Hukum Sunat Bayi Perempuan, Perlu Ke atau Tidak?

Apakah hukum sunat bayi perempuan setelah dilahirkan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum sunat bayi perempuan yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu berkhatan?

Khatan berasal dari perkataan khitan iaitu memotong lebihan kulit pada kemaluan. Ia dilakukan kepada lelaki dan perempuan.

Terdapat beberapa kaedah berkhatan, rawatan, dan teknologi yang digunakan adalah seperti kaedah tradisional, kaedah konvensional, dan kaedah moden (Smart Clamp).

Hari ini, berkhatan boleh dilakukan di mana-mana klinik berdekatan dengan anda.

Beza berkhatan lelaki dan perempuan

Dari segi kaedah berkhatannya, ia berbeza kepada lelaki dan perempuan.

Bagi lelaki, bahagian yang wajib dibuang ketika berkhatan adalah bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).

Manakala bagi perempuan, bahagian yang wajib dibuang ketika berkhatan adalah bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.

Hukum sunat dalam Islam

Hukum berkhatan dalam Islam adaah wajib bagi setiap umat Islam. Ini bertepatan dengan hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abu Huratrah daripada Nabi SAW bersabda:

"Lima perkara fitrah manusia iaitu berkhatan, istihdad, cabut bulu ketiak, potong misai dan memotong kuku." - (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Keengganan berbuat demikian akan menyebabkan mereka berdosa kerana telah melanggar kewajipan yang disyariatkan Islam dari zaman Nabi Ibrahim lagi.

Hukum sunat bayi perempuan

hukum sunat bayi perempuan

Hukum sunat bayi perempuan dalam Mazhab Syafie adalah wajib.

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari ketika mentafsirkan hadis tentang khitan. Kata beliau, walaupun pegangan Mazhab Syafie mengatakan ianya wajib.

Dalam masa yang sama juga, bagi perempuan ia disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja.

Dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. 

Perbuatan ini diharamkan dalam Islam. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:

لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ

Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” - (Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan, No. 5271)

Kebaikan berkhatan dari segi kesihatan

hukum sunat bayi perempuan

Berkhatan mempunyai kebaikan yang tertentu kepada kesihatan diri. Antara manfaatnya adalah seperti:

  • Mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan sexual transmitted diseases (STD)  pada lelaki.
  • Melawan penile cancer and cervical cancer pada seorang perempuan.
  • Lebih bersih pada hujung alat sulit.
  • Terhindar dari risiko HIV.
  • Terhindar daripada terkumpulnya kotoran dan mengelak timbulnya bau yang tidak menyenangkan.
  • Risiko rendah kepada kanser zakar, prostat dan penyakit kelamin.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum sunat bayi perempuan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Al-Kafi #419: Hukum Berkhatan Bagi Kaum Wanita. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Bayi Perempuan Mudah Berkhatan. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.