Denda Bersetubuh Waktu Bulan Puasa (Kaffarah) dan Hikmahnya

Apakah yang dimaksudkan dengan denda bersetubuh waktu bulan puasa?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan denda bersetubuh waktu bulan puasa dan hikmahnya.

Baca juga:

Maksud kaffarah

denda bersetubuh waktu bulan puasa

Kaffarah berasal dari bahasa Arab iaitu al-Kufr (الكُفْر) yang bermaksud al-Satr (السَتْر) iaitu menutup.

Maksud kaffarah adalah denda yang dikenakan kepada suami yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan.

Dalil tentang pensyariatan kaffarah

Dalam surah Al-Ma’idah, ayat 89, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.

Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.

Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah.

Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.”

Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Mujadalah, ayat 3-4:


وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا ۚ ذَٰلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ. فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا ۖ فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ۚ ذَٰلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۗ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Dan orang-orang yang ‘ziharkan’ isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur.

Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.

Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah).

Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Manakala daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن حَلَفَ علَى يَمِينٍ، فَرَأَى غَيْرَها خَيْرًا مِنْها، فَلْيُكَفِّرْ عن يَمِينِهِ، ولْيَفْعَلْ

“Sesiapa yang bersumpah (untuk melakukan sesuatu), kemudian dia berpendapat bahawa keadaan (perkara) sebaliknya lebih baik daripada melakukan sumpah itu,

maka hendaklah dia membayar kaffarah sumpahnya dan bolehlah dilakukan (apa yang dianggapnya lebih baik itu).” – (Hadis Riwayat Muslim)

Hukum membayar kaffarah

Kesalahan yang disebabkan oleh kaffarah, hukumnya adalah wajib ditunaikan mengikut kepada ketetapan bagi setiap kesalahan. 

Golongan yang dikenakan kaffarah

Antara golongan yang diwajibkan untuk melakukan kaffarah adalah seperti:

  • Bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan
  • Melanggar sumpah
  • Melanggar nazar
  • Ila’
  • Zihar

Golongan yang terkecuali dari kaffarah

Antara golongan yang tidak diwajibkan untuk melakukan kaffarah adalah seperti:

  • Wanita yang dijimak termasuk diliwat.
  • Orang yang lupa, jahil dan orang yang dipaksa.
  • Orang yang menyangka jimaknya berlaku pada waktu malam kemudian ternyata sebaliknya.
  • Orang yang berpuasa nazar, kaffarah dan qada.
  • Orang yang berpuasa dengan berijtihad dan tidak dapat dipastikan kesahihan ijtihadnya.
  • Orang yang syak pada puasanya seperti hari yang ke-30 Syaaban.
  • Orang yang menyangka terbenam matahari kemudian ternyata sebaliknya.
  • Orang yang membatalkan puasa dengan selain jimak.
  • Kanak-kanak yang belum baligh.
  • Orang yang diharuskan berbuka puasa seperti bermusafir atau sakit.
  • Orang yang bermusafir atau sakit kecuali mereka berjimak dahulu sebelum bermusafir.

Kadar bayaran kaffarah

Cara pengiraan kaffarah adalah bergantung pada harga makanan asasi. Makanan asasi tersebut perlu diberi kepada fakir dan miskin atau melalui wang tunai.

Kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu bersamaan 675 gram atau 1/4 daripada kadar zakat fitrah yang dibayar.

Kadar zakat fitrah di negeri Selangor bagi tahun 2021 adalah RM 7.00. Maka kadar 1/4 zakat fitrah adalah RM 1.75.

Oleh yang demikian, kadar bayaran kaffarah semasa yang ditetapkan adalah RM 1.75 atau RM 3.50 atau RM 5.25. 

Justeru, umat Islam boleh memilih untuk membayar kaffarah memberi makan seorang fakir miskin adalah RM 2.00 atau RM 4.00 atau RM 6.00.

Berikut adalah cara kira kadar kaffarah mengikut kesalahan:

Jenis kesalahanPengiraanJumlah (RM)
Persetubuhan pada siang
hari bulan Ramadhan
60 x RM 2.00120.00
Melanggar sumpah10 x RM 2.0020.00
Melanggar nazar10 x RM 2.0020.00
Ila’10 x RM 2.0020.00
Zihar60 x RM 2.00120.00

Hikmah pensyariatan kaffarah

1. Menyedarkan pentingnya menjaga amanah

Kaffarah ditetapkan sebagai bentuk tanggungjawab atas pelanggaran hukum dalam Islam.

Dengan menerapkan kaffarah, seseorang diingatkan tentang pentingnya mematuhi perintah Allah dan menjaga komitmen terhadap aturan Nya.

2. Pengajaran dari kesalahan

Kaffarah menjadi cara untuk mendidik dan mengajarkan individu agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Dengan merasakan sendiri denda dari pelanggaran yang telah dilakukan, seseorang diharapkan menjadi lebih waspada dan bertaubat.

3. Pengampunan dari Allah

Kaffarah merupakan salah satu bentuk pengampunan dan rahmat dari Allah.

Dengan melaksanakan kaffarah, seseorang dapat membersihkan diri dari dosa-dosa yang telah dilakukan dan berharap mendapatkan ampunan Nya.

4. Menguatkan hubungan dengan Allah

Pelaksanaan kaffarah merupakan bentuk ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam prosesnya, seseorang dapat merenungkan hubungannya dengan Tuhan dan berusaha meningkatkan kualiti spiritualnya.

Semoga perkongsian kami mengenai kaffarah atau denda bersetubuh waktu bulan puasa ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #913 Kaffarah Jimak; Suami Sahaja atau Kedua-duanya Sekali. Maktabah Al Bakri
  2. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-161: Kaffarah Bagi Orang Yang Melakukan Persetubuhan Ketika Berpuasa Ramadhan Dalam Keadaan Jahil. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.