Hukum Korek Hidung Ketika Puasa (Batal Ke Tak?)

Adakah batal puasa seseorang yang korek hidung ketika puasa pada siang hari di bulan Ramadhan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai penjelasan lengkap hukum korek hidung ketika puasa.

Tahi hidung dan fungsinya

Ramai orang pandang remeh tentang fungsi tahi hidung dalam kehidupan seharian. Hidung manusia yang dipenuhi dengan hingus atau mukus sebenarnya sangat penting sebagai sistem pertahanan badan kita.

Jika hingus adalah mukus yang lembap dan basah, tahi hidung pula adalah sejenis mukus yang kering hasil dari gabungan bendalir yang terhasil dari partikel yang berjaya ditahan dari memasuki sistem badan kita.

Yang menjadi persoalannya di sini adalah adakah batal puasa seseorang apabila mereka korek hidung ketika puasa?

Lubang hidung adalah rongga terbuka

korek hidung ketika puasa

Lubang hidung dianggap sebagai saluran terbuka kerana ia bersambung dengan jauf (bahagian berdekatan otak) serta rongga tengah badan.

Dalam kita memahami pengertian puasa pula ia adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari waktu terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari, dan antara perkara tersebut adalah memasukkan sesuatu secara sengaja ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, telinga, hidung dan saluran qubul dan dubur bagi lelaki dan perempuan.

Dari kenyataan di atas, maka jelaslah kita bahawa telinga juga merupakan salah satu dari saluran atau rongga yang terbuka yang dimaksudkan.

Hukum korek hidung ketika puasa

Dalam Mazhab Syafie, sengaja memasukkan suatu ain (benda yang boleh dilihat dengan mata kasar), atau benda fizikal jauh ke dalam saluran terbuka, tanpa keuzuran dapat membatalkan puasa.

Saluran terbuka di sini ialah mulut, telinga, lubang hidung serta alat sulit. Bagi perbuatan mengorek hidung, ia dibandingkan dengan amalan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk (istinsyaq).

Kedua-dua amalan sunat ketika berwuduk ini masih dibenarkan walaupun semasa berpuasa dengan syarat ia tidak dilakukan secara berlebih-lebihan.

Berlebihan di sini bermakna menyampaikan air ke pangkal tekak serta bahagian pangkal hidung (khayshum). Jika sampai ke bahagian jauf (bahagian berdekatan dengan otak) dan juga tekak, maka batal.

Cumanya, jika dibuat secara berlebihan sehingga sampai ke pangkal hidung atau kaisyum itu adalah dimakruhkan,

Namun begitu, sekiranya ia hanya berlegar di bahagian lubang telinga sahaja, maka tida terbatal puasanya.

Jari atau putik kapas itu hanya berada di ruangan telinga, bukannya melepasi tekak atau otak. Dalam kata lain, perbuatan mengorek teling itu tidak sampai masuk ke dalaman badan.

“Kesimpulannya, hukum korek hidung ketika puasa untuk mengeluarkan kotoran adalah tidak membatalkan puasa jika ia tidak melebihi kawasan had rongga yang tidak dibenarkan.”

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai hukum korek hidung ketika puasa ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-135: Tidak Batal Puasa Dengan Mengorek Hidung. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Ibnu Qasim Al-Ghazi. (2015). Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib. Batu Caves: Al-Hidayah.
  3. Adakah Korek Hidung Batal Puasa? Manis FM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.