6 Ciri-Ciri Darah Istihadah, Membezakan Waktu Suci dan Hadas

Apakah ciri-ciri darah istihadah yang perlu anda ketahui khususnya kepada wanita yang baru pertama kali mengalaminya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ciri-ciri darah istihadah yang boleh anda jadikan panduan bersama.

Baca juga:

Apa itu istihadah?

Dari segi fiqh, darah istihadah adalah darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dikenali sebagai Al-Azil.

Manakala dari segi perubatan pula, ia bermakna pendarahan dari faraj selain dari masa kitaran haid normal ataupu pendarahan nifas selepas bersalin.

Istihadah juga dikenali sebagai lochia atau pendarahan yang mengeluarkan jaringan lapisan rahim dan lendir dari rahim selepas melahirkan bayi.

Keadaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari poses pemulihan yang dialami tubuh setelah persalinan.

Keunikan sistem peranakan wanita

ciri-ciri darah istihadah

Untuk pengetahuan anda, sistem reproduktif wanita adalah termasuk faraj, uterus, dua tiub fallopian dan ovari. Di bahagian luar organ reproduktif wanita pula ada vulva yang dimaksudkan sebagai penutup.

Uterus ini adalah antara otot terkuat di dalam tubuh wanita. Ia berbentuk seperti buah pear terbalik dengan dinding yang tebal dan berotot.

Ia mampu untuk berkembang dan mengecut bagi menampung pembesaran janin dan kemudian membantu menolak bayi keluar semasa bersalin.

Dua tiub fallopian bertanggungjawab menjadi penghubung uterus dengan ovari.

Ovari yang dikenali sebagai 2 organ berbentuk bujur pula berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan dan melepaskan telur ke dalam tiub fallopian di dalam proses yang dinamakan ovulasi.

Ciri-ciri darah istihadah

ciri-ciri darah istihadah

1. Warna darah

Kaedah utama dalam mengenal jenis darah adalah dari meneliti warna dan sifat darah yang keluar. Sekiranya darah tersebut kehitaman, bererti ia adalah darah haid, tetapi apabila ia berubah menjadi warna merah ia adalah darah istihadah.

Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau.

2. Tempoh darah keluar

Bagi darah istihadah, berikut adalah ciri-ciri tempoh darah keluar yang perlu anda tahu:

  • Kurang daripada tempoh minima haid iaitu kurang daripada sehari semalam.
  • Melebihi tempoh haid iaitu lebih 15 hari.
  • Sebelum didatangi haid dan selepas putus haid (menopaus).
  • Melebihi tempoh maksima nifas iaitu melebihi 60 hari.
  • Melebihi kebiasaan tempoh bagi haid dan nifas serta melangkau tempoh yang paling lama bagi kedua-duanya.

3. Hukum hadas

Hukum darah istihadah tidak sama dengan darah haid dan nifas. Ini bermakna, mereka yang mengalami istihadah tergolong dalam kategori hadas kecil.

Atau dalam kata lain, seorang wanita yang terkena istihadah adalah wajib untuk solat dan berpuasa di bulan Ramadhan seperti biasa.

Hanya sahaja mereka perlu membersihkan darah tersebut dan memperbaharui wudhu setiap kali ingin mendirikan solat fardhu.

4. Bau

Darah akan berbau sehingga pada hari kesepuluh ia keluar. Kemudian seterusnya tiada lagi bau. Darah yang berbau itu adalah darah haid, manakala yang tidak berbau adalah istihadah.

5. Kuantiti darah keluar

Darah istihadah cenderung keluar lebih banyak keluar berbanding darah haid. Umumnya, aliran darah ini akan cukup banyak selama empat hari pertama dan berkurang secara bertahap selama beberapa hari atau minggu berikutnya.

Berbeza dengan darah haid yang aliran darahnya paling banyak pada tiga hingga empat hari pertama. Bahkan jumlah anggaran darah ini keluar hanya kira-kira 10ml hingga 80ml.

6. Panduan jika tidak dapat membezakan darah

ciri-ciri darah istihadah

Sekiranya seorang perempuan tidak dapat membezakan darah yang keluar sama ada darah haid atau istihadah melalui pemerhatian sifat-sifatnya, anda boleh gunakan kaedah ini untuk menentukan hukum.

Hal ini berdarakan kepada apa yang berlaku ke atas Fatimah binti Hubaisy r.h.a ketika didatangi darah istihadah.

Rasulullah SAW memberikan panduan untuk mengklasifikasikan darah haid atau istihadah.

Maksudnya: "Jika darah haid, ia bewarna hitam yang biasa. Jika darah itu keluar hendaklah kamu berhenti dan jangan kamu menunaikan solat. Jika ia (darah) yang lain (bukan darah haid), hendaklah kamu berwuduk dan solat, justeru ia adalah darah yang keluar daripada saluran darah (darah istihadah)." - (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kita ambil contoh, seorang wanita yang mengakami pendarahan secara berterusan, tetapi pada hari ke-10 kelihatan perbezaan sifat darah:

  • Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
  • Sehingga hari kesepuluh, darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.

Cara mengatasi pendarahan setelah bersalin

Untuk membantu mempercepatkan proses pengeluaran darah, terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah:

  • Memakai pad dan elak dari menggunakan tampon atau cawan menstuasi.
  • Pakai pakaian yang selasa dan seluar yang longgar.
  • Jika terasa nyilu atau sakit akibat perut kram, anda boleh ambil ubat tahan sakit yang disarankan.
  • Banyakkan berehat dan elakkan dari penat atau membuat pekerjaan yang berat.

Kesimpulannya, mengandung, bersalin, dan melahirkan bayi memberi pengalaman yang cukup istimewa kepada semua wanita. Justeru, hargailah setiap momen tersebut dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai panduan ciri-ciri darah istihadah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1830: Kaedah Menentukan Darah Sama Ada Haid atau Istihadah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Haid Berlarutan Hingga Sebulan Tanda Darah Istihadhah, Boleh Ke Bersama Dengan Suami? Hello Doktor
  3. Darah Wanita. Majalah Solusi
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.