Peluk Isteri & Bercumbu, Boleh Ke Tayang Di Media Sosial?

Bila kita perhatikan, pengguna media sosial hari ini bukan sahaja suka memuat naik status tentang dirinya tetapi juga dengan pasangan seperti tunjuk momen peluk isteri, bercumbu, gambar intim, dan sebagainya.

Justeru, apakah sebenarnya hukum peluk isteri atau tayang momen kemesraan suami isteri di khalayak ramai?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum peluk isteri atau mempamerkan kemesraan suami isteri lalu dikongsikan di media sosial.

Baca juga:

Trend kongsi momen mesra suami isteri

peluk isteri

Satu demi satu trend yang “merayap” ke pemikiran pasangan suami isteri diluar sana sehingga kadang kala boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah diri.

Contohnya seperti trend “unboxing pasangan” atau “unboxing by husband” ianya jelas bertentangan dengan prinsip dan budaya Islam.

Tidak sedikit, malah ramai pasangan hari ini rela melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan followers, likes, dan perhatian sehingga dikenali ramai.

Hukum peluk isteri / tunjuk kemesraan pada khalayak

Islam sangat mengambil berat berkenaan dengan isu kehormatan dan maruah diri khususnya yang bersangkut paut dengan hubungan suami isteri.

Ini seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

“Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 35)

Bahkan menurut Imam An-Nawawi, “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)

Maka perbuatan kita menunjukkan kemesraan suami isteri di media sosial secara melampau adalah tidak wajar untuk dilakukan.

Adapun tindakan kita menunjukkan tanda penghargaan kepada pasangan tidaklah salah.

Namu begitu, gunakanlah kata atau bahasa yang baik kerana ia secara tidak langsung juga mencerminkan diri kita yang memuat naik posting tersebut.

Hal ini kerana dikhuatiri, ia boleh mengundang fitnah dan menjatuhkan maruah pasangan serta ahli keluarga.

Sebab tidak perlu tunjuk kemesraan

1. Bahagia bersifat subjektif dan sulit

Bahagia itu perlu dirasa bukan untuk dipamer. Justeru itu, tidakkah anda terganggu dengan rakaman demi rakaman yang merakam momen bahagia anda bersama pasangan?

2. Rahsia suami isteri

Apa yang anda lalui bersama pasangan sama ada bahagia, duka, aib atau sebagainya sepatutnya menjadi rahsia antara anda dan pasangan.

3. Maksud bahagia yang berbeza untuk setiap pasangan

Setiap pasangan mempunyai makna bahagia yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Tidak semestinya rasa bahagia yang kita nikmati bersama pasangan kita juga sama dengan orang lain.

4. Tidak perlu bangga dengan bahagia yang dimiliki

Asam garam dalam rumah tangga, pasti ada kalanya duka dan ada kalanya bahagia.

Kita dan pasangan mungkin bahagia ketika memuat naik kemesraan di media sosial, sedangkan pasangan lain tidak.

Dalam kata lain, apa yang buat kita bahagia, belum tentu juga membuatkan orang lain bahagia dengan apa yang kita tunjuk.

Kebaikan tidak menunjuk kemesraan di media sosial

1. Terhindar dari rasa iri hati orang lain

Kita tidak tahu dalam beribu orang yang melihat gambar atau video mesra kita bersama pasangan, pasti ada segelintirnya yang berasa benci atau iri hati dengan perbuatan tersebut.

Tanpa sedar, dengan memuat naik momen mesra tersebut di media sosial.

Kita sebenarnya telah membuka peluang lebih ramai orang tanpa sekatan untuk berasa kurang senang atau iri hati dengan perkongsian kita itu.

2. Hubungan menjadi lebih bahagia

Sesuatu yang menjadi rahsia peribadi dan disimpan hanya untuk tatapan individu khusus seperti pasangan, ianya justeru akan menambahkan lagi bibit hangat dalam perhubungan.

Itulah perbezaan pasangan yang bijak menjaga batas dalam berkongsi hal rumah tangga dengan pasangan yang suka menunjuk-nunjuk tanda konon bahagia.

3. Elak hadir orang ketiga

Dengan menyimpan kebahagiaan dan kemesraan itu sendiri, rumah tangga akan jadi lebih solid.

Tidak ada ruang yang terbuka dalam rumah tangga untuk dimasuki orang ketiga sehingga memporak perandakan hubungan yang telah terbina.

4. Lebih fokus antara satu sama lain

Tanpa adanya kebiasaan suka menunjukkan kemesraan di khalayak ramai, kita dan pasangan boleh elak dari berfikir akan tanggapan orang terhadap perhubungan.

Yang mana jika respon orang yang melihatnya negatif, maka tentunya ia akan mempengaruhi hubungan suami isteri tersebut.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum peluk isteri dan mempamerkan di khalayak ramai dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Al-Kafi #664: Gambar Suami Isteri Bercumbu Di Media Sosial. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Manfaat Tidak Pamer Kemesraan di Media Sosial. Radar Bandung
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.