Hukum Bila Wuduk atau Mandi Wajib Dengan Kuku Kotor

Wuduk sah atau tidak menjadi penentu status ibadah kita. Justeru, apakah sah wuduk yang kita ambil dengan kuku kotor?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum apabila berwuduk atau mandi wajib dengan keadaan kuku yang kotor atau terdapat kotoran pada celahan kuku tersebut.

Baca juga:

Mengapa kuku boleh kotor berdaki?

kuku kotor

Setiap hari kita melakukan banyak aktiviti dan pekerjaan yang semestinya memerlukan penggunaan tangan dan jari.

Kotoran atau daki pada kuku boleh berlaku kepada sesiapa sahaja khususnya mereka yang bekerja di kawasan terbuka.

Ia disebabkan dari benda kotor asing yang kita pegang sehari-hari.

Islam dan kebersihan diri

Kebersihan diri adalah menjaga tubuh badan dari kekotoran dari segi jasmani, rohani, dan akal.

Kebersihan yang perlu dijaga dan yang selalu kita amalkan adalah kebersihan jasmani. Contohnya seperti menjaga tubuh badan dari kekotoran dan najis.

Islam sangat menuntut supaya setiap penganutnya menjaga kesucian dan kebersihan diri. Ia bahkan menjadi asas utama kesempurnaan ibadah seseorang.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 222 yang bermaksud:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Hukum wuduk dengan kuku kotor

kuku kotor

Berkenaan hukum berwuduk atau mandi wajib dengan kuku kotor, para ulama berbeza pandangan mengenainya.

Pandangan pertama: Jika sekiranya kotoran di bawah kuku tersebut terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, maka ia tidak menjejaskan sah mandi dan wuduk tersebut.

Namun jika sekiranya kotoran itu daripada kotoran luar seperti tanah, tepung dan sebagainya, maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu supaya sampai air ke bawahnya

Pandangan kedua: Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin dan para ulama’ yang sependapat dengan beliau.

Berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku tersebut (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafishlm. 69).

Berdasarkan pandangan tersebut, boleh kita simpulkan bahawa daki tidak menghalang air daripada terkena kulit.

Maka, sah mandi wajib atau wuduk seseorang sekiranya terdapat daki pada anggota badan yang dibasuh.

Namun adalah lebih baik sekiranya digosok dan dihilangkan terlebih dahulu untuk memastikan tubuh badan kita betul-betul bersih.

Sedangkan untuk isu kuku kotor, yang disebabkan oleh benda kotor asing dan bukan dari tindak balas semula jadi badan.

Maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu sebelum berwuduk dan mandi wajib.

Kesan biarkan kuku kotor dan berdaki

Kuku hitam dan berdaki berisiko menjadi punca jangkitan pada salur darah yang boleh membawa kepada keadaan yang parah sekiranya tidak dirawat.

Kesimpulannya, umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri sama ada anggota badan, fikiran, makanan, tempat tinggal dan alam sekitar sesuai dengan prinsip agama Islam yang suci.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan hukum berwuduk atau mandi wajib dengan kuku kotor dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1161: Sahkah Wuduk atau Mandi Wajib Jika Terdapat Kotoran Dalam Kuku dan Daki Pada Badan? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kotoran Bawah Kuku Ketika Wuduk. Ustaz Azhar Idrus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.