Ketagih Tonton Video Lucah, Hukum dan Kesan Sampinganya

Apakah hukum dan kesan daripada perbuatan seseorang yang gemar untuk tonton video lucah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum dan kesan tonton video lucah dalam kehidupan kita.

Baca lagi:

Ramai remaja Malaysia tonton video lucah

tonton video lucah

Menurut rekod, kira-kira 75 peratus daripada remaja di Malaysia pernah menonton video lucah atau melihat gambar pornografi.

Bahkan menurut Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM mendapati mereka yang terjebak adalah seawal persekolahan menengah lagi.

Hukum tonton video lucah

Hukum tonton video lucah adalah haram kerana ia melanggar apa yang termaktub dalam ajaran Islam itu sendiri.

Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur, ayat 30 yang bermaksud:

“Katakanlah (Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Bahkan dalam hadis Rasulullah SAW sudah bersabda dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Pandangan mata itu adalah panah dari panah-panah syaitan. Barangsiapa yang menahan pandangannya keraana takut kepada Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan kebahagiaan yang akan selalu dia rasakan dalam hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasa’i, dan Al-Hakim)

Boleh ke suami isteri tonton video intim?

Sungguhpun dengan niat yang baik, tetapi hukumnya tetap haram. Ini adalah sepakatan para ulama.

Atas sebab-sebab kerana:

  • Islam mengharamkan melihat aurat orang lain.
  • Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. 
  • Nabi melarang menceritakan perihal sulit aurat orang lain.
  • Terdapat cara lain untuk mempelajarinya hal hubungan dalam rumah tangga.

Kesan ketagihan pornografi

tonton video lucah

1. Emosi tidak stabil

Pornografi akan membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia khususnya kerosakan saraf otak jangka panjang dan menjejaskan seseorang.

Bahkan kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah).

2. Urusan harian terganggu

Mereka yang kerap menonton video lucah cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks sehingga hilang fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan.

Lantaran itu, ia justeru akan memberi kesan yang negatif kepada kerjaya dan pengurusan hidup seseorang.

3. Kesukaran untuk berhubungan intim

Seorang pakar psikoterapi dan juga Professor Emeritus dalam bidang psikologi di Universiti Utah, Salt Lake City iaitu Dr. Victor Cline menjelaskan bahawa penggunaan pornografi yang berterusan dan dibiarkan dalam jangka waktu yang lama akan membawa kepada ketagihan yang lebih teruk.

Contohnya bermula dari soft pornografi kepada hard core pornografi.

Lama-kelamaan, amalan ini akan membawa kepada tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal.

Ianya terjadi kerana penonton pornografi akan cuba beraksi berdasarkan pada apa yang dilihat, berfantasi dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan atau menghancurkan seseorang.

Tambahan lagi, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat.

Antara kesannya adalah:

  • Terhalang dari mendapat ilmu
  • Terhalang dari rezeki yang murah.
  • Merasa jauh dari rahmat Allah.
  • Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  •  Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  •  Hati menjadi gelap.
  • Terhalang dari melakukan ketaatan
  •  Boleh memendekkan umur seseorang.
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  • Melemahkan ransangan ketaatan.
  • Merasa bangga dengan maksiat. 
  • Mendapat penghinaan dari Allah.
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  • Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
  • Boleh melemahkan akal fikiran.
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  • Boleh mengundang banyak laknat.
  • Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
  •  Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  • Boleh mengabaikan diri sendiri.
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit

Cara berhenti menonton video lucah

Terdapat beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk berhenti dari menonton video lucah atau pornografi. Antara tipsnya adalah:

  • Mesti sedar, yakin dan percaya bahawa perbuatan tonton video lucah dan beronani itu adalah salah.
  • Sibukkan diri dengan apa-apa aktiviti.
  • Sekat semua punca yang menaikkan syahwat.
  • Elakkan diri dari bersendirian.
  • Berkawan dengan persekitaran yang positif.
  • Lakukan senaman dan lazimkan diri beriadah.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita janglah terjebak dengan perkara-perkara seperti ini.

Ingat selalu di hati bahawa Allah sentiasa lihat dan perhatikan apa yang kita lakukan di dunia ini.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan perbuatan tonton video lucah dan kesannya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Ke-10: Ketagihan Video Lucah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Hukum Menonton Video Lucah. I Muslim Malaysia
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.