Hukum Potong Kuku, Rambut, dan Cukur Bulu Dalam Islam
Apakah hukum potong kuku, rambut, dan cukur bulu yang perlu anda tahu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum potong kuku, rambut, dan cukur bulu beserta dengan penjelasan lengkapnya.
Baca juga:
Kebersihan lambang keperibadian diri
Kebersihan dapat dianggap sebagai lambang keperibadian diri kerana ia mencerminkan sikap dan nilai-nilai individu yang berkait dengan tata cara hidup dan penampilan peribadi.
Tambahan lagi, orang yang menjaga kebersihan biasanya memiliki disiplin tinggi dalam kehidupan sehari-hari. Mereka memiliki kebiasaan untuk menjaga kebersihan tubuh, lingkungan, dan hal-hal di sekitar mereka.
Dalam Islam, soal kebersihan adalah sangat dititikberatkan bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:
“Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”
Dan bukan itu sahaja, sebagai umat Islam kita juga disandarkan dengan hukum-hukum dan panduan tertentu untuk memastikan kita mampu menjaga kebersihan diri dengan baik.
Hukum memotong kuku
Potong kuku adalah salah satu dari amalan untuk menjaga kebersihan diri. Dari kuku dan tangan, kita sebenarnya boleh mengawal pelbagai penyakit yang disebabkan oleh penularan bakteria, virus, dan sebagainya.
Hukum asal memotong kuku adalah disunatkan pada mana-mana hari. Hal ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda:
“Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai.” (Hadis riwayat Bukhari)
Namun begitu, tidak terdapat sama sekali nas yang jelas berbicara mengenai persoalan menetapkan hari-hari tertentu atau kelebihan tertentu menurut pendapat Imam Al-Sakhawi.
Panduan memotong kuku yang disarankan
Sungguhpun tidak terdapat nas atau rujukann tertentu dari Al-Quran atau hadis tentang panduan memotong kuku yang betul, kita boleh mencontohi keperibadian ulama terdahulu.
Menurut imam nawawi sunat memotong kuku kaki bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking diikuti ibu jari. Pada tangan kiri pula mulakan memotong dari jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Manakala untuk bahagian kaki pula sunat bermula dari kaki kanan iaitu jari kelingking pada kaki anda dan terus memotong mengikut turutan daripada sebelah paling kanan jari kaki ke sebelah paling kiri jari kaki.
Hukum memotong rambut
Selalu kita dengar ungkapan tentang rambut adalah makhota diri. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” - (Hadis riwayat Imam Abu Daud, No. 4163)
Hukum memotong rambut adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Namun bagi wanita, adalah dlarang membotakkan kepala kecuali bagi tujuan rawatan atau perubatan penyakit yang tertentu.
Panduan memotong rambut yang disarankan
Dalam keghairahan kita mencuba style rambut baru dan potongan yang bergaya, jangan kita lupakan bahawa terdapat potongan rambut yang makhruk dilakukan menurut syarak.
Daripada Ibn Umar R.anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’. Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya
Qaza’ ini adalah mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Larangan ini berlaku ke atas lelaki dan wanita dengan alasan kerana ia memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.
Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:
احْلِقُوهُ كُلَّهُ، أَوِ اتْرُكُوهُ كُلَّهُ
Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.
Hukum mencukur bulu ari-ari
Hukum mencukur bulu kemaluan atau ari-ari dalam Islam bagi lelaki dan perempuan adalah sunat.
Sungguhpun begitu, perkara yang wajib diutamakan adalah mencukur bulu atau dengan cara mencabut, menggunting atau menggunakan cecair kapur yang bertujuan untuk menggugurkan bulu berkenaan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa:
"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puluh hari, supaya tidak lupa menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu kemaluan." (Hadis Riwayat Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad, Tirmidzi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Namun haram hukumnya bagi lelaki atau perempuan mencukur bulu kemaluan di hadapan orang lain. Ia perlu dilakukan di kawasan tertutup tanpa dilihat orang lain.
Larangan memotong kuku dan rambut
Umat Islam diwajibkan untuk menjaga kesucian dan kebersihan diri sebagai salah satu ibadah dan amalan yang baik.
Namun begitu bagi seseorang yang hendak melakukan ibadah korban, terdapat larangan bagi mereka untuk memotong rambut dan kuku.
Justeru, tarikh terakhir untuk memotong rambut dan kuku bagi mereka yang menyertai korban adalah pada maghrib petang 29 Zulkaedah. Ini bermaksud, bagi mereka yang ingin berkorban, perlu ingat untuk memotong kuku sebelum tarikh tersebut kerana mulai dari 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah tidak dibenarkan lagi untuk memotong kuku.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
Oleh itu, buatlah persiapan awal sebelum tiba pada hari yang diharamkan tersebut untuk memotong kuku dan rambut.
Hikmah menjaga kebersihan diri
Menjaga kebersihan diri memiliki banyak hikmah dan manfaat. Berikut adalah beberapa hikmah yang dapat diperoleh dari menjaga kebersihan diri:
1. Kesihatan yang lebih baik
Kebersihan diri adalah kunci untuk menjaga kesihatan yang optimal. Dengan menjaga kebersihan tubuh, seperti mencuci tangan secara teratur dan membersihkan diri secara menyeluruh, anda dapat mengurangi risiko jangkitan dan penyebaran penyakit.
2. Meningkatkan keyakinan diri
Merawat kebersihan diri dapat meningkatkan keyakinan diri. Ketika anda merasa segar dan bersih, anda akan merasa lebih baik tentang diri sendiri. Hal ini dapat mempengaruhi kepercayaan diri dan interaksi sosial anda dengan orang lain.
3. Membangun kesan yang baik
Kebersihan diri mencerminkan keperibadian dan menunjukkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan orang lain.
Ketika anda menjaga kebersihan diri dengan baik, orang-orang di sekitar anda akan memiliki kesan yang positif kepada diri.
4. Mencegah bau yang tidak sedap
Menjaga kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tubuh dan pakaian. Dengan mengamalkan mandi secara teratur dan mencuci pakaian dengan baik, anda dapat mencegah bau yang tidak sedap yang dapat mengganggu keselesaan diri dan orang disekitar.
5. Meningkatkan produktiviti
Kebersihan diri yang baik dapat membantu meningkatkan produktiviti diri. Ketika tubuh dan fikiran anda dalam keadaan segar dan bersih, anda cenderung lebih fokus, bertenaga, dan siap menghadapi tugas sehari-hari.
6. Mengurangi stres
Menjaga kebersihan diri juga dapat membantu mengurangi stres. Melakukan perawatan diri, seperti mandi, merawat kulit, atau menjaga kebersihan gigi, dapat memberikan waktu yang menyenangkan dan relaksasi.
Ini dapat membantu mengurangi tahap stres dan meningkatkan kesejahteraan mental anda.
7. Menjaga keseimbangan emosional
Merawat kebersihan diri dapat membantu menjaga keseimbangan emosional. Ketika anda merasa baik secara fizikal, anda cenderung lebih baik secara emosional juga.
Dengan menjaga kebersihan diri sebagai rutin yang teratur, anda dapat menciptakan mental yang stabil untuk menjaga keseimbangan emosi.
Kesimpulannya, kebersihan diri adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan dan kualiti hidup secara keseluruhannya.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum potong kuku dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #1238: Adakah Terdapat Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari Tertentu. Mufti Wilayah Persekutuan
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-270: Hukum Tidak Mencukur Bulu-Bulu Badan Dalam Tempoh Masa Yang Lama. Mufti Wilayah Persekutuan