantuk, kerana ketika salah seorang dari kalian solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu samada dia sedang meminta ampun daripada Allah SWT atau sedang mencela dirinya sendiri.

Sahih al-Bukhari (212), Sahih Muslim (786), Sunan Abi Dawud (1310), Sunan Tirmizi (355), Al-Muwatto’ Imam Malik (7/3)

Dalam kata lain, seseorang yang rasa mengantuk ketika solat sehingga tidak sedar apa yang dibaca dan dituturkan ketika solat, maka hendaklah dia berhenti untuk tidur sebentar, atau melakukan apa sahaja perkara yang dapat menghilangkan rasa mengantuk seperti minum air, berjalan dan lain-lain.

Adapun bagi mereka yang mengantuk tetapi masih sedar apa yang dibaca di dalam solat dan mempunyai masih banyak waktu berbaki sebelum habisnya waktu solat, atau ada orang yang boleh mengejutkannya untuk solat, maka hendaklah dia tidur sebentar.

Namun seandainya waktu solat sudah hampir habis, kita perlu mendirikan solat dengan segera dan berusaha melawan rasa mengantuk tersebut.

Terlelap Ketika Solat | Ustaz Azhar Idrus Official

Kisah Nabi mencekik Jin Ifrit kerana mengganggu solat

Dalam kitab Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ البَارِحَةَ – أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا – لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلاَةَ، فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ، فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ: رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي “، قَالَ رَوْحٌ: «فَرَدَّهُ خَاسِئًا»

Maksudnya: “Sesungguhnya Ifrit daripada bangsa jin telah menggangguku semalam untuk memutuskan solatku.

Maka Allah berikan aku kelebihan untuk mengatasinya. Kemudian, aku hendak mengikatnya di salah satu tiang masjid sehingga waktu subuh dan kalian semua dapat melihatnya.

Lalu aku teringat perkataan Nabi Sulaiman AS, “Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku.”

Rauh berkata: Kemudian Baginda SAW mengusirnya dalam keadaan hina.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Amalan elak diganggu syaitan ketika solat

solat dalam keadaan mengantuk

Sebelum solat, amalkan membaca ayat-ayat pelindung agar terhindar daripada gangguan syaitan ketika solat.

Kemudian dalam masa yang sama mintalah pertolongan Allah agar dipermudahkan membuat ibadah.

Apakah contoh ayat pelindung diri?


Amalkan membaca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai. Ayat Muawwizat adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.

Kemudian baca ta’awwuz, أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum solat dalam keadaan mengantuk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1427: Solat Dalam Keadaan Mengantuk. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. 10 Gangguan Utaam Syaitan Dalam Solat, Abdu Waid. Al Hidayah House Pubslishers
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.