Hukum Salah Bacaan Tahiyat Akhir, Batal Ke Solat?
Apakah hukum salah bacaan tahiyat akhir dalam solat yang perlu anda tahu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum salah bacaan tahiyat akhir dan cara bacaan yang betul.
Baca juga:
Apa itu tahiyat akhir?
Tahiyat akhir atau tasyahud akhir adalah salah satu dari rukun dalam solat yang wajib untuk kita lakukan.
Perbuatan ini terdiri daripada pergerakan anggota dan kerja lidah yang mesti dilaksanakan dengan cara-cara tertentu.
Intipati dari tahiyat merangkumi pelbagai aspek dan ia amat lengkap dengan puji-pujian terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, dan Nabi Ibrahim AS.
Hukum membaca tahiyat akhir
Membaca tasyahud akhir adalah rukun sembahyang yang jika seorang tidak membacanya maka tidak sah sembahyangnya sekalipun diganti dengan sujud sahwi.
Oleh itu, bagi sesiapa yang tertinggal membacanya maka dia wajib untuk mengulangi solat tersebut kerana solat kekurangan satu rukun yang wajib.
Bacaan tahiyat akhir
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Attahiyatul mubarakatush solawatuth thayyibatu lillah. Assalamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamu’alayna wa ’alaa ‘ibadillahis solihin. Asyahadu allaa ilaha illallah. Wa ’asyhadu anna muhammadar rasulullah.
Allahumma solli ’alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad. Kama sollayta ’ala ibrahim wa ’alaa ali ibrahim. Wabarik ‘alaa muhammad wa ’alaa ali muhammad.
Kama barakta ‘alaa ibrahim wa ’alaa ali ibrahim fil ‘alamin innaka hamidum-majid.
"Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”
Cara baca tahiyat akhir yang betul
- Perlu dibaca secara sederhana (tidak terlalu kuat, atau perlahan). Sekadar ia dapat didengari oleh telinga sendiri sahaja.
- Dibaca dan dilafazkan mengikut turutan dalam tasyahud.
- Membaca dalam keadaan duduk dan diikuti dengan salam.
- Dilafazkan dalam bahasa Arab.
- Berikan fokus yang tinggi pada bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
- Teliti dengan hukum tajwid untuk mendapatkan bacaan yang terbaik.
- Membaca tasyahud dengan tertib.
Kesimpulannya, ibadah solat bukanlah sekadar pergerakan semata-mata. Justeru kita perlu faham akan bacaan yang wajib dibaca dalam solat tersebut untuk memastikan ianya sah dan sempurna
Sumber:
- Al-Kafi #1440: Sebutan Kurang Tepat Dalam Doa, Adakah Membatalkan Solat? Mufti Wilayah Persekutuan
- Sebut Allah Kurang Dua Harakat Dalam Solat. Mufti Terengganu