Hukum Makan Dan minum Selepas Masuk Waktu Imsak

Apakah hukum makan selepas waktu Imsak?

Adakah dibolehkan untuk makan dn minum selepas masuknya waktu Imsak?

Artikel pada kali ini, kami akan menghuraikan secara ringkas keraguan yang sering dilemparkan dengan pelbagai soalan mengenai adakah dibolehkan makan dan minum selepas masuknya waktu Imsak.

Maksud Waktu Imsak


Imsak dari segi bahasa adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan atau berhenti daripada sesuatu. Manakala menurut Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah, imsak ketika berpuasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa iaitu makanan, minuman dan lain-lain dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Sebagaimana Firman Allah SWT:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Maksudnya:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).

HUKUM MAKAN & MINUM SELEPAS WAKTU IMSAK


Bagaimana kalau kita terlepas waktu Imsak, bolehkah makan pada waktu sebelum berkumandangnya azan subuh?

Imsak bermaksud menahan. Iaitu menahan oleh seseorang akan dirinya dari melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa seperti makan dan minum dan jimak.

Waktu Imsak Terbahagi Kepada Dua

Pertama: Beberapa ketika sebelum masuk waktu subuh.

Ketika zaman Rasulullah , azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Sekali ketika hendak masuknya waktu subuh untuk memberikan peringatan manakala azan kedua bermaksud telah masuknya waktu subuh.

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Maksudnya:

Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”.

Riwayat al-Bukhari (620)

Berdasarkan hadis yang di atas, menunjukkan bahawa Bilal melaungkan azan yang pertama iaitu sebelum masuknya waktu subuh (diiktibarkan pada waktu malam).

Maka, Rasulullah SAW telah memberikan keizinan untuk makan dan minum pada waktu tersebut (untuk bersahur). Sekiranya azan yang dilaunkang oleh Ibn Umm Maktum RA untuk azan yang kedua maka ia telah menunjukkan bahawa waktu subuh telah masuk dan telah bermulanya waktu berpuasa.

Perkara ini dapat menunjukkan bahawa, apabila masuknya imsak yang pertama maka disunatkan bagi orang yang sedang bersahur untuk berhenti makan dan minum atau mencepatkan makan dan minumnya supaya tidak terkejut dengan masuknya waktu subuh dan disunatkan bagi orang yang sedang jimak berhenti dari jimaknya.

Waktu imsak yang pertama ini adalah lbh kurang 10 hingga 15 minit sebelum masukknya waktu azan subuh.

Sepermina yang telah diriwayatkan oleh Anas r.a. daripada Zaid bin Tsabit r.a. kata beliau:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya:

Kami dulu pernah bersahur bersama Nabi saw kemudian bangun mengerjakan solat subuh. Aku berkata : Berapakah kadar masa antara azan subuh dan sahur itu. Katanya : Kadar lima puluh ayat daripada Quran.”

(Hadith Bukhari)

Waktu imsak yang pertama ini adalah bertujuan untuk berjaga-jaga agar orang yang berpuasa itu bersiap sedia utuk menempuh waktu berpuasanya seperti membersihkan makanan yang terselit di celah-celah gigi dan seumpanya.

Para fuqaha berkata waktu inilah sebenarnya waktu yang lebih afdal untuk berhenti dari makan dan minum kerana ia merupakan amalan Nabi saw.

Akan tetapi siapa yang masih makan dan minum dan jimak dalam waktu imsak yang pertama ini tidaklah batal puasanya.

Kedua: Bermula dengan masuknya waktu subuh.

Maka apabila masuk waktu subuh wajib bagi orang yang berpuasa itu imsak iaitu menahan dirinya dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Jika orang yang bersahur itu sedang makan atau minum tiba-tiba telah masuk waktu subuh maka wajib ia berhenti serta merta kerana jika dimakan lagi atau diminum lagi walau pun sebiji nasi atau seteguk air maka terbatallah puasanya.

Oleh disebabkan itulah, Rasulullah saw telah menggalakkan kepada kita semua untuk berhenti makan dan minum lebih awal dari masuknya waktu subuh supaya tidak terserempak dengan waktu subuh yang boleh membawa kepada batal puasa seseorang itu.

Berkata Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf bekas mufti besar negeri Mesir:

ومن هذا يعلم أن الإمساك لا يجب إلا قبل الطلوع وأن المستحب أن يكون بينه وبين الطلوع قدر قراءة خمسين آية ويقدر ذلك زمنا بعشر دقائق تقريبا

Maksudnya:

“Dan dari inilah diketahui sungguhnya imsak itu tidaklah wajib melainkan apabila sudah masuk waktu subuh. Dan yang disunatkan bahawa adalah antara berhenti makan dan masuk waktu subuh itu lebih kurang masa membaca lima puluh ayat. Dan dianggarkan kadar yang demikian itu pada zaman kita ini lebih kurang sepuluh minit.”
(Kitab Fatawa As-Syar’iyyah)

Kesimpulan

Sunat berhenti makan dan minum dan jimak apabila masuk waktu imsak yang pertama lebih kurang 10 minit sebelum azan yaitu tanda masuk waktu subuh.

Wajib berhenti makan dan minum dan jimak apabila masuk waktu imsak yang kedua yaitu waktu subuh.

Semoga dengan perkongsian mengenai hukum makan dan minum selepas waktu Imsak dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan disediakan.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.