Hukum Melafazkan Istirja Bila Berlaku Musibah

Apakah hukum melafazkan istirja apabila berlaku sesuatu musibah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum melafazkan istirja dalam Islam dalam beberapa situasi.

Baca juga:

Apa itu istirja?

Istirja adalah lafaz atau ucapan إنا لله وأنا إليه راجعون (Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun) yang bermaksud “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Hukum mengucapkan istirja ketika berlaku musibah

istirja

Hukum mengucapkan إنا لله وأنا إليه راجعون apabila berlaku atau mendengar sesuatu musibah sama ada besar atau kecil adalah sunat.

Ummu Salamah RA berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا”.

“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah,

“Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji’uun allahumma`jurnii fii mushiibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah.

Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya).’ melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 918)

Imam al-Nawawi juga menyebut sunat melafazkannya kerana Rasulullah SAW disuruh melafazkannya dan ayat Al-Quran juga menunjukkan hal yang sama begitu juga ijma’ muslimin.

Musibah yang dimaksudkan ini tidaklah hanya sesuatu yang berlaku atau menyakiti diri mereka sendiri, tetapi juga apa-apa dugaan atau ujian yang menimpa orang lain dan anda mendengarnya.

Hukum mengucapkan istirja pada kematian orang kafir

istirja

Hukum mengucapkan إنا لله وأنا إليه راجعون pada kematian orang kafir adalah dibolehkan.

Hal ini diterangkan menerusi pendapat Syeikh Ibn Baz. Di mana beliau menyebut sekiranya orang kafir meninggal dunia, kita sebagai orang Islam boleh mengucapkan lafaz istirja’ walaupun orang kafir tersebut bukan dari kerabat kita.

Alasannya, kerana setiap manusia akan kembali pada Allah dan setiap manusia ini juga kepunyaan Allah.

Walaupun begitu, kita tidak boleh mendoakan mereka atau memohon keampunan bagi mereka selagi mana mereka tidak kembali ke jalan Allah.

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 113 yang bermaksud:

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”

Hukum mengucapkan istirja kerana haiwan peliharaan mati

Jika haiwan peliharaan anda mati contohnya kucing kesayangan anda mati, hukum anda mengucapkan إنا لله وأنا إليه راجعون pada kematiannya adalah dibolehkan.

Kematian haiwan peliharaan juga termasuk dalam kategori musibah yang menimpa diri kita.

Namun begitu, bagi haiwan yang haram untuk dipelihara maka tidak perlu untuk mengucapkan istirja.

Hikmah mengucapkan istirja

Dengan melazimkan diri mengucapkan istirja, kita sebenarnya secara tidak langsung mengingatkan diri terhadap mati dan kembalinya semua makhluk kepada Tuhan Nya.

Ia memberikan kita kesedaran bahawa manusia ini begitu kerdil sekali di hadapan Allah dan segala yang berlaku di dunia ini adalah atas kekuasaan dan keizinan Allah juga.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan istirja dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1493: Hukum Mengucapkan Lafaz Istirja’. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Siri 30: Surah Al-Baqarah(2 :Ayat 156). Portal E-Dakwah
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.