Dosa Ibu Bapa Kepada Anak, Wujud Ke Dalam Islam?

Kita selalu dengar kisah anak yang berdosa kepada ibu bapanya. Namun pernahkan anda terfikir, akan wujudnya dosa ibu bapa kepada anak?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan dosa ibu bapa kepada anak yang perlu anda ketahui.

Baca juga:

Anak terasa hati dengan ibu bapa

dosa ibu bapa kepada anak

Derhaka kepada ibu bapa merupakan satu dosa besar. Namun, bagaimana pula dengan ibu bapa pula yang menyakiti hati anak?

Secara umumnya, seorang anak berhak untuk merajuk terhadap ibu bapanya sebagai seorang yang mempunyai perasaan.

Bagaimanapun, walaupun seseorang itu mempunyai hak berbuat demikian, namun wajib ke atas mereka menuntut hak itu dengan lemah lembut, penuh sopan santun, kemuliaan dan pernghormatan kepada ibu bapa.

Hukum ibu bapa menyakiti hati anak 

Daripada Abdullah bin Amr RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:

“Reda Allah terdapat pada reda seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada murkanya seorang bapa.” – (Hadis Riwayat Tirmizi, No: 1821) 

Hadis yang dinyatakan ini sering kita dengar sebagai satu suruhan untuk anak taat kepada ibu bapanya.

Bahkan tidak terkecuali, ramai juga ibu bapa yang berlebih-lebihan meminta agar anak patuh dan taat kepadanya.

Dalam konteks ini, kita sebagai ibu bapa perlu kembali kepada tujuan sebenar dalam pernikahan

Tujuan pernikahan dalam Islam adalah untuk memperoleh keturuanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu dikatakan telah cukup berbuat dosa apabila menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggunganya." - (Hadis Riwayat Daud dan Nasa'i)

Jelasnya di sini, ibu bapa tidak boleh beranggapan bahawa mereka boleh memperlakukan anak dengan sewenang-wenangnya.

Ini kerana, ibu bapa bukan hanya mempunyai tanggungjawab dalam melahirkan anak tetapi mereka juga harus mengalas amanah ini dengan penuh kasih sayang, sediakan makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan sebagainya.

Tutur kata ibu bapa yang keluar kepadanya anaknya juga perlu sentiasa positif kerana ia merupakan satu doa.

Dosa silam ibu bapa punca anak buruk perangai?

dosa ibu bapa kepada anak

Secara umumnya, tiada nas yang jelas menyatakan bahawa dosa ibu bapa adalah penyebab kepada anak berperangai buruk.

Namun kita sering kali diingatkan akan tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran agama. 

Hal in jelas dalam surah Al-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”

Dalam mendidik anak-anak ibu bapa juga perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak.

Ia kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.

Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak.

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak

  • Anak dimarahi walaupun bercakap benar.
  • Anak dimarahi dan dipukul di depan ramai orang.
  • Ibu bapa membuat banyak peraturan tetapi tidak mendidik anak untuk mematuhinya.
  • Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya.
  • Ibu bapa tidak menyokong anak di saat mereka memerlukan anda.
  • Selalu membanding-bandingkan anak.
  • Tidak pernah ingin berbangga dengan kejayaan anak-anak.
  • Ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik.
  • Ibu bapa selalu mengugut anak secara fizikal mahupun emosi.
  • Ibu terlebih manjakan anak sehingga anak menjadi sombong.

Tips mendidik anak cara Nabi (berperingkat)

Hari ini, sudah menjadi dilema bagi setiap ibu bapa tentang cara mendidik anak-anak generasi.

Justeru itu, mendidik anak secara berperingkat adalah sangat penting. Beriku adalah panduan yang boleh anda lakukan.

1. Tahap pertama (0-6 tahun mumayyiz)

Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih saang, diajak bermain dan bergurau.

Natijahnya, agar anak sentiasa sedar bahawa rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

2. Tahap kedua (7-14 tahun)

Ketika ini, ibu bapa hendakhlah mendidik anak mereka dengan kasih sayang tetapi tegas dengan arahan, disiplin, dan memberi mereka tanggungjawab.

Didiklah mereka tentang solat, puasa, dan ibadah lainnya.

3. Tahap ketiga (15-21 tahun)

Ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat.

4. Tahap keempat (21 tahun ke atas)

Ibu bapa hendalah memberikan anak kebebasan untuk bertindak, selgi mana ia tidak bertentangan dengan syariat.

Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan anak terkawal.

Kesimpulannya, anak adalah amanah dan tanggungjawab ibu bapa dan bukan hak milik mereka.

Justeru itu, menjaga amanah ini sebaik mungkin adalah tuntutan yang wajib kita lakukan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan dosa ibu bapa kepada anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1861: Anak Tidak Menjadi Kerana Dosa Ibu Bapa. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Hukum Menyakiti Hati Anak, Wujudkah Ibu Bapa Derhaka? Sinar Islam Plus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.