Hukum Melewatkan Solat, Termasuk Dalam Sifat Orang Munafik?

Apakah hukum melewatkan solat fardhu dan solat sunat yang perlu anda tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum melewatkan solat.

Baca juga:

Hukum melewatkan solat fardhu

Setiap waktu solat sudah ditetapkan tempoh-tempoh yang ditetapkan. Contohnya, bagi solat maghrib ia bermula dari jam 7.20 malam sehingga 8.30 malam.

Dalam tempoh waktu tersebut, itu adalah masa yang wajib untuk kita menunaikan solat.

Sungguhpun begitu, kita perlu faham bahawa setiap jam ada waktu solat tertentu.

1. Waktu fadhilah (waktu utama)

Solat didirikan pada awal waktu dan ini merupakan waktu yang paling banyak pahalanya sekiranya menunaikan solat ketika masa ini.

2. Waktu ikhtiar (waktu yang kita boleh pilih)

Solat ditunaikan selepas 15 minit azan setelah berkumandang.

3. Waktu jawaz (waktu harus)

Harus sembahyang pada waktu ini. Contoh menunaikan solat Zohor pada jam 3.30 itu bermakna harus dan tidak melakukan perkara haram.

4. Waktu makruh

Lebih kurang 15 hingga 20 minit hendak masuk ke waktu solat lain. Solat pada waktu ini adalah waktu yang tidak disukai oleh Allah jika disengajakan.

5. Waktu tahrim

Solat pada waktu yang hampir pada waktu solat lain adalah haram. Namun begitu, bagi solat isyak ia dibolehkan untuk solat bermula awal waktu hingga hujung waktu. 

Antara sunnah Rasulullah SAW adalah menunaikan solat Isyak pada tengah malam.

Hukum melewatkan solat sunat

Solat sunat merupakan antara amalan atau ibadat yang dituntut oleh syarak untuk dikerjakan.

Solat ini selain ia mempunyai ganjaran yang tersendiri, ia juga boleh menampung kecatatan yang ada pada solat fardhu.

Dalam isu melewatkan solat sunat, kita ambil contoh solat sunat rawatib.

Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.

Bagi hukum melewatkan solat sunat rawatib, ia adalah diharuskan sehingga habis waktu solat.

Hal ini seperti mana yang dihuraikan oleh Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni:

“Setiap sunnah sebelum solat, waktunya bermula dari masuk waktu solat hingga pelaksanaan solat. Dan setiap sunnah selepas solat, waktunya bermula dari pelaksanaan solat hingga keluar waktu solat.” (Lihat al-Mughni,2/54

Hukum melewatkan solat isyak untuk qiamullail

hukum melewatkan solat

Hukum melewatkan solat isyak dengan sebab pembelajaran, atau sekiranya solat tersebut dilewatkan kerana menjangkakan kehadiran jemaah yang lebih ramai maka dibolehkan untuk melakukan hal tersebut.

Namun jika tidak ada sebarang sebab untuk melewatkan solat, dan didapati jemaah telah berhimpun di masjid atau surau pada awal waktu solat,

Maka itu lebih utama berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW kepada Abu Zar RA:

 كَيْفَ أَنْتَ إِذَا بَقِيتَ فِي قَوْمٍ يُؤَخِّرُونَ الصَّلاَةَ عَنْ وَقْتِهَا قَالَ قَالَ مَا تَأْمُرُ قَالَ صَلِّ الصَّلاَةَ لِوَقْتِهَا

Maksudnya: "Bagaimanakah akan kamu lakukan sekiranya kamu berada bersama-sama kaum yang melewatkan solat dari waktunya ? 

Lalu Abu Zar berkata: Apa yang kau perintahkan (wahai Rasulullah) ? Jawab Rasulullah S.A.W: Solatlah kamu pada waktunya." - (Hadis Riwayat Muslim, No. 648)

Hukum wanita lewatkan solat sampai datang haid

hukum melewatkan solat

Bagi permasalahan yang timbul pada kaum wanita yang melewatkan solat sehingga datang haid ini terdapat beberapa perincian yang tertentu.

Pertama, sekiranya tempoh antara masuknya waktu dan kedatangan haid tersebut memungkinkan untuk anda melakukan solat, maka wajib anda mengqada semula solat tersebut setelah suci.

Kedua, sekiranya tempoh antara masuknya waktu dan kedatangan haid tersebut tidak memungkinkan untuk anda melakukan solat, maka tidak perlu untuk anda mengqada semula solat tersebut.

Kesan lalai menunaikan solat

Lalai menunaikan solat adalah antara sifat-sifat golongan munafik dan kafir Quraisy yang disebutkan dalam surah Al-Maun.

Justeru itu, dengan penjelasan ini, marilah kita sama-sama berazam agar sentiasa menjaga solat dan melaksanakannya di awal waktu.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai hukum melewatkan solat ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-718: Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #468: Hukum Melewatkan Solat Isyak Untuk Berqiyamullail. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.