Zikir Tidurkan Bayi Agar Bayi Tidur Lena Elak Meragam

Bayi meragam waktu malam memang merunsingkan kepala kita. Bila anak resah dan tidak lena untuk tidur, kita sebagai ibu bapa pasti merasakan perkara yang sama. Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda zikir tidurkan bayi bagi panduan mudah ibu bapa di luar sana.

Mengapa anak meragam malam hari?

zikir tidurkan bayi

Anak meragam pada malam hari mempunyai banyak faktor sebenarnya. Antara sebabnya adalah kerana lampin mungkin basah atau kotor, suhu bilik yang tidak nyaman atau selesa, hauskan susu, tidak mengantuk kerana tidur sepanjang siang, bayi cuba untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya, dan banyak lagi.

Dan ada juga keadaan di mana bayi menangis tetapi tiada sebab yang boleh mengukuhkan jawapan mengapa dia menangis.

Justeru itu, selain kita memastikan bayi dalam keadaan yang selesa. Dengan mengamalkan zikir tidurkan bayi ini juga merupakan satu ikhtiar yang terbaik mampu kita buat.

Khasiat zikir bagi ketengan jiwa

Zikir berasal dari perkataan ‘dzakara’, ‘yadzukuru’ atau ‘dzukr’/’dzikr’ yang membawa maksud perbuatan dengan lisan (menyebut, menuturkan, mengatakan) dan dengan hati (mengingat dan menyebut).

Zikir merupakan amalan yang amat mudah kita lakukan, tetapi selalu ditinggalkan kerana kita tidak sedar akan khasiat dan kebaikannya dalam hidup ini.

Khasiat utama zikir yang cukup popular sering dikaitkan dengan ketenangan jiwa dan hati. Hal ini ada disebutkan dalam Surah ar-Ra’d, ayat 28:

Maksudnya: “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Himpunan zikir tidurkan bayi bagi amalan ibu bapa

Berikut ini adalah beberapa jenis zikir tidurkan bayi yang boleh ibu bapa amalkan semasa menidurkan bayi kalian.

1. La ilaha illallah

La illaha illallah

La illaha illallah

La illaha illallah

Muhammadur rasullah

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Amitna ‘ala dinil islam

(ulang semula dari atas sehingga anak kita tidur)

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam.”

2. Zikir munajat

Hasbi rabbi jallallah

Mafi qalbi ghairullah

Nur muhammad sallallah

Lailahaillallah

Maksudnya:

“Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku, melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah,”

3. Zikir penarang hati

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Maksudnya:

“Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung.”

4. Zikir fatimah sebelum tidur

Subhanallah (33 kali)

Alhamdulillah (33 kali)

Laillahaillallah (33 kali)

Allahuakbar (33 kali)

La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir

Maksudnya:

“Maha Suci Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha kuasa atas segala sesuatu.”

5. Zikir bismillahillazi

Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie

Wahuwas samiul alim

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang bersama Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit.”

Tips agar bayi dapat tidur lena dengan cepat

zikir tidurkan bayi

Terdapat beberapa tips yang berguna untuk membantu bayi kita dapat tidur dengan lena. Antaranya adalah seperti:

  1. Susukan bayi dengan tenang, kenyang, dan selesa.
  2. Sendawakan bayi untuk keluarkan angin dalam badannya selepas menyusu untuk elak kembung perut, dan sedu.
  3. Dodoikan bayi untuk tidur dengan menepuk perlahan-lahan badannya.
  4. Bedung bayi agar tidurnya lebih lena dan nyenyak.
  5. Pastikan pengudaran dan cahaya yang sesuai dan menenangkan.
  6. Pastikan pakaian bayi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Ini termasuklah juga suasana bilik bayi tersebut.
  7. Pastikan ada orang yang menemani bayi ketika tidur.
  8. Ibu yang menyusukan bayi elakkan dari minum kafein.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai zikir tidurkan bayi ini dapat memberikan anda semua khususnya ibu bapa di luar sana ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #560: Doa Supaya Anak Kecil Tidak Menangis Di Waktu Malam. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba! Miss Murai
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: