Hukum Buka Purdah & Nasihat Untuk Wanita Yang Berpurdah

Bolehkah seseorang wanita itu buka purdah apabila ada sesuatu sebab yang memaksanya untuk berbuat demikian?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum buka purdah dan beberapa nasihat khusus buat si pemakai purdah untuk direnung-renungkan.

Baca juga:

Beza purdah, niqab dan burka

Sekali pandang, boleh kita katakan bahawa purdah, niqab dan burka itu tidak mempunyai perbezaan yang ketara kerana tujuannya sama iaitu untuk menutup bahagian muka.

Namun begitu, dari segi had bahagian kawasan muka yang ditutup, ketiga-tiganya mempunyai perbezaan tertentu.

  • Purdah: Tutup mulut sahaja, dahi buka
  • Niqab: Tutup mulut dan dahi
  • Burka: Ditutup seluruh kepala dan satu lapisan nipis di bahagian mata

Burka sangat popular di pakai oleh masyarakat wanita di negara-negara Arab. Manakala gaya pemakaian orang Malaysia lebih memilih purdah atau niqab.

Hukum pakai purdah

Pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita.

Namun begitu, hukum pakai purdah menurut Mazhab Syafie mempunyai khilaf.

Ada yang kata ianya wajib. Ada yang kata ianya sunat. Ada juga yang kata khilaf aula (lebih baik ditinggalkan).

Ada pendapat ulama yang mengatakan wajib bagi wanita memakai purdah sekiranya ia terdedah pada syahwat dan fitnah golongan lelaki. Ini yang disebut dalam al-Muktamad fil Fiqh As-Syafie.

Di sini kita faham, isu pakai purdah ini khilaf. Lebih utamanya ialah harus. Kalau ada yang berpandangan ianya sunat, maka pakailah.

Tetapi, janganlah sampai ia menunjukkan yang syiar Islam itu payah. Ianya mudah. Hendaklah ia dipersembahkan sedemikian rupa.

Berkata Syeikh Mutawalli Sya’rawi berkenaan memakai purdah bagi wanita:

النقاب ليس مفروضا وليس مرفوضا

Maksudnya: Niqab itu tidaklah difardukan dan tidak pula ditolak.

Fatwa Wilayah Persekutuan pula mengatakan ianya sunat dan afdhal. Ia terpulanglah kepada para wanita.

Pakai purdah ketika solat, boleh ke?

buka purdah

Pemakaian niqab atau purdah bagi wanita ketika mengerjakan solat adalah makruh.

Meskipun begitu, sekiranya terdapat sebab yang munasabah seperti takut terdedah pada pandangan ajnabi dan sebagainya, maka hukumnya adalah harus.

Jika tiada apa-apa halangan, seeloknya dibuka niqab sebelum menunaikan solat.

Buka purdah atas sebab tertentu

Hukum buka purdah atas sebab tertentu adalah harus. Dalam hal ini kita perlu jelas bahawa, aurat wanita ketika berada di hadapan lelaki ajnabi di luar solat adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Hal ini dinyatakan berdasarkan dari surah Al-Nur, ayat 31, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

Justeru, tidaklah salah bagi wanita yang berpurdah untuk buka purdah kerana menyertai program tertentu atau atas sebab munasabah yang lain.

Mana lebih baik berpurdah atau tidak?

Mana Lebih Baik? Berniqab Atau Tidak | Ustazah Asma Harun

Nasihat kepada pemakai purdah

Nasihat buat wanita yang ingin berniqab? – Ustaz Adnin
  • Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian, mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah sama ada lelaki ataupun perempuan.
  • Tidak bermekap di bahagian mata secara berlebih-lebihan.
  • Tidak mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit
  • Tudung hendaklah melepasi paras dada.
  • Tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.
  • Pasang niat berniqab kerana Allah.
  • Tunjukkan akhlak yang baik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum buka purdah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #504: Hukum Menanggalkan Niqab Kerana Mengikuti Program Yang Melarangnya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #80 Pemakaian Niqab (Purdah) Ketika Solat. Maktabah Al Bakri
  3. Al-Kafi #247: Persoalan Tentang Niqab. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.