Isteri Minta Cerai Kerana Tawar Hati, Jatuh Derhaka?

Bila berlaku situasi di mana si isteri minta cerai kerana tawar hati kepada si suami, apakah itu bermaksud si isteri sudah derhaka?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan status isteri minta cerai kerana tawar hati.

Baca juga:

Statistik penceraian di Malaysia

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada tahun 2021, terdapat 45,420 kes penceraian yang berlaku dalam kalangan umat Islam.

Yang paling tertinggi berlaku adalah pada golongan yang berusia 30 hingga 34 tahun.

Selain faktor kegagalan kewangan menjadi punca kepada peningkatan kadar penceraian ini, penyebab lain yang menyumbang juga adalah tekanan emosi serta hilang kawalan.

Kejahilan dalam ilmu rumah tangga, sedikit kesilapan dan kelemahan pasangan sedikit sebanyak turut menjadi punca yang menyemarakkan lagi api permusuhan antara pasangan.

Akibatnya, lafaz talak dan cerai menjadi zikir harian yang akhirnya tidak dapat dipertahankan lagi dan akibatnya berlakulah talak tanpa fikiran yang rasional.

Beza tawar hati lelaki dan perempuan

Tawar hati pada pasangan adalah perasaan di mana seseorang itu tidak berkemahuan lagi untuk bersama, tidak mahu mempedulikan, dan tidak mahu mengambil tahu.

Bahkan sehingga pada satu tahap dia memilih untuk membiarkan sahaja apa yang berlaku dalam perhubungan tersebut.

Ini jelas merupakan suatu petanda bahawa hubungan sedang berada dalam konflik.

Apabila salah satu pasangan sudah berasa tawar hati, maka hubungan akan menjadi dingin dan lama-kelamaan membawa kepada kehancuran.

Suami atau isteri, masing-masing boleh mempunyai perasaan tawar hati.

Bezanya, tawar hati lelaki kadang kala bersifat sementara tetapi kebanyakannya menggunakan alasan untuk mencari pasangan baru atau sudah bosan dengan pasangan lama.

Manakala, tawar hati perempuan pula kebanyakannya masih bersama pasangan tetapi lebih bertindak untuk tidak mempedulikan pasangan dengan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Punca isteri tawar hati dalam perkahwinan

Antara punca isteri minta cerai kerana tawar hati adalah kerana:

  • Kurang bercakap
  • Mudah sensitif
  • Marah dan menjadi seorang yang berahsia
  • Masalah ekonomi dalam rumah tangga
  • Perkara-perkara remeh yang membawa kepada perbalahan yang serius

Hukum isteri minta cerai kerana tawar hati

Penceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah.

Manakala dari segi istillah pula, penceraian adalah keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.

Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan:

“Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”

Dari ayat Al-Quran dan hadis di atas maka jelaslah bahawa perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT.

Hukum isteri minta cerai kerana tawar hati adalah diharuskan jika sudah tiada lagi usaha yang dapat dilakukan untuk memulihkan keadaan, dan mewujudkan persefahaman untuk hidup bersama.

Boleh jadi penceraian menjadi solusi terbaik untuk merungkai segala konflik dalam perhubungan suami isteri dan anda tidak berterusan berada dalam keadaan yang tidak menentu. 

Situasi yang membolehkan isteri minta cerai

Wanita atau para isteri boleh sahaja meminta cerai jika bersebab.

Rasulullah SAW membenarkan perceraian atas sebab ketidaksesuaian pasangan suami isteri dan kesulitan isteri untuk menerima suami, walaupun dia seorang yang soleh, sehingga sukar mencapai tujuan berumah tangga.

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i dan Ibn Majah,

“Rasulullah SAW membenarkan isteri meminta cerai kerana suami telah mengkasari dirinya hingga cedera tubuhnya.”

Adapun hadis popular yang mencela isteri yang meminta cerai yang bermaksud,

“Sesiapa wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang mendesak maka haram baginya bau syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dalam buku Fath Al-Bari yang menghuraikan kitab Sahih Al-Bukhari, Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata,

“Sesungguhnya hadis-hadis tentang ancaman terhadap wanita yang meminta cerai, diertikan pada situasi wanita meminta cerai tanpa sebab.”

Kesimpulannya, perhubungan dalam rumah tangga yang harmoni perlulah mempunyai sikap saling bertolak ansur dan memahami yang tinggi agar segala kekusutan dapat terlerai dengan sebaik mungkin.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan isteri minta cerai kerana tawar hati dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Persoalan: Isteri Sudah Tawar Hati dan Kerap Meminta Cerai. Portal Soal Jawan Agama
  2. Bila Isteri Sudah Tawar Hati Dengan Suami. Kosmo
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.