Hukum Derma Darah Ketika Puasa, Batal atau Tidak Batal?

Apakah hukum derma darah ketika puasa yang perlu anda tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum derma darah ketika puasa beserta dengan penjelasan lengkapnya.

Baca juga:

Derma darah dan kesannya pada kesihatan

hukum derma darah ketika puasa

Menderma darah adalah proses sukarela di mana seseorang memberikan darahnya untuk keperluan perubatan.

Seseorang yang menderma darah dapat memiliki beberapa kesan positif pada kesihatan diri dan orang lain, baik bagi penerima darah mahupun bagi penderma itu sendiri.

Berikut adalah beberapa kesan positif yang terkait dengan menderma darah:

1. Manfaat kesihatan bagi penerima darah

  • Darah yang di dermakan dapat digunakan untuk transfusi darah, yang dapat menyelamatkan nyawa orang yang mengalami kehilangan darah akibat kemalangan, cedera serius, pembedahan, atau keadan kecemasan yang lain.
  • Transfusi darah juga diperlukan dalam merawat penyakit seperti anemia, gangguan pembekuan darah, dan kanser.

2. Manfaat kesihatan bagi penderma darah

  • Menderma darah dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan kerana telah membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

  • Menderma darah juga memberikan manfaat kesihatan fizikal bagi penderma itu sendiri. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan umum dan mengurangi risiko penyakit jantung dengan mengurangkan kelebihan zat besi dalam tubuh.

Namun, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam menderma darah:

  • Syarat kesihatan: Terdapat syarat tertentu yang harus dipenuhi untuk menjadi penderma darah, seperti faktor berat badan, kesihatan, dan sejarah penyakit.

  • Pengaruh sementara pada kesihatan: Setelah menderma darah, beberapa orang mungkin merasa lelah atau lemah untuk sementara waktu. Namun, tubuh biasanya pulih dengan cepat dan dapat menggantikan darah yang hilang.

  • Risiko jangkitan: Prosedur menderma darah harus dilakukan dengan SOP kebersihan dan sterilisasi yang ketat untuk mengurangi risiko jangkitan. Pusat donor darah harus memastikan alat-alat yang digunakan telah steril dan selamat.

Selain itu, sebelum mengambil keputusan untuk menderma darah, penting untuk berkonsultasi dengan pusat donor darah atau profesional perubatan terlebih dahulu.

Hal ini bagi memastikan bahwa anda memenuhi persyaratan kesihatan dan memahami proses serta risiko yang terkait dengan menderma darah.

Kelayakan menderma darah

hukum derma darah ketika puasa
hukum derma darah ketika puasa
hukum derma darah ketika puasa

Hukum asal menderma darah

hukum derma darah ketika puasa

Pada asalnya, hukum menderma darah adalah sunat dan digalakkan terutamanya kerana dapat memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan dalam keadaan terdesak.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Ma’idah, ayat 2 yang bermaksud:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,

Begitu juga, ini termasuk membantu kesusahan yang ditanggung oleh saudara kita yang lain. Sabda Nabi SAW:


مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di Hari Kiamat. - (Riwayat Muslim (2699)

Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi,  bahawa menderma darah adalah salah satu bentuk sedekah yang paling utama pada masa kini.

Nilainya bahkan bukan hanya sekadar menderma tetapi kita juga menyelamatkan nyawa manusia yang sedang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Hukum derma darah ketika berpuasa

Berlaku perbezaan pendapat antara para ulama mengenai perbuatan menderma darah dan berbekam ketika berpuasa.

Pertama: Batal Puasa

Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti Imam Ahmad, Ibn Sirin, Ato’, al-Auza’ie, Ishak, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah pendapat yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Manakala daripada kalangan sahabat pula adalah seperti Saidina Ali RA, Abu Hurairah RA dan ‘Aisyah R.Anha.

Ulama’ dari kalangan salaf dan khalaf yang mengatakan terbatalnya puasa dengan sebab berbekam menggunakan dalil dari sebuah hadith riwayat

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُومُ

Maksudnya: “Terbatal (puasa) orang yang membekam dan yang di bekam." - Hadis Riwayat Abu Dawud (2369), Al-Tirmizi (774) & Ibn Majah (1679)

Antara ilmuan dalam dalam kalangan ulama’ kontemporari pula yang menyatakan batalnya puasa bagi orang yang berbekam ialah Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, Syeikh Soleh al-Munajjid dan juga Syeikh Soleh Fauzan.

Dikatakan, bagi orang yang berpuasa, kita tidak boleh menderma darah, kecuali dalam keadaan darurat. Jika dia mendermakan darahnya tetapi puasa terbatal, maka puasa tersebut perlu diganti semula.

Kedua: Tidak Batal Puasa

Pendapat para jumhur ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik,  Imam al-Syafi’ie dan selainnya, berkeyakinan bahawa hukum derma darah ketika puasa tidak membatalkan puasa.

Bahkan daripada kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa juga ramai antaranya adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri R.Anhum dan sekumpulan daripada kalangan salaf yang lain.

Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang mana mengatakan:

احْتَجَمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ صَائِمٌ‏

Maksudnya: "Rasulullah SAW telah berbekam dan Baginda sedang berpuasa." - Hadis Riwayat Al-Bukhari (1939), Abu Daud (2372) & Al-Tirmizi (776)

Keputusan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya.

Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka pada keadaan itu makruh.

Tips derma darah ketika berpuasa

Laman Web Rasmi Majlis Keselematan Negara telah mengeluarkan garis panduan untuk menderma darah ketika berpuasa, iaitu:

  1. Melewatkan sahur
  2. Mengambil makanan yang secukupnya ketika bersahur
  3. Menderma darah dalam masa 4 jam selepas bersahur. Sekiranya seseorang itu bersahur jam 5.30 pagi, maka paling lewat dia boleh menderma darah ialah pada jam 9.30 pagi.
  4. Pernah menderma darah sebelum ini tanpa ada kesan sampingan seperti pening atau pengsan selepas menderma darah. Penderma darah yang ingin menderma buat kali pertama adalah tidak dibenarkan ketika berpuasa

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai hukum derma darah ketika puasa ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #60: Hukum Berbekam & Menderma Darah Ketika Berpuasa. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa #276: Hukum Menderma Darah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.