Hukum Bersetubuh Ketika Haid Hampir Kering Tanpa Mandi Wajib

Apakah hukum bersetubuh ketika haid hampir kering yang perlu anda tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bersetubuh ketika haid hampir kering tanpa mandi wajib beserta dengan penjelasan lengkapnya.

Baca juga:

Berapa lama tempoh haid wanita?

Umumnya, setiap wanita memiliki tempoh kitaran haid yang berbeza-beza.

Di dalam mazhab Syafie tempoh minimum bagi haid adalah sehari semalam iaitu 24 jam.

Manakala tempoh maksimum bagi haid adalah selama 15 hari. Jika darah keluar juga melebihi tempoh tersebut, maka ia dihukumkan sebagai darah istihadah atau darah yang berpenyakit. 

Hukum bersetubuh ketika haid hampir kering

Bersetubuh diharamkan ke atas suami isteri ketika isteri sedang haidh samada pada awal darah atau pada penghujung darah.

Begitu juga haram persetubuhan setelah darah berhenti tetapi belum lagi melakukan mandi hadas.

Yang menjadikan tidak lagi haram persetubuhan suami isteri ialah dengan berhenti darah haid dan mandi hadas.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 222:

فَٱعْتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

“Maka jauhilah isteri-isteri kamu ketika sedang haidh dan jangan kamu sekelian jimak akan mereka itu sampailah mereka mandi hadas.”

Telah berkata Imam Ibnu Kathir :

وقد اتفق العلماء على أن المرأة إذا انقطع حيضها لا تحل حتى تغتسل بالماء أو تتيمم

“Dan sungguhnya telah ittifak ulama atas bahawa isteri itu apabila telah berhenti darah haidhnya tidaklah halal ia sampailah mandi ia dengan air atau bertaymmum.” - (Tafsir Ibnu Kathir)

Dan berkata Imam Al-Bahgawi :


وأكثر أهل العلم على التحريم ما لم تغتسل أو تتيمم عند عدم الماء لأن الله تعالى علق جواز وطئها بشرطين : بانقطاع الدم والغسل فقال ( حتى يطهرن ) يعني من الحيض ( فإذا تطهرن ) يعني اغتسلن ) ( فأتوهن )

“Dan kebanyakkan ulamak berjalan atas diharamkan selama belum lagi mandi atau tayammum ketika ketiadaan air dari kerana sungguhnya Allah Taala gantungkan keharusan jimaknya itu dengan dua syarat yaitu berhenti darah dan mandi. 

Firman Allah ‘sampai suci mereka itu' artinya suci dari darah haidh. 'Maka apabila telah bersuci mereka itu' artinya telah mandi hadas mereka itu maka bersamalah mereka.” - (Tafsir Al-Baghawi)

Jelaslah bahawa isteri yang haid atau nifas adalah haram bersama dengan suaminya sehinggalah adanya dua perkara yaitu berhenti darah dan mandi hadas.

Kebaikan pengharaman seks ketika haid

Islam melarang melakukan seks ketika sedang haid kerana banyak keburukan yang boleh kita peroleh dari sudut kesihatan, kesucian, dan sebagainya.

Pengharaman ini mempunyai hikmah yang sangat besar yang antaranya ialah boleh mengakibatkan penyakit kepada suami dan juga isteri.

Tambahan lagi, terdapat banyak juga kajian saintifik yang dilakukan telah membuktikan larangan Islam ini ada kewajarannya.

Semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum bersetubuh ketika haid hampir kering dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1347: Hukum Bermesraan Secara Seksual Tanpa Jimak Ketika Haid. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Jimak Selepas Kering Darah Sebelum Mandi. Ustaz Azhar Idrus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.