Bercukur Bayi: Maksud, Hukum & Cara Bercukur Bayi Baru Lahir
Antara salah satu amalan yang dilakukan di awal kelahiran mengikut panduan Islam dan sunnah adalah dengan bercukur bayi.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang cara melakukan cukur rambut bayi yang baru dilahirkan.
Baca juga:
Maksud bercukur bayi
Bercukur bayi adalah antara amalan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Islam kita semasa menyambut kelahiram bayi.
Ia dilakukan selepas tempoh tujuh hari kelahiran bayi tersebut. Kebanyakkan orang melakukan amalan ini berserta dengan majlis aqiqah sekali.
Selepas sahaja selesai bercukur, anda perlu bersedekah emas atau perak mengikut berat rambut tersebut.
Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Saidina Ali RA, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
Maksudnya: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi & Al-Baihaqi)
Hukum mencukur rambut bayi
Berpandukan kepada Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji (2/299) menunjukkan bahawa hukum mencukur rambut bayi lelaki dan perempuan adalah sunat.
Namun begitu, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Ustaz Azhar Idrus menekankan bahawa rambut bayi yang hanya digunting sedikit dan tidak dicukur sepenuhnya, tidak dikira sebagai sunnah.
Cara bercukur bayi
Bagi anda yang baru ingin mencuba cukur kepala bayi, anda boleh lakukan cara seperti di bawah ini:
- Ambil 1 bekas berisi air.
- Basahkan kepala bayi dan gunakan sedikit syampu rambut bayi.
- Guna pisau cukur Gillette atau mana-mana jenama. Pastikan baru dan tajam.
- Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
- Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiksn air dan rambut dalam bekas tadi.
- Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja.
- Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau boleh juga timbang sendiri di rumah menggunakan penimbang emas.
* Jika rambut bayi terlalu lebat, potong dahulu sependek mungkin dengan gunting
*Mula mencukur dari atas ke bawah
*Setelah habis dicukur, rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas hingga habis sisa rambut terbuang
Kelebihan cukur rambut bayi
Hadis daripada Samurah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.”
Riwayat Abu Dawud (2837), al-Tirmizi (1522) dan beliau menilainya sebagai hasan sahih, al-Nasa’i (4220), Ibn Majah (3165) dan Ahmad (20151).
Hadis ini dinilai sahih berdasarkan kitan Sahih al-Tirmizi (1522)
Justeru antara kelebihan cukur rambut bayi adalah seperti:
- Membersihkan kulit kepala bayi
- Memudahkan untuk kesan masalah kulit kepala
- Memberi keselesaan kepada bayi
- Mengelak berlaku cradle cap
- Memudahkan kulit kepala bayi mudah diurus
- Aliran darah meningkat ke kepala
Soal jawab amalan bercukur bayi
Bolih dicukur pada hari-hari yang lain.
Bayi tetap cantik dalam apa jua keadaan. Yang tidak cantik ialah dicukur kepala isteri.
Selepas bercukur rambut yang sama cantik akan tumbuh bahkan lebih bersih dan sihat.
Ini bukan sunnah hanyalah adat yang tidak betul. Yang sunnah ialah mencukur semua rambut bayi.
Tetapi jika digunting atau dicukur sedikit dulu ketika majlis bercukur sedang berlangsung kemudian selesai majlis dicukur semuanya maka ia adalah betul.
Ia bukan wajib dan bukan sunnah tetapi tidak menjadi kesalahan dan yang berselawat mendapat pahala.
Tidak ada ditentukan dalam mana hadith atau fatwa ulama rambut mesti diletakkan pada mana-mana bekas.
Ikut suka hatilah mahu letak dalam bekas apa pun samada buah kelapa, buah durian atau dalam tong dram sekalipun.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan amalan bercukur bayi dapat memberikan anda semua informasi ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #1746: Bolehkah Cukur Rambut Bayi Terlebih Dahulu Sebelum Melakukan Aqiqah. Mufti Wilayah Persekutuan