Hukum Tidur Menghadap Kiblat, Perlu Ke Tidak?

Apakah hukum tidur menghadap kiblat dalam Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tidur menghadap kiblat yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu kiblat?

Dari segi bahasa, kiblat adalah arah hadap dan kiblat yang dimaksudkan adalah Kaabah. 

Manakala dari pengertian ilmu falak pula, kiblat bermaksud arah menghadap ke Kaabah di atas glob bulatan bumi mengikut jarak yang terdekat. 

Hukum tidur menghadap kiblat

tidur menghadap kiblat

Hukum tidur menghadap kiblat atau kedua-dua belah kaki menghadap kiblat adalah harus.

Namun demikian, sekiranya seseorang itu tidur dihadapan Kaabah maka sebahagain  Hanafiyyah berpandangan bahawa ianya adalah makruh.

Hal ini kerana, tindakan tersebut boleh membawa kepada makna kita menghina Kaabah itu sendiri.

Sungguhpun begitu, Ibn Muflih berkata di dalam al-Adab al-Syar’iyyah:

وَلَمْ أَجِدْ أَصْحَابَنَا ذَكَرُوا هَذَا ، وَلَعَلَّ تَرْكَهُ أَوْلَى

Maksudnya: “Aku tidak mendapati daripada kalangan ashab kami (Hanabilah) menyebut akan perkara ini dan boleh jadi meninggalkannya adalah lebih utama.”

Bukan itu sahaja, malah ulama’ Syafi’eyyah mengqiyaskan kemakruhan melunjurkan kaki ke arah kiblat dengan duduk iqa’ seperti anjing apabila solat dalam keadaan duduk sebagaimana disebut di dalam al-Mu’tamad.

Justeru tindakan melunjurkan kaki ke arah kiblat ini berbalik semula kepada niatnya. Jika niatnya melakukan tanpa berniat untuk menghina adalah diharuskan. 

Sebaliknya, jika dia melakukannya dengan bertujuan menghina Kaabah maka ia adalah haram.

Cara tidur mengikut Rasulullah

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tentang adab atau sunnah ketika hendak tidur. Berikut adalah caranya:

  • Tidur dalam keadaan berwudhu
  • Mengebas tempat tidur
  • Menutup pintu dan lampu
  • Tidur pada lambung kanan (mengiring ke kanan)
  • Membaca Ayat al-Kursi
  • Membaca 3 Qul
  • Membaca doa tidur
  • Memaafkan orang lain sebelum tidur

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum tidur menghadap kiblat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #520: Melunjurkan Kaki Ke Arah Kiblat. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Adab Berbaring. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.