Hukum Memberi Nafkah Isteri Yang Bekerja, Wajib Ke Tak?
Apakah hukum memberikan nafkah isteri yang bekerja?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan kepada suami untuk memberi nafkah isteri yang bekerja.
Baca juga:
Apa itu nafkah?
Dari segi bahasa, nafkah bermaksud mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan.
Manakala dari segi istilahnya pula, nafkah adalah memberi perbelanjaan kepada orang-orang di bawah tanggungan seperti makan, pakaian, dan tempat tinggal yang bersesuaian dan secukupnya.
Dalil tentang pensyariatan nafkah
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa, ayat 34:
اَلرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَآ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَالِهِمْ ۗ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّٰهُ ۗوَالّٰتِيْ تَخَافُوْنَ نُشُوْزَهُنَّ فَعِظُوْهُنَّ وَاهْجُرُوْهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوْهُنَّ ۚ فَاِنْ اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوْا عَلَيْهِنَّ سَبِيْلًا ۗاِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya.
Maka perempuan-perempuan yang saleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).
Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka.
Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar.
Kemudian dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:
"Memberinya makan apabila kami makan, dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian."
Jenis-jenis nafkah yang wajib
Para ulama telah menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri, anak-anak, atau sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:
- Makanan
- Barang-barang dapur
- Pakaian
- Tempat tinggal
- Alat-alat untuk membersihkan diri
- Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja)
Jumlah nafkah yang ditetapkan
Kadar nafkah ialah melihat kepada kemampuan keadaan suami.
Hukum memberi nafkah isteri bekerja
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya.
Hukumnya juga tetap wajib bagi suami memberi nafkah isteri bekerja tanpa mengira banyak ataupun sedikit kepada isterinya walaupun isterinya sudah bekerja.
Sungguhpun begitu, kewajipan suami untuk memberi nafkah akan terlepas sekiranya isteri redha dan mengizinkan untuk tidak diberi nafkah.
Duit isteri bekerja untuk apa?
Justeru, apakah kegunaan duit isteri yang bekerja dalam rumah tangga? Berikut adalah antara contoh kegunaan yang boleh anda lakukan.
1. Ketika kecemasan
Gaji isteri boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan kecemasan seperti urusan hospital, membaiki rumah, dan sebagainya.
2. Untuk percutian
Selain itu, isteri juga boleh membelanjakan duit sendiri untuk bercuti bersama keluarga seperti pulang ke kampung.
3. Untuk membeli hadiah
Gunakan duit isteri untuk membeli hadiah untuk suami pasti akan membahagiakan rumah tangga.
4. Bila suami kekurangan duit
Isteri pun boleh menggunakan duitnya untuk membantu suami. Biasanya ia berlaku di hujung bulan, di mana banyak duit suami sudah dihabiskan untuk menampung kos kehidupan sehari-hari.
Dalam situasi ini, isteri boleh membantu suami dengan menggunakan duit senditi untuk menampung makan dan minum keluarga.
Hikmah memberikan nafkah
Terdapat banyak kebaikan apabila Islam mensyaratkan seorang suami itu untuk memberikan nafkah. Antara kebaikannya adalah seperti:
- Suami bertanggungjawab mengetuai rumah tangga dan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
- Suami isteri sama-sama bekerjasama melaksanakan tuga mencari harta.
- Rumah tangga menjadi aman dan harmoni.
- Keluarga diberkati dan diredhai Allah.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan panduan memberi nafkah isteri yang bekerja dapat menjadi rujukan untuk anda dalam rumah tangga.
Sumber:
- Tidak Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja. Mufti Wilayah Persekutuan
- #226 Nafkah Isteri Bekerja. Maktabah Al Bakri