Hukum Akikah Untuk Anak Lelaki dan Perempuan Dalam Islam

Setiap kali selepas kelahiran bayi, pasti kita akan mendapat undangan untuk majlis akikah. Apakah sebenarnya hukum akikah ini?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum akikah ke atas kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Baca juga:

Apa itu akikah?

hukum akikah

Dari segi bahasa, akikah adalah potong dan melubangkan.

Dari segi syarak pula, akikah bermaksud menyembelih haiwan dan memotong atau mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan selepas tujuh hari kelahirannya dan memberikan nama kepadanya.

Bagaimana sejarah akikah bermula?

Akikah sudah menjadi amalan sejak zaman jahiliah lagi. Ada seorang sahabat, Buraidah meriwayatkan,

Dahulu kami pada masa jahiliah apabila salah seorang di antara kami mempunyai anak, ia menyembelih kambing dan melumuri kepalanya dengan darah kambing itu. Maka setelah Allah mendatangkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur (menggondol) kepala si bayi dan melumurinya dengan minyak wangi.” – (Riwayat Abu Daud)

Perbuatan melumuri kepala bayi itu merupakan adat atau tradisi yang tidak sihat diamalkan oleh Arab jahiliah. Setelah datang syariat Islam, adat ini tidaklah dibuang terus tetapi diubah menjadi lebih baik.

Yang mana akikah tetap diamalkan, hanya ia tidaklah sampai tahap melumuri kepala bayi dengan darah kambing dan sebagainya.

Sebaliknya bayi dilumuri dengan minyak wangi setelah dicukur kepalanya.

Hal ini sama dengan apa yang disebutkan oleh Siti Aisyah RA,

Dahulu orang-orang pada masa jahiliah apabila mereka beraqiqah untuk seorang bayi, mereka melumuri kapas dengan darah aqiqah, lalu ketika mencukur rambut si bayi, mereka melumurkan pada kepalanya. Maka Nabi SAW bersabda, ‘Gantilah darah itu dengan minyak wangi’.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Ini jelas ada unsur penapisan dalam amalan tersebut. Adat boleh diamalkan, selagimana ianya baik dan tidak melanggar prinsip syariah.

Hukum akikah dalam Islam

Hukum akikah adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Hukum berhutang untuk akikah

Hukum melaksanakan akikah dengan cara berhutang adalah sah disisi syarak.

Namun begitu, konsep berhutang dalam melaksanakan sesuatu ibadat adalah satu perkara yang akan menjadi beban yang menyusahkan diri sendiri pada masa akan datang.

Justeru, perbuatan seperti ini adalah tidak digalakkan sama sekali kerana tuntutan beribadat di dalam agama Islam bukanlah bertujuan untuk menyusahkan manusia.

Hal ini seperti mana yang difirmankan dalam surah al-Maidah, ayat 6:

مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

Waktu terbaik untuk melaksanakan akikah

hukum akikah

Waktu yang terbaik untuk melaksanakan akikah adalah ketika hari ketujuh kelahiran bayi. Namun sekiranya terlepas atas sebab tertentu, anda boleh lakukan pada hari ke-14.

Atau boleh juga dilaksanakan pada hari ke-21. Kadar perbezaannya adalah setiap 7 hari berikutnya sehinggalah anak tersebut mencapai baligh.

Bagi sesetengah orang yang tidak mampu untuk melakukan akikah pada tempog tersebut, anda boleh lakukan bila telah berkemampuan nanti.

Haiwan yang dibolehkan untuk akikah

Akikah anak lelaki adalah 2 akor kambing. Manakala bagi anak perempuan pula cukup sekadar seekor kambing sahaja.

Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Ummul Mukminin, Aisyah RA bahawa,

"Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan akikah bagi bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bagi bayi perempuan pula satu (1) ekor kambing.” - (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Hikmah melaksanakan akikah

Melaksanakan akikah, yang merupakan tradisi keagamaan dalam Islam, memiliki beberapa hikmah atau manfaat yang dapat diuraikan sebagai berikut:

1. Mendekatkan diri kepada Allah

Melaksanakan akikah adalah bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Dengan melakukan ibadah ini, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh keberkahan serta rahmat dari-Nya.

2. Meningkatkan rasa syukur

Akikah juga merupakan wujud rasa syukur kepada Allah atas nikmat-Nya yang diberikan berupa kelahiran seorang anak.

Dengan mengorbankan hewan kurban sebagai akikah, orang tua dan keluarga mengungkapkan rasa syukur mereka kepada Allah atas anugerah tersebut.

3. Mempererat Hubungan Keluarga dan Masyarakat

Akikah juga menjadi momen yang menyatukan keluarga dan masyarakat.

Dengan melibatkan kaum kerabat, jiran tetangga, dan kawan-kawan, akikah menjadi kesempatan untuk mempererat hubungan sosial, saling berbahagi kebahagiaan, dan memperkuat ikatan dalam masyarakat.

Daging hasil dari akikah dibahagikan kepada keluarga, tetangga, dan orang-orang yang memerlukan.

Ini juga mencerminkan keprihatinan dan kepedulian terhadap sesama umat Muslim, terutama dalam memastikan bahawa makanan halal dan nutrisi mencukupi bagi mereka yang kurang beruntung.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan hukum akikah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Hukum Ibadah Aqiqah. EzQurban
  2. Al-Kafi #633: Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Soal Jawab Tentang Aqiqah & Qurban. Aqiqah Centre
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.